tHaNkS!!

Showing posts with label Sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label Sharing is caring. Show all posts

Tuesday, April 5, 2011

Terpukau kata-kata, nasihat dan ayatnya...

Assalamualaikum...

Hai all my readers. korang sihat tak?lamekan cik fiza tak update blognya inikan? Fiza tak berapa ada idea la, lagipun bukan semua benda leh citer kat sini, nanti boleh mendatangkan kontroversi!. Ok, sebenarnye entry ni memang dah lame fiza nak tulis,eh!bukan tulis, tapi type yer? Lupe lak nak tanye, ok tak kalau guna nama sendiri sebagai ganti diri fiza dalam ni?sekarang ni taktau nak guna fiza atau saya semasa menulis dalam blog ni. Dulu, memula guna perkataan saya, tapi rase cam formal lak, pastu tukar plak aku, kasar lak bunyiknyer. Fiza tak penah guna sebenarnya perkataan aku ni dalam kehidupan so memang aku kene buang jauh, dan sekarang guna nama sendiri iaitu fiza, rase cam mengada-ngada lak, tapi takpela, try dulu.

Alamak! terjauh plak melencongnya dari perbualan asal kitakan?Ok, fiza straight to the point, sapekah orang yang fiza maksudkan dengan tajuk entry di atas? korang rase sape erk?artis manekah yang telah membuat fiza terpukau dengan kata-katanya? Sebenarnye, bukanlah artis, die orang biasa macam kita gak tapi ada banyak kelebihan, beliau seorang blogger yang sangatlah pandai memberi kata-kata nasihat yang amat berguna bagi pendapat fiza la. Orang tersebut ialah En.Hami Asraff, bukan asraff muslim pelakon pujaanku itu. Okay, fiza tau rata-rata girl-girl yang kaki blogger ni kenal beliau dan mungkin sangat meminati beliau, betui dak?(ayat en,hami)hehe..menjadi pujaan hati kot si blogger ini.

header beliau :)

Ok, fiza bukan mau cerita tentang pempuan yang dok syok kat die, just fiza nak share kat korang cara penulisannya yang bagi fiza sangatlah tiptop!. Fiza sebenarnye baru gak foolow beliau kat blognya, secara tak sengaja pun. Masa tu fiza tengah online kat FB, ada kawan yang like page die, so dari situ barulah fiza terperasan kewujudannya, agak ketinggalan lah jugak, baru awal tahun ni kot. First entry yang fiza baca dan buat fiza rase terkesima adalah entry beliau yang bertajuk ujian itu penyembuh. moga ibuku segera sembuh Memang memberi kesedaran buat diri ini. Lagipun masa tu fiza memang ditimpa pelbagai masalah dan masalah yang paling berat masa tu bila fiza gagal dalam temuduga. Rentetan dari itu, banyak masalah lain yang timbul. mase tu rasa sangatlah down!sangat stress. Dan selepas membaca entry inilah fiza mula tanamkan kesabaran yang lebih tinggi dalam diri ini. banyak sungguh kata-kata semangat yang wujud disetiap entry beliau. Lepas tu memang fiza baca semua entrynya, banyak kata-kata semangat, nasihat dan kata semangat yang membolehkan pembaca yang sedih macam fiza boleh mulakan kehidupan baru!hehe..dashyatkan? Oh ye, dalam entrynya juga disisipkan lagu Muhasabah Cinta (telah menjadi lagu feveretku kini tau..hehe)

Selain tu, fiza add die dalam fb, dan kalau korang nak tau, hampir setiap status die yang berunsur nasihat, kata-kata semangat fiza like. Lagipun memang beliau banyak menulis kata nasihat yang membina dan sangat berguna buat diri ini. Lagi satu menyedarkan kita yang mungkin alpa dalam menjalani kehidupan sehari yang sepatutnya berlandaskan agama islam.

Lagi satu, beliau ni memang suka guna perkataan yang panjang means beliau tak suka singkatan perkataan. korang peratikan ayat dalam entrynya, semuanya ejaan penuh. beliau katanya tak suke guna ringkasan. Bagus! fiza juga sedang cuba ikutinya. sepatutnya, fiza ni bakal guru Bahasa Melayu tidak menggunakan ringkasan perkataan ataupun percampuran bahasa. Sekarang fiza cuba sedikit-demi sedikit. Indah sebenarnya taip tidak guna ringkasan ni. Korang tengok, banyak gak perubahan bahasa entry baru-baru fiza dengan entr lama-lama dulu.

