tHaNkS!!

Showing posts with label sweet. Show all posts
Showing posts with label sweet. Show all posts

Sunday, May 29, 2011

Dua Lagu Kisah yang Syahdu

Assalamualaikum w.b.t

Korang jangan pelik bila tengok Cik Kaseh arini update blog 2 kali dalam satu hari, maknanye kat situ boleh jadik Cik Kaseh memang tengah banyak idea nak turunkan dalam blog ini, takpun Cik Kaseh tengah boring tahap petala kelapan dok kat umah ni, takpun daku mengejar en.nuffnag,ke memang daku ini rajin orangye? so korang boleh pilih mane satu yang korang nak ok?hehehe..

Jangan la pelik tengok daku rajin update blog arini, sebaliknya bagi semangat supaya blogku ini boleh mencapai tahap entry yang baik..hehe. Okay, arini Cik Kaseh nak share dengan korang pasal dua buah lagu yang rasenya memang tengah popular and hot kot sekarang ni dan ianya juga menjadi my faveret song list dalam my mp3. Melihat dari tajuk entry, korang mesti dah boleh agak lagu apekah itu kan?yes! tepat!daku tengah mengilai dua buah lagu yang mempunyai tajuk depannya yang sama iaitu KISAH DONGENG-STACY and KISAH HATI-ALYAH!! kan dah caqkap tadi, lagu ni memang tengah hot kat tv and radiokan?tapi memang tak boleh disangkal, dah memang kedua-dua lagu ini memang sedap dihalwa telinga Cik Kaseh(telinga korang i taktau la kan?) dan paling suke of course lah liriknya yang best dan puitis, bukan kerana liriknya ada kene mengena dengan kamu ke Cik Kaseh??hehe

So, korang suke tak lagu ni?ape?tak penah dengar?okay, kalau korang yang tak penah dengar pegi download sendiri okay? kat sini Cik Kaseh juz nak kongsi liriknya sahaja, so korang layan jela erk?

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja


Lirik Lagu Kisah Hati – Alyah

Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Hanya sempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Hadir di angkasana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Cadang nak kongsi videoklipnya sekali di blogku ini, tapi hampeh, takley plak nak copy kode embed kat youtube. Kalau lagu kisah hati ni, videoklipnya sangatlah superd!Cik Kaseh suke sebab ianya dibuat kat Perlis, kat sekitar Tasoh Lake Resort dan jalan raya lengang di Ladang Tebu Chuping, kalau korang nak tau, dulu kalau pegi Padang Besar, akan lalu gak kat ladang tebu tu, dan tiap kali lalu kat situ, daku suke sangat memandang permandangan sepanjang jalan tersebut, cantik!. Tarikan kedua mengenai videoklip ini sudah semestinya kerana kehadiran si Adam! Remy Ishak agak berserabut dalam videoklip ini, tapi i tetap rase okay jer!hehe..melting ke?taklah kot sampai tahap bermelting!. Cik Kaseh suke ngan baju Alyah yang kaler merah dan bunga sejambak itu, look sweet.

untuk tatapan kamu si pencinta Remy Ishak,,Pencinta Alyah pun boley :)

Dan kebetulan, lagu Alyah ni dah dua orang budak program realiti nyanyi iaitu Lena (AF). dan Shiha (Mentor). tapi antara keduanya, dua-dua tak sedap!hikhik..maap la yer? Bagi lagu Kisah Dongeng pulak, masih belum ada videoklip officialnye, hope lagi superb!dapat abang Yucy yang direct pun okay dah!huhu. Dan kalau ada yang terperasan, Stacy jarang menyanyikan lagu berentak ballad seperti lagu inikan?tak silap baru dua lagu kot,lagu first kalau tak silap Cik Kaseh lagi cinta terhalang kot, tapi agak memuaskan hati jugaklah bila dia bawak lagi ni, meruntun hati la jugakkan?

::Antara dua lagu ini, mana satu yang korang rase kene ngan Cik Kaseh??cepat teka!kalau betul i bagi tepukan!hehe::


♥ thanks for reading this entry, I really appreciate it ♥

Sunday, May 8, 2011

Teman Penyeri dan Teman Bergaduh Saya

Assalamualaikum w.b.t


Okay, hari ini 08 May 2011 ( ahad ) adalah HARI IBU, tapi memandangkan Fiza panggil my mum MAK, i tukar jadik HARI MAK boley?hehe.. Entry ini adalah entry terpengaruh dengan blog-blog kawan-kawan lain yang kebanyakkannya menulis tentang ibu mereka (tak caya, sila blog walking yer?)

Emak saya bernama PUAN MIZAN BINTI ABDULLAH, dilahirkan pada 18 Februari 1949, memiliki sembilan orang anak yang terdiri daripada 6 orang lelaki dan tiga orang perempuan. Kini emakku mempunyai 9 orang cucu pula yang terdiri daripada 4 lelaki dan 5 perempuan, can u imagine? bagaimana seorang emak mampu menjaga 9 orang anak yang jarak umurnya tidaklah terlalu jauh, ditambah pula kesemuanya agak nakal semasa kanak-kanak (except me!hehe). Tapi tu lah mak, boleh je jaga anak-anaknya yang bersembilan ini, jaga sampai masing-masing berjaya membesar dengan sihatnya!hehe

Fiza adalah anak perempaun kedua akhir, dah namanya pun anak pempuan, memang rapat la dengan mak kan? Di akui, mak Fiza adalah penyeri kehidupanku! tanpa dirinya siapalah Fiza ni kan? Tanpa restunya juga, tiadalah kejayaan dalam kehidupanku ini (huhu..ayat sedih..). Dah macam-macam pesanan yang diberikan olehnya, tapi masih ada yang tidak ku ikuti (ko memangkan Fiza?hehe..) Bebelannya juga telah acapkali kudengari, tapi Fiza kene faham, bebelan seorang ibu tu bukan untuk keburukan, tetapi kebaikan tau, apa yang dibebelkan tu sebenarnya untuk kebaikan diri sendiri, tapi sang anak?hehe..

Emak juga teman bergaduhku! iyer, memang benar! Fiza selalu gaduh gak ngan mak, kadang-kadang diakhiri dengan gelak ketawaku yang kuat, contoh:

saya: "mak, tak masin la lauk ni..."
mak:" dah, tak payah letak garam banyak-banyak, masin dah"

saya: "mane ade manis air ni mak"
mak: udah manis, kamu jer tak rase"

saya: " cantik jer kaler baju nih, sesuai jer ngan tudung mak ni"
mak: " tak sesuai, mak nak pakai tudung lain"

saya : " tak payah beli la mak"
mak "beli la, karang bukan singgah sini dah"

Ini baru sebahagian kecil gaduh manja kami anak beranak, asiklah tak sehaluan!hehehe, tapi mungkin tu la faktor membuatkan kami rapat kot, ketiga-tiga kami (anak perempaun) sangat rapat ngan mak. Anak lelaki pun rapat gak (nak suh mak masak lauk feveret la tuh!hehe..). Tu belum lagik cik Fiza ni kene perli ngan mak, penah jer kene sound, nak tau mak penah sound Fiza ape? " dari baca novel tu sampai pukul 2 pagi, baik baca al-quran! (hehe..amik ko Fiza) Fiza pun penah nak sound manja mak. Mak adalah seorang pengemar jantung pisang rebus, tetapi dirinya tidak boleh makan makanan tersebut(faktor kesihatan), tapi nak jugak, penah cakap gini ngan mak " jangan makan jantung pisang tu, karang mak sakit," tapi di belakangku mak makan gak!hehe

Fakta tentang mak saya ialah:

1. Seorang pembuat nasi lemak yang sangat superb!cucunya pernah makan dua hari berturut-turut nasi lemak yang sama, manakala anaknya mau tapau bawak balik rumah!hehe.

2. Mak jugak pembuat kuih seri muka yang paling sedap berkrim disukai ramai, namun anaknya hanya tahu makan dengan jayanya, lebih-lebih lagi cik tuan tanah :)

3. Gulai tempoyak mak jugak sangatlah yummy!cukup rasa! abah akan makan lebih kalau mak yang masak, tapi bila saya masak abah makan sket jer, kenape yer?hahaha...

4. Emak seorang yang sangat anti ikan keli, tapi mampu memasak ikan keli sesedap-sedap alam!

5. Kesimpulannya, mak memang tukang masak paling best!

Oh yer!tiada sambutan hari emak untuk tahun ni, actually kami memang jarang pun celebrate, mak pun tak suke katenye, bufday tahun ni pun die marah amik gambar die and kek bufday pun takmo potong!hehe. For me, sebenarnya, hari-hari adalah hari emak, hari-hari juga adalah hari ayah dan hari-hari juga adalah hari kasih sayang!

buah hati pengarang jantung Fiza...:) (see, sgt malu bila bergambar :p)

Hadiah buat mak :)

:: Mak memang tak baca blog Fiza ni, tapi mak tau, anaknya seorang blogger tegar! (tegar ker?hehe) ::


♥ Cik Kaseh Kiut ♥

Friday, May 6, 2011

:: Alhamdulillah...Ku Syukuri KurniaanMU ILAHI :) ::

Assalamualaikum w.b.t

Result temuduga KPM ku udah keluar hari ni, dari tajuk entry dah boleh agakkan? so Fiza BERJAYA! syukur alhamdulillah, mungkin bagi orang yang dah keje tu rase tak ade ape-apekan hal ni? tapi bagi Fiza, bila dah berjaya lulus dalam temuduga kali kedua ni rase macam seronok sangat!(syukur,syukur,syukur) bagi yang repeat interview ni mungkin faham perasaan yang daku alami.

Sepatutnya dikhabarkan result kuar esok 07 Mei 2011 (eh, bukan result ini delay??hehe) tuptup, tadi cik zila kol and mesej bagitau result interview dah keluar. Korang nak tengok? meh Fiza kongsikan..


Hope, lepas ni hidupku terus di sinari kebahagiaan, takmo dah sedih-sedih cam sebelum ni. Sekarang ni dok berdebar-debar lak, dok tunggu penempatan, part ni paling takut sepanjang penantian mendapatkan kerja rasenye kan? Pastu, mula la stress ngan keje lak, banyak keje yang perlu dibuat, takut kene kejutan pekerjaan lak sebab diri ini hampir setahun bergelar surirumah tangga yang comel( tetiba!hehe). Harapanku jugak dapat tahu cepat di mana penempatan. Fiza akan doa dan teruskan berdoa tanpa jemu :) .

:: mesti ade yang kata Fiza ni "over" pasal hal ni kan? itupun beriya-iya nak upload pic pasal berjaya dalam interview, aku yang dah keje ni relaks jer, over beno ko Fiza! (mesti ade yang berkata begitu di dalam ati mau pun secara lisan) Takpe, i tak kisah, dah ini belog comel i, i jer yang baca, so suke ati i la nak upload ape kan?hehe..::

::kami yang berlapan semuanya berjaya, TAHNIAH kamu-kamu::

♥ Cik Kaseh Kiut ♥

Thursday, May 5, 2011

Saya Rasa Comel Bila Baca Novel Kamu, HLOVATE!

Assalamualaikum w.b.t

Korang sila jangan muntah disini bila baca tajuk entry, nak muntah pegi jauh-jauh..hahaha..Mane ade tajuk entry ini berbau syok sendirikan?hehehe. Seperti yang korang tau, si tuan tanah ini memang gila dengan NOVEL! ini adalah hobi Fiza yang mungkin sukar dibuang jauh dalam hidupku, mau rase tak seronok kalau dalam masa sebulan tu tak baca novel!hikhik..Parah sangat ke penyakit mengilai novel yang Fiza hadapi ini? Rasanya tak kot, ada lagi makhluk ALLAH kat atas bumi ni yang gila membaca novel, beli tiap-tiap bulan tanpa miss. Fiza ni ade gak la kurangnya, just beli novel tyme ade duit and novel tu dari penulis feveret Fiza seperti En. RAM ( Fiza tak penah miss novel beliau), Pn. Aisya Sofea dari alaf 21. Suke sangat ngan karya mereka berdua ini.

Dan, penulis terbaru yang Fiza gilai ialah HLOVATE, bagi kaki novel korang mesti suke gak ngan karya beliau kan? sangat daku menyukai cara penulisan si novelis ini. Fiza try mengugel muka si penulis, tapi memang takde la, taktau la lelaki ke pempuan, tapi dari gaya penulisannya, more to women lah, beliau mungkin seorang doktor, sebab hampir kesemua novelnya menceritakan tentang bidang kedoktoran. Fiza gak rase die berasal dari Perak (same wif me). Oh ya! beliau juga ada blog, selalu gak diri ini menempel di blog beliau sambil membaca novel onlinenya.

Fiza sebenarnya ade satu jer novel dia ni, tajuknya 5 TAHUN 5 BULAN, sangatlah seronok bermain watak ANA dan ALONG! dan banyak kali repeat dan bakal repeat lagi, Cara penulisanya yang bersahaja, selain tu, gambaran setiap watak adalah biasa, maksudnya di sini, watak hero dan heroinnya digambarkan tidaklah terlalu hensem, cantik dan semua orang meminati. Tidak seperti dalam novel2 yang biasa Fiza baca, heronya hensem, kaya manakala heroinnya cantik secantikya dan ramai lelaki yang minat, betui dak?hehe..

Baru-baru ni dapat pinjam dua novel karya hlovate ni dari kawan adikku, bertajuk TUNAS dan aA+ aB. Memula Fiza baca Aa+Bb padahal kene baca TUNAS sebab novel aA+ aB adalah sambungan dari novel Tunas, so agak kurang pemahaman pada mulanya, last2 baca Aa+ Bb then TUNAS and baca balik aA+ aB. Dasyatkan daku, dok repeat novel yang same jer. dah sukekan?hehe. Tapi memang i fall in luv sangat-sangat dengan novel aA+ aB!! suke gile kentang dengan watak BENZ ALIFF SULAIMAN! mengetar sukma! watak nya bukanlah mamat jiwang, yang caring tapi ex-taiko kot!budak backstreet lagi tapi masih punya naluri kelakian yang mampu membuatkan pembaca berada di awanga-awangan (bukankah daku gemar begitu jika baca novel?hehe). Fiza suke jugak ngan watak ADDIN SYAH! seorang doktor egomaniac!hehe..

Dan, apa yang Fiza perasan, si penulis ni gemar mengguna bahasa yang mungkin direka sendiri olehnya seperti "putus fius", "tarappappa","haila", "angau overboard" dan lain-lain(korang kene baca sendiri, setiap novel die ade perkataan ini). Pastu, yang Fiza suke sangat sebab setiap novel die akan ada unsur-unsur islam (addin lesson), so sambil baca tu die letak gak terjemahan ayat al-Quran, Hadis-hadis, so ade gak la pengetahuan bila baca novel die. Dan dalam novel 5 TAHUN 5 BULAN tu siap ade sisipkan resepi "Peach cobbler"( taktau betul tak ejaan ku ini)

Selain tu, dapat gak belajar bahasa sepanyol and Holland! si Benz ni pandai tau cakap Holland sebab die blaja kat sane, jom kite blaja Love Lesson gak!hehe...

Sepanyol:
estoy enamorado de ti - saya mencintai kamu
senorita- cik
si carino- ya, sayangku
si amor- ya, cintaku
yo tambien- saya juga
lestroy harto- dah la tu
querida- sayang
una idea disparatada- idea gila
usted se olvido de esarme- awak lupa cium saya

Holland:
ich liebe
dich- i love you (Jerman)
ik houd van u. ik houd zo veel van u. ik kan zonder u leven nit, liefde-i love you, i love you very much. i cant live without you, love

Terbelit-belit dak lidah korang dok baca ayat di atas?hahaha..mesti la erk? tapi i suke jer. Yang membuatkan i rase comel jer bila baca novel a+b ni bila part romantik antara ADDIN ngan BENZ ni la, part Benz cuba membuat Addin jatuh chenta and part pujuk memujuk,part ngorat Benz and part islamik dorang dua, sukeee sangat! tersenyum lebar jer daku sambil membaca novel ini, sebab tu i rase comel! (wakaka.. mau tergulik-gulik korang gelakkan saya erk?). Dan sejak baca novel ni Fiza mula dah gilakan nama BENZ ALIFF SULAIMAN, unikkan?de tak name orang camni yer? Letak nama anak nanti boley?hahaha... Korang nak tau Fiza bayangkan sape si Benz? Fiza bayangkan Beto Kusyairi!!(giler daku!) dan watak pempuannya Fiza bayangkan Farah Diana Anuar (sweet jer..). Sesuke jer Fiza membayangkan mereka erk?hehe. Kalau korang tak kenal mereka berdua ini silalah mengugel, jangan malas :p

So,kepada korang yang nak jugak rase comel semasa baca vovel, Fiza sarankan korang layan novel aA+bB ini okay? mesti korang pun akan mengiyakan kecomelan korang, eh! bukan keromantikan jalan cerita novel ini, hehehe...

Dah baca and akan milikinya (image credit to: google)

Dah milikinya ;) (image credit to: google)

Dah baca and pinjam kat orang (image credit to: google)

nak miliki kesemuanya satu hari nanti..(image credit to: google)

::wink...wink..wink...;)::


♥ Cik Kaseh Kiut ♥

Friday, April 15, 2011

::Terkantoi Yang Terharu::



Assalamualaikum...

