tHaNkS!!

Showing posts with label short note =). Show all posts
Showing posts with label short note =). Show all posts

Wednesday, May 25, 2011

Aura Kembali Berblogging Menjengah

Assalamualaikum w.b.t

Hai readers!!rindu cik kaseh tak (poyo!)hehehe...Mood berbloggingku sudah kembali! ade orang kesah ke erk?hehe. Tajuk entry ini ingin melawat tajuk entry di bawah ini (entry lalu). Dah lamekan cik kaseh tak membebel di sini?. So mulai hari ni, insyaALLAH daku akan menceriakan blogku yang comel ini, ade banyak benda nak share, ade banyak benda nak setori-mori dekat anda semua (bagaikan ramai no readers ko kan cik kaseh?hehe). akan meneruskan entry 10 day picture challenge, mesti korang nak tengokkan ketegori gambar seterusnyakan?sepatutnya benda tu kene buat entry hari-hari, tapi disebabkan mood berbloggingku ke laut minggu lepas jadik ianya tak dapat diteruskan( ade orang kesah ke pun?rasenye takde)

::tengah memikirkan, nak citer ke tak sebab mood swingku itu::

♥ Cik Kaseh Kiut ♥

Friday, May 6, 2011

:: Alhamdulillah...Ku Syukuri KurniaanMU ILAHI :) ::

Assalamualaikum w.b.t

Result temuduga KPM ku udah keluar hari ni, dari tajuk entry dah boleh agakkan? so Fiza BERJAYA! syukur alhamdulillah, mungkin bagi orang yang dah keje tu rase tak ade ape-apekan hal ni? tapi bagi Fiza, bila dah berjaya lulus dalam temuduga kali kedua ni rase macam seronok sangat!(syukur,syukur,syukur) bagi yang repeat interview ni mungkin faham perasaan yang daku alami.

Sepatutnya dikhabarkan result kuar esok 07 Mei 2011 (eh, bukan result ini delay??hehe) tuptup, tadi cik zila kol and mesej bagitau result interview dah keluar. Korang nak tengok? meh Fiza kongsikan..


Hope, lepas ni hidupku terus di sinari kebahagiaan, takmo dah sedih-sedih cam sebelum ni. Sekarang ni dok berdebar-debar lak, dok tunggu penempatan, part ni paling takut sepanjang penantian mendapatkan kerja rasenye kan? Pastu, mula la stress ngan keje lak, banyak keje yang perlu dibuat, takut kene kejutan pekerjaan lak sebab diri ini hampir setahun bergelar surirumah tangga yang comel( tetiba!hehe). Harapanku jugak dapat tahu cepat di mana penempatan. Fiza akan doa dan teruskan berdoa tanpa jemu :) .

:: mesti ade yang kata Fiza ni "over" pasal hal ni kan? itupun beriya-iya nak upload pic pasal berjaya dalam interview, aku yang dah keje ni relaks jer, over beno ko Fiza! (mesti ade yang berkata begitu di dalam ati mau pun secara lisan) Takpe, i tak kisah, dah ini belog comel i, i jer yang baca, so suke ati i la nak upload ape kan?hehe..::

::kami yang berlapan semuanya berjaya, TAHNIAH kamu-kamu::

♥ Cik Kaseh Kiut ♥

Friday, April 15, 2011

::Terkantoi Yang Terharu::



Assalamualaikum...

Lamenye tuan tanah meninggalkan tanah jajahannya kan? Korang sihat?tuan tanah bertambahlah sihatsejak dua menjak ni. Hari ni takde la citer yang best sangat fiza nak kongsi pun just nak bagitau yang fiza dah terkantoi ngan seseorang. Seseorang itu siapakah yer? Korang ingat lagi dengan entry ini?so fiza dah terkantoi dengan orang yang fiza kagumi dalam entry ini. Rasa terharu yang teramat okay!

Mesti korang kate, poyonya fiza kan? sebab hal kecik ni pun nak terharu bagai? Tapi, tu la