Ok, tu jer nak cerita. korang yang tak pegi lagi blog beliau sila la pegi. seronok dan banyak memberi pengajaran dan kata-kat nasihat. Oh ya! fiza bukan puji lelebih ni sebab nak cari glamor murahan pun. just mahu berkongsi sesuatu yang baik. Lagipun fiza ni hanya penulis picisan yang mengupdate blog sebulan sekali, So memang tak ada siapa yang perasan dengan penulisan murah seperti ini.

::hanya mengagumi bahasa, nasihat, pengajaran dan kata-kata dalam setiap entrynya. Berguna buat diriku yang pernah "jatuh" satu ketika dulu dan dalam proses untuk "bangun"::


♥ Cik Kaseh Kiut ♥

Wednesday, March 23, 2011

Jangan Bersedih Kerana Ditangguhkan Rezeki

Assalamualaikum...

Ingat tak ade satu entry yang penah fiza tulis aritu about buku baru yang fiza beli?kalau lupe korang klik sini ok? Tajuk buku die JANGAN BERSEDIH JILID 2(aritu takde duit nak beli ketiga-tiga jilid, tapi takpe, pelan-pelan kayuh). Memang buku tu banyak menaikkan motivasi diri fiza yang teramat kin luntur, lebih-lebih lagi bila teringatkan beberapa hal yang terjadi dalam diri fiza especially mase fiza gagal dalam temuduga aritu. Sedih mau cerita. so malas nak ingat hal yang dulu :)

So, Fiza dah khatam pun buku nie, memang menarik, memang membuatkan kita jangan bersedih, memang menyuruh kita memikirkan setiap kejadian pasti ada hikmah yang tersembunyi. Tak rugi la beli buku ni, memberi inspirasi buat diriku untuk bangkit dari kekecewaan (ewah!). Ade satu subtajuk dalam buku tu yang sangat menarik minat fiza untuk dikongsi bersama kalian, bila baca jer membuatkan fiza tersenyum dan sematkan dalam diri supaya bersyukur dan sentiasa bersabar. So, arini fiza nak share ngan korang ape yang fiza cakap menarik tu ok? Tajuk sub tersebut adalah tajuk entry diatas, fiza type bulat-bulat ok?

Orang yang tidak sabar menunggu datangnya rezeki dan selalu gelisah kerana semua kesenangannya tidak kunjung tiba adalah seumpama makmum yang mendahului imam dalam solat berjamaah, padahal ia tahu bahawa dirinya tidak boleh memberi salam sebelum imam memberi salam terlebih dahulu. Segala permasalahan manusia dan rezeki itu sudah ditentukan dan ditetapkan 50 ribu tahun sebelum adanya penciptaan itu sendiri.

Semua ketetapan Allah pasti akan datang, maka janganlah kamu meminta-minta agar disegerakan kedatangannya...(AN-Nahl:1)


...dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tidak satupun yang dapat menolak kurniaNya...(Yunus:107)

doa murah rezeki :)

::Khas untuk kamu-kamu yang mungkin seangkatan dengan saya..sabar yer kawan-kawan?::

♥ Cik Kaseh Kiut ♥

Tuesday, March 8, 2011

Rahsia Bulan Islam

Assalamualaikum...

Hari ni chek nak share ngan korang tentang Rahsia Bulan Islam yang diwakili oleh tuan tanah. Aku lahir pada 24 Julai 1986 (sile ingat dan bg hadiah ok?).so kat situ, bulan islam kelahiran aku jatuh pada 18 Zulkaedah 1406 dan telah disahkan oleh my mum (just die tak ingat berapa hari bulan). Dan result bagi mereka yang berada di bulan Zulkaedah adalah seperti berikut:

Klik untuk tumbesaran

Selepas membacanya, ya! aku akui, ada beberapa frasa di atas agak relate dengan diri aku such as "Perwatakannya pendiam" dan "Dia banyak berfikir". Aku memang jenis banyak berfikir, lantaran itu, aku agak sukar untuk membuat sesuatu keputusan, atau yg lebih tepat lagi, aku agak lambat memutuskan sesuatu pekara, itu adalah salah satu kelemahanku.

Tentang bab pendiam tu pun betul, Aku juga agak sukar memulakan sesebuah perhubungan kerana sifat pendiamku ini. Tapi, apabila ditanya kepada orang yg rapat seperti adik saya, dia mengatakan saya minah kepoh! hehehe... Maybe ngan orang yang aku tak kenali aku memang berat mulut kot.

