tHaNkS!!

Wednesday, July 4, 2012

Wordless Wednesday

Assalamualaikum wbt

 WXA 27**

Syukur alhamdulillah..semoga warna purplemu memberi tuah kepadaku. Semoga kehadiranmu tidak lagi mengundang airmataku. This is my chenta hati..sayang ketat-ketat. Birthday chenta hati Cik Kaseh ni ialah pada 30 jun 2012, baru sangat2 kan?
♥thanks because reading this entry, I really appreciate it ♥

Monday, May 21, 2012

Cik Headerku...

Assalamualaikum wbt

Sememangnya ingin sangat2 menukar header blogku ini. Ini namanya header zaman muda-mudi, time baru-baru nak berjinak dengan dunia berblogkan, eh ade ke istilah ini?abaikan. Header  ini di mana Cik Kasih merasakan Cik Kaseh cuba menpromot diri sendiri..al-maklumla..zaman muda-muda dulukan?gigih nak letak wajah sendiri..eso plak tu...bile tengok balik, bukan aje malu, tapi memang amatlah malu.

So keinginan menukar header yang baru sangat membuak2.. Cik Kaseh nak tukar yang lebih bersifat kedewasaan..seiring dengan gelaran si Guru Kaunseling..hehe. takmolah cam gini lagi..wajah si tuan tanah beso sangat. But i have no idea and no time nak mengedit2 ni. Suke je keje edit2 ni, tapi tula, take time..Dalam kepala dah pikir la sket2 nak design camne. Still ade muke situan tanah, tapi idak le beso dan ade dua cam headerku sekarang.

malu tengok header sendiri...mau tukar!!!!

:: aci tak update blog ngan entry sampah sebegini?hehe..suke ati i lah..blog i..hehe::

♥thanks because reading this entry, I really appreciate it ♥

Sunday, May 20, 2012

Hari Guru Seorang Cik Kasih


Assalamualaikum wbt

Yehuuu..lamanya tak update blog..Cik Kaseh tak sibuk pun ngan keje just  malas nak update..bleh terimakan alasan tu? Okay, hari ni nak update pasal HARI GURU, untuk makluman semua yg membaca,hehehe..macam ade yg baca je, ini adalah tahun pertama Cik Kaseh menyambut hari guru yang sebenar-benarnye, means sebelum ni Cik Kaseh sambut sebagai pelajar yang amik kos pendidikan je, then sambut sebagai guru pelatih, tahun seterusnya tahun yang agak sadis iaitu menyambutnya semasa tunggu dipostingkan, actually tak sambut pun, malu lagi adelah time tu sebab kawan-kawan lain sume dah posting..i je yg tertinggal ketapi.. then this year barulah dapat sambut sebagai guru yang benar-benar guru agak teruja la sket. Okay, entry kali ni Cik Kaseh nak letak banyak gambo sebab lamenkan tak upload gambar kat sini..meh layan meh.

Sekolah Cik Kaseh buat tema Kesultanan Melayu Melaka, so kaler tema yang ditetapkan adalah kaler kuning, silver, hitam dan putih, pada mulanya Cik Kaseh malas nak ikut tema memandangkan Cik Kaseh takde baju kaler-kaler tersebut, yang ade pun hitam, tu pun dah setahun dah usia si baju tersebut, tapi pikir-pikir balik, ni tahun first menyamutnya, Cik Kaseh pun beli la baju baru..hehe..kaler hitam la, my feveret, okay la tu..janji ikut temakan?

ni tema hari guru untuk tahun 2012

kan tadi Cik Kaseh bgtau tema die kesultanan Melayu Melaka?so haruslah ade silat-silat korang abaikan belon-belon yang menepati tema itu okay?hehe
ceh..langkah silat pon agak sumbang, patutla malam sebelum hari guru ni Cik Kaseh ternampak dorang dok bersilat kat sebelah makmal ict, rupa-rupanya nak buat gimik hari guru
tu dia, si penjahat nak culik pahlawan dalam tandu ni..masa ni Cik Kaseh teruja gak ngan gimik dorang ni, tapi Cik Kaseh tengok, akak-akak senior ni cam tak kesah je, rupa-rupanya dah 3 tahun berturut-turut dorang buat gimik yang hampir sama camni.. patutlah Cik Kaseh ngn Housemate je yg teruja memandangkan kami adalah insan-insan yang first time sambut hari guru. Apepun, tabik spring lah kat bebudak form 5 ni, so kreatif la..Dewan Besar tu berubah rupa sangat-sangat pada hari tersebut. Actually, yang dalam tandu tu nak bagi pisau untuk potong pulut kuning je sebenarnye kat PK1 kite orang..hehe
Adegan seterusnya, berbalas-balas pantun untuk simbolik bagi hadiah kat semua guru, hadiahnye ialah, dapat mug gambar diri sendiri yang sangat cute, takde gambo la, sebab tertinggal kat bilik kaunseling, nanti Cik Kasih update gambo tu okay?
sesi bergambo sibaju hitam..hehe..ni adelah dayang dan hulubalang istana


