Assalamualaikum wbt
Dah lame kan rasanya saya tak share gambar makanan dalam blog ni, dulu mase di zaman gelapku iaitu zaman menganggur selalu je post gambo makanan, yelah, dah dok rumah je, haruslah rajin nak memasak.
Ok, saya mengaku, sejak bekerja ni memang malas gila nak masak! dedulu masa mula keje masak gak sebab gaji belum dapat, siap masak guna rice cooker sebab duit tak ade nak beli tong gas walaupun dapur memang disediakan kat rumah warden ni. Tapi dah sejak bergaji ni (macam la beso bebeno gajinye kan?) Diriku amatlah malas nak masak, masak pun maybe seminggu sekali, time weekend, tapi kadangkala tak masak gak, asyik beli je lauk,masak nasi, dan lebih worst lagi kadangkala beli nasik terus sebab balik kang terus je makan, dan lebih worst lagi makan je kat Dewan Makan Asrama, dah la free, hidangan memang dah terhidang, kadang-kadang pinggan pun tak perlu basuh, bertuah punya budak kan saya?hehe.
Sebenarnye niat di hati memang nak masak semalam, memandangkan ini weekend pertama sejak buka sekolah yang saya tak duty warden, so memang nak memasaklah kononya, gajikan lambat lagi, so agak bersemangat nak membisingkan dan memberasapkan dapurku itu. Tup..tup baru teringat yang diri ini (semalam) perlu menjadi guru pengiring bawak budak form 1 ade program kat Bukit Merah, so agenda semalam ialah menemankan mereka bersama-sama abang dan kakak fasi ber aktiviti di sana, Gambo memang saya tak ambil walau sekeping pun, sori eh?nanti saya post entry khas berkaitan minggu orentasi pada next entry ok? . Pegi pagi tu bersama my housemate, nasib baik die free, kalau tak memang kene pegi sorang, program start pukul 8.30 sampai 11.30, dorang dok beraktiviti, saya hanya jadi pemerhati dan housemate saya pula sangat teruja sebab pertama kali menjejakkan kaki ke Bukit Merah, memang dia sangat teruja! siap tiup belon buih di tepi tasik Bukit Merah tu.
Dah abis aktiviti kat sana dalam pukul 12 gerak pula ke Kamunting, kena beli sedikit barang keperluan untuk aktiviti petang tu pula, agak bekejar-kejar jugaklah sebab aktiviti seterusnya pukul 2 petang sedangkan pukul 1 lebih masih lagi di Kamunting, dah la masih merangkak-rangkak drive En. Purple, tapi sebenarnya sempat jugaklah ke The Store membeli sedikit keperluan untuk diri sendiri walaupun purse comelku itu sudah nipis!(lambatnya gaji). Sampai rumah dah pukul 2, so agenda mahu memasakku tergendala lagi untuk kesekian kalinya, Beli barang basah dah dekat seminggu, tak sedikitpun bersentuh lepas masuk peti ais hari tu. Balik tu keja saya bukak laptop dan berintenet, keje wajib! lepas tu mengemas rumah dan bilik yang seakan tongkang pecah, dah penat mengemas pegi pulak basuh baju yang dan menggunung, basuh ngan tangan ok, so lepas tu niat nak memasak bukannya ke laut lagi tapi dan terbang ke gunung-ganang! sebenarnya memasak jugak semalam tapi masak meggi je mampu!huhu..
Makanya, hari ini saya berazam untuk memasak jugak! dah bleh agak, sayur-sayur yang dibeli kat Tesco itu dah tak berapa nak segar, Konon hari ni nak la bangun awal, tapi nan hado! dekat pukul 9 baru mata nak bukak, name pun weekendkan? mestilah nak bangun lambat, alasan! kalau kat rumah wat gini dah lama kene pelangkung ngan mak saya!hehe.. Akhirnya berkat kerajinanku yang datang setahun beberapa kali ini maka terhasillah hidangan ini!
Nampak sangat menarik dan sedapkan?sila abaikan ayat masuk bakul angkat sendiriku ini hokeh?hehe, memula nak masak sayur campur ngn kari ayam itu sahaja, tapi taktau la kenapa gatal tangan nak jugak masak telur rebus sambal tu. Macam ni lepas dak jadi calon isteri solehah?hehe.. Sebenarnya memasak ni memang menjadi keghairahan saya, tengok tu sampai ghairah! kalau dekat kampung, muka saya memang lazimnya berada di dapur sebab suka masak-masak ni, macam satu kepuasan jugaklah. Memang saya suka memasak ni, tapi tu la, komitmen keje dan kemalasan adalah faktor saya malas sangat nak masak, beli lagi senang, padahal kita taktau makanan yang dibeli itu bersih atau tidakkan? Boleh guna dak alasan ku ini?hehe..
Perasan tak sume lauk kat atas ni siap-siap masuk dalam tupperware, sebabnya senang lepas makan terus humban masuk peti ais and kalau nak makan just panaskan je, dan perasan tak saya masak agak banyak, padahal saya sorang je nak makan, housemate die masak sendiri lauk die dan sekarang die on diet, so saya tak mahulah merosakkan diet die, saya lainla, kate nak diet tapi asyik kelaut ke dietnya. Saya masak banyak sebabnya ialah.....supaya next week baru saya masak balik! kejikan?hehe
Itulah cerita weekend saya, sebenarnya saya banyak je bawak balik kerja sekolah, tapi seriuosly cakap saya tak sentuh pun lagi, lepas ni nak iron baju untuk keje esok, lusa, bilanya nak mengadap keje sekolah ni? padahal duedate kerja tersebut dah dekat. Malam ni baru nak sentuh, tapi konfem tak boleh siap punye. Kalau kat sekolah selalu nasihatkan student jangan tangguh kerja, tapi sebenarnya Cik Kaunselor ni kadang-kadang selalu jugak buat begitu, Ok la, to readers, have a nice weekend ok? salam sayang!
♥thanks because reading this entry, I really appreciate it ♥