Lamenye tuan tanah meninggalkan tanah jajahannya kan? Korang sihat?tuan tanah bertambahlah sihatsejak dua menjak ni. Hari ni takde la citer yang best sangat fiza nak kongsi pun just nak bagitau yang fiza dah terkantoi ngan seseorang. Seseorang itu siapakah yer? Korang ingat lagi dengan entry ini?so fiza dah terkantoi dengan orang yang fiza kagumi dalam entry ini. Rasa terharu yang teramat okay!

Mesti korang kate, poyonya fiza kan? sebab hal kecik ni pun nak terharu bagai? Tapi, tu la hakikatnya, fiza rase terharu dan seronok bila En. Hami terbau entry penghargaan fiza terhadap beliau. Seorang blogger glemer menyapa blogger baru+picisan sepertiku ini..memang happy tahap dewa la! Dan fiza tak sangka lak die boleh detect entry tersebut. Setahu fiza blogku ini tak berapa nak timbul kalau search kat google. hahaha...betapa tak menonjolnya diriku dalam dunia berblog ini. Lagipun kalau korang tengok, setiap entry fiza ni memang susah kot orang nak komen, tapi takpe, fiza berblog bukan mahu orang komen ataupun mengejar keglemeran (ade tak imbuhan begini?). Tujuan fiza hanyalah mahu berkongsi rasa, berkongsi ilmu, meluahkan apa yang dirasa walaupun bukan semua sesuai untuk diluahkan disini. Fiza suka menulis di blog salah satu sebabnya adalah mengasah bakatku dalam bidang penulisan. Mane tau pasni boleh bergelar seorang novelis pulak( berangan sangat kuat tuah tanah ni kan?)

Back to the entry, okay, tak silap beliau telah terbau entry pengahrgaanku terhadapnya dua hari lepas kot, siap type dalam facebooknya (mention my name tau) hehe... mase tu saya sangat terharu. Korang tengok ni okay?

korang click untuk tumbesaran okay??

En. Hami memberi komennya di blogku yang tidak glemer itu!terharu...

Okay, itu jer nak citer (la..tu je ker?tak la gempakpun erk?). tapi seriously fiza cakap, tujuan fiza buat entry tu bukan untuk glamer or tumpang glemer, tapi memang fiza kagumi hasil setiap entrynya di blog, setiap statusnya di facebook, sangat memberi manfaat kepadaku. Just macam tak percaya, blog tak glemer telah dihidu oleh orang yang glemer. So, yang tak pegi lagi blog beliau, sekali lagi kusarankan supaya pergi, banyak entry-entry yang berbau islamik yang benar-benar boleh menaikan kembali semnagat seseorang yang mungkin jatuh. Selain tu, ade gak entry yang memberi pengetahuan berguna kepada kita.

:: Masih terharu..(^___^) ::

♥ Cik Kaseh Kiut ♥

Monday, May 24, 2010

Kebahagiaan Dalam Perpisahan...=(



Tak perlu ucapkan sepatah kata

Kerana lantang terbaca dari muka

Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa

Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi

Betulkan kesilapan perhubungan ini

Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan

Manakah agaknya cinta kasih?

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum

Bunga yang layu pada musim luruh

Yang dulunya mekar disinar suria

Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata

Semakin lama semakin rekah

Menimbulkan tanya apa mungkin kita

Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Tiap titis airmata kau tangiskan

Ku dah cukup menampung selautan

Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam

Kerana cuba menafi realiti

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum

Bunga yang layu pada musim luruh

Yang dulunya mekar disinar suria

Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata

Semakin lama semakin rekah

Menimbulkan tanya apa mungkin kita

Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Thursday, September 3, 2009

FARIS MUSTAKIM..welkam to our family...

huhu...comel cam auntie die...

hari tu sehari sebelum berpuasa..sayer sempat send mesej wish puasa kat sume kaum kerabat termasuklah kakak-kakak iparku...then kakak ipar yg first reply my msg...cam gini ayat die:

my kak nyah: insyaALLAH kalau dapat pose penuh.hehe..slamat bpose k.
sayer reply: akak bile due?
my kak nyah: 5 september..2 minggu lagi.tp taktau la bila nak kluarnyer..

camtula lbh kurang mesej kiteorang..tup..tup pd 26 ogos 2009 my bro bg msg camni plak:

my nyah:Alhamdullillah..kome dah dpt anak sedara sorang g,kak nyah dah bersalin pagi td..baby boy...