ni ketua dayang, Dayang Rusilah nama diberi, dn sebelahnya ketua hulubalang, Hang Nashir..hehe
Kami lagi dan lagi
ketua dayang dan ketua hulubalang bersama permaisuri Azlina..hehe..Kak Ina cantiklah berbaju kuning..
okay, sukan neka time..ni group Cik Kaseh, nama group kami GURU PENYAYANG..ni masa gubah tembikai
inilah hasilnya...
section seterusnya..buat sandwich plak..
buat dengan jayanya sebab group cik kaseh ramai emak-emak orang..hehe
persembahan pelajar..ni persembahan sajak. cantikkan pentas dewan SMKAK? walaupun ade unsur kebahayaan disitu...hehe
persembahan seterusnya, syair dari pelajar form 2 dan form 1 tak silap..kami panggil syair rock sebab suara si anak itu ade unsur-unsur rock sedikit.
putera puteri SMK AGAMA KERIAN..eh! guru putera pun ade terselit di situ
ni pulak bacaan al-quran dari wakil pelajar...alhamdulillah

Okay, tu je la beberapa gambar pada hari kejadian, memandangkan ini tahun pertama menyambutnya, Cik Kaseh rasa sangat okay la apa yang bebudak form 5 ni dah lakukan walaupun ade cikgu-cikgu lain kata tahun ni persembahan kurang menyengat. Kalau sekolah Cik Kaseh dulu, guru-guru yang banyak buat persembahan, tapi sekolah ni pelajar yang menghiburkan cikgu-cikgu, okay la tu kan?Hadiah??actually Cik Kaseh tak dapat ape-apepun, just dapat hadiah mug dan hadiah tukar-tukar dari guru-guru lain. Teringat dengan kata seorang guru kaunseling masa Cik Kaseh praktikal dulu, "cikgu kaunseling memang cikgu yang paling kurang dapat hadiah bila hari guru sebab kamikan tak mengajar?" so bila tak dapat ni Cik Kaseh tak kesah pun.  Ape yang penting Cik Kaseh nak berjasa dengan anak-anak ni sampai bila-bila tanpa ganjaran. Yang paling penting dorang ni jadi orang yang benar-benar berguna pada bangsa dan agama kelak, itu hadiah yang paling bermakna buat Cik Kaseh.

::rase-rasenya Cik Kaseh tak pernah story lagi tentang sekolah Cik Kasehkan?dalam fb pun takde lagi..okay, nanti nak uat entry khas SMK AGAMA KERIAN kecintaanku kini..hehe::

♥thanks because reading this entry, I really appreciate it ♥

Tuesday, February 7, 2012

Wordless Wednesday

Assalamualaikum wbt

 Pagi rabu  yang indah disulami mendapat surat sebegini...seronoknye...:-)

♥thanks for reading this entry, I really appreciate it ♥

Wednesday, January 18, 2012

sememangnya saya seorang yang PEMALAS

Assalamualaikum w.b.t

Yes! memang diakui cik kaseh seorang pemalas, blog bukan sahaja bersawang, malah sudah berdebu setebal-tebalnya. Sekarang bukan alasan cik kaseh busy ke, tak ada masa nak update blog ke atau apepun,. Alasan yang paling tepat buat diriku ini ialah kemalasan bermaharaja lela tahap petala kelapan!hehehe...lagipun cik kaseh tau, mane ade orang pun yang nak baca dan follow entry cik kaseh dalam blog ni kan?so tulis untuk diri sendiri, time rajin jela daku mengupdate.