Yes!aku juga tidaklah terlalu mempercayai ngan result diatas, Ia sama macam zodiak, i just suka-suka main aplikasi ini di facebook. Korang nak try buat tak? klik sini ok Rahsia Bulan Islam

::tak perlu percaya. just for fun ::

♥ Cik Kaseh Kiut ♥

Wednesday, February 2, 2011

::Sharing is Caring::

Assalamualaikum

Wah!awak nak kongsi ape tu cik Fiza?huhu...bukan ape, just nak sharing pasal INSAK. INSAK nie untuk mereka yang ingin temuduga KPM nanti, aku saje-saje search pasal INSAK then terjumpe sedikit info atau tips untuk menjawab soalan tu nanti. Tak banyak yang aku jumpa, tapi boleh la sebagai sedikit bekalan untuk menghadapi temuduga itu nanti. Let's check!

Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK)

Rasional

Calon perlu memiliki ciri-ciri sahsiah yang terpuji, positif serta kesediaan yang tinggi untuk memikul tanggungjawab sebagai guru. INSAK merupakan ujian bagi mengesan kesesuaian sahsiah calon untuk profesion keguruan. Komponen ujian ini mengandungi gagasan amanah, taat setia, ikhlas dan dedikasi, kawalan emosi, disiplin, kepekaan, kepimpinan, motivasi, kreatif dan inovatif serta kematangan fikiran. Komponen INSAK merupakan teras dalam MTeST dan calon perlu mencapai tahap yang ditetapkan.

Soalan INSAK : Soalan Negatif

Contoh soalan negatif adalah seperti berikut :

Anda melihat tempat letak kereta pengetua sekolah kosong, anda akan meletakkan kereta di situ

A. Ya

B. Tidak

Jawapannya : Tidak , kerana ia adalah tidak beretika

Jika guru-guru membuat lawak lucah di dalam bilik guru anda akan ketawa

A.Ya

B.Tidak

Jawapan : Tidak, anda tidak ketawa ( soalan ini mempunyai banyak perdebatan tetapi stick to this answer, should be fine )

Kuncinya : Jawap berdasarkan Apa Yang Kementerian Mahu dan Kehendaki

Point-point yang membantu

Untuk menjawab soalan INSAK, saya sertakan di sini tambahan supaya anda lebih yakin dan jelas tentang objektif dan bagaimanakah sepatutnya anda jawab, saya dapati daripada salah seorang pensyarah KPLI di maktab, ingin saya kongsi di sini.

  1. Kegagalan untuk mengenalpasti dan untuk memberikan definasi yang jelas tentang apa yang calon mahu dalam hidup mereka
  2. Sifat bertangguh, dengan bersebab atau tanpa sebab, biasanya digunakan bermacam alasan
  3. Tiada minat untuk mengejar ilmu pengetahuan yang khusus/ specialized knowledge
  4. Sukar membuat keputusan, mempunyai tabiat 'pass kepada orang lain' dalam semua urusan, tidak mahu bertanggungjawab, suka berselindung dan melarikan diri dari masalah
  5. Mempunyai tabiat memberi alasan, tidak pula menyediakan pelan yang khusus untuk menyelesaikan masalah
  6. Cepat berpuas hati. Susah untuk dipulihkan, melainkan dibentuk setiap hari
  7. Terlalu berlembut, tidak tegas untuk menghadapi situasi-situasi yang memerlukan ketegasan
  8. Tabiat suka menyalahkan orang lain untuk kesilapan sendiri, dan menerima semua perkara sebagai takdir dan nasib, tidak mahu berusaha.
  9. Lemah dan tidak mempunyai keinginan yang kuat, tiada motif kukuh untuk berbuat sesuatu, buat sesuatu kerana disuruh oleh orang lain.
  10. Cepat mengaku kalah, langsung tiada ikhtiar untuk cuba selesaikan masalah.
  11. Tiadak sistematik dan tidak mempunyai perancangan, tiada pelan untuk berjaya, pelan tidak ditulis dan tidak dianalisis
  12. Mempunyai tabiat tidak bertindak apabila idea sudah muncul, bertangguh dan tidak suka merebut peluang
  13. Banyak berharap tetapi tidak sanggup untuk ambil risiko
  14. Suka mengambil jalan mudah yang kadangkala menyusahkan
  15. Tidak boleh dikritik, tidak boleh menerima kritikan dan terlalu serius
Credit to: http://kpli2u.blogspot.com/2009/04/kpli-mtest-tips-insak.html

:: Mari kita doakan supaya kita semua boleh lulus dalam temuduga ini. Good Luck All!!

♥ Cik Kaseh Kiut ♥