mase tu tak silap dalam kul 6.54 am...huhu..anak sedara sayer tak sabar nak rayer la tu..heheheh..ape-apepun ahli keluarga sayer dah bertambah sorang lagi and kalau tak silap bulan oktober ni kak yang plak bakal timang anak pertama die...baby gurl ke?? suprise..suprise...hehehe...kene cuci gambar baru la nampaknyer...

adakah saham amrin danishku akan jatuh selepas ini??bukan pe..dah masuk tiga tahun tu la anak sedara terakhir keluarga sayer...die la slalu menjadi penawar dan bahan sakat auntie and uncle die bile balik kampung...i think no...die juara lg kot...aritu kol kat umah..bleh plak die nyanyi lagu love story...terjerit-jerit kat telefon...umo baru 3 tahun...heheheh...rase nak terbang balik umah waktu tu jugak..nak cubit-cubit jer pipi die...geram2!!tu belum lg dgr die bercakap...petah mengalahkan org dewasa!

hope rayer ni sume orang dapat balik kampung walaupun maybe ade yg balik umah mak mertua dulu..yela..org ade mak mertua..huhu...

p/s: tak sabar nak balik kampung rayer ni...huhuhu...

Saturday, August 15, 2009

sELaMaT uLaNg TaHuN sAYaNg....

HAPPY BUFDAY TO ME...
HAPPY BUFDAY TO ME...
HAPPY BUFDAY TO FIZA...
HAPPY BUFDAY TO ME...
24 julai 2009 bersamaan hari jumaat adalah bufday sayer yg ke...ke brape erk? dah 23 tahun dah...huhu..makin meningkat dr sehari ke sehari....takder ape yg lainnyer hari tersebut tp dpt la prezen sket2 dr member2 kesygan...tak celebrate pun..cdg nak celebrate 30 juli 2009 aritu..konon-kononnyer celebrate utk julai gurl..yg terdiri drpd cekja(14 julai),don(17 julai),ila(19 julai), farah (22 julai) n kakza (27 julai) tp aritu dah cuti H1N1 so sampai la ni tak buat2 lg..jd ke tak kwn2?huhu...

Ape-apepun thanks kpd kwn2 yg bg hadiah,n wish sms...cayang korang sumer!!!


kad bufday yg cute from zila


kad music and lampu2 from kakza


coklat citcat and paper message from cekja...


slippers moshi maro comel from rumet

Sunday, March 15, 2009

GoOd ByE eMo....:))

Tiada Tangis Lagi-Ella
Engkau jadi kenangan dalam hati
Terlalu lama engkau pergi

Angin masih begitu
Alur nan biru
Memayungi taman kalbu

Kiambang menjadi lambang
Kau bagai bayang-bayang
Kini kuterbuang

Di danau tenang selalu
Seolah tidak tahu gelora di hatiku
Selama hayat ini kusimpan rahsia hati

Kukenang masa nan lalu
Terasa pilu
Ke mana harus ku mengadu

Kiambang menjadi lambang
Kau bagai bayang-bayang
Kini kuterbuang

Di danau tenang selalu
Seolah tidak tahu gelora di hatiku
Selama hayat ini kusimpan rahsia hati
Di sini kuberdiri
Tiada tangis lagi

Friday, January 9, 2009

Ramble at Pusat Rekreasi Gunung Lang

Assalamualaikum….baru2 ni bertarikh 29 disember 2008…sblm sayer balik kampus sayer ngan famili akak kesayangan sayer g jln2…then tetibe kiteorg g kawasan rekreasi Gunung Lang kat Ipoh…sebenarnyer tak rancang pun nak g..sayer first time pg..tmpt tu cantik …sejk mata memandang…lebih2 lg tgk ikan2 yang berenang2 tu…leh la nak release tension…sambil2 cuci mata..hehehe…tmpt tu sesuai tuk org dating!heheheh…ader perkhidmatan naik bot and kiteorg tak lepaskan peluang..lgpun ader org belanja..so belasah jela…dulu my sis ckp kat tepi kawasan tu ader water fall..mmg cantik..tp skrg dah takder..tak tau la naper…seronok gak pg.. tgk gelagat anak sedara sayer..cam2 perangai…walaupun ujan turun agak lebat…but its happy moment…



Cantikkan?mendamaikan…sejuk mata..hehehe…




Wif my first niece...



My lil sis...


snap..snap and snap...

Budak comel yang sgt nakal!!!hehehe..

Hero my sis yang ke2…

Budak nakal ngan aunty kesygan die...