Dah masuk hari ke 18 kita berada di tahun baru, so cik kaseh rase dah lambat bebenor nak wish new year..so tak payah la kan?lagipun i still feel the same thing, tak ada yang berubah pun, kot-kot yang berubah hanyalah umo dan kerja-kerja yang kian bertambah. Oh no!!tahun ni bertambah lagi umurku!gerun sangat rasenye, sebab still single ( part ni nanti cik kaseh wat entry khas okay?doakan cik kaseh rajin la nak update)

Cik kaseh masih di sini, di bumi Semanggol, memegang beberapa amanah dari ALLAH untuk dilaksanakan dengan lebih baik dan tawaduk, so keje kian bertambah, orang baru la katekan. Meh sini cik kaseh senaraikan tugas cik kaseh kan sekolah yang ku cintai ini.


KURIKULUM 
Kaunselor Sekolah 
SU Sistem Juara 
Penyelaras Jadual Guru Ganti 
AJK PSS & Nilam 
SU LADAP

HAL EHWAL MURID 
Setiausaha HEM 
AJK J/K Disiplin Sekolah 
AJK J/K Pengawas Sekolah 
SU J/K UBK 
AJK J/K PRS
Ketua J/K SLAD 
Ketua J/K PPDa 
Warden Asrama

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 
AJK J/K Kewangan 
SU Teras 8 10 Kualiti 
AJK J/K Kecil Sumber Manusia
 KOKURIKULUM 
Guru Penasihat Tenis 
Guru Penasihat Pandu Puteri 
Ketua Guru Penasihat Kelab PRS
Guru Penasihat rumah Othman As-Siddiq
Guru Penasihat 1M1S Bola Baling (Ting 4)
TUGAS KHAS 
SU Majlis Permuafakatan Ibu Bapa & Guru Pelajar Ting. 3, 5 & 6 Atas 
SU Hari Konsultasi Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun
*Yang diBOLD itu cik kaseh rasa tugasnya agak sedikit berat dan rasa gentar..hehe
walaupun diriku tidak  mengajar di dalam kelas
credit to:google images
Okay tak senarai tugas 2012 yang cik kaseh kene sandang?Okay la kan?name pun guru baru, so kene terima tanpa istilah menolak. Cik kaseh sebenarnya tak kesah pun dapat tugas-tugas ni, suke je sebab kalau boleh takmau la orang kata kaunselor ni tak ada keje, dok je kat bilik, then makan gaji buta. Hope benda ni tak jadi kat cik kaseh walaupun kadang kala terdengar- dengar suara-suara yang mungkin kurang suka dengan golongan seperti kami. So memang kene sangat bertabah, ni cabaran buat saya sebagai guru baru and in bonus as counselor scholl. Senarai ni tak masuk lagi dengan tugas-tugas yang unit kaunseling sendiri buat, contohnya macam kem jati diri, program pecutan, program jalinan mesra antara sekolah dan lain-lain. kalau ikutkan memang la takut sebab kitakan baru, mesti akan banyak buat salah, tapi takpe, tak cuba buat tak akan tau sama ada benda tu salah atau tidak. Dan yang paling penting, tak payah dengar kata orang, kita buat je keje kita betul tak? dan yang penting jugak, diam itu lebih baik dari bercakap.
Okay la, setakat ini dahulu, actually daku memang nak je update blog, tapi ada benda yang asyik je tersekat di hati dan kerongkong, so kene la padamkan niat, rahsiakan je, hanya hati yang benar-benar mengetahui. Cik Kaseh ade je benda nak kongsi, tapi di sebabkan tahap rahsia dalam diri sangatlah tebal so benda tu hanya dipendamkan aje, kat fb pun macam tu, tak berani la nak buat status yang bakal mencetuskan kontroversi, perlu menjaga sensitiviti orang lain. selain dari rasa nak berahsia sebenarnya cik kaseh  sememangnya seorang yang PEMALAS.hikhik..

 
credit to:google images

:: korang seru la cik kaseh kembali aktif berblogging ye?hanya medium ini yang nak dengar luahan hati seorang cik kaseh. thanks korang!::

 ♥thanks for reading this entry, I really appreciate it ♥

Wordless Wednesday

Assalamualaikum wbt

-Lame tak buat Wordless Wednesday ni kan?
-pic ni dah basi actually, bulan Oktober punye cerita..berkurun dah.
-lokasi: on da way antar cik kaseh balik Semanggol lepas 2 hari my parents pegi mekah, dalam kete my ude.
-saksikahlah...hehe

jangan segan silu buat dialog sendiri yer?hehe


♥thanks for reading this entry, I really appreciate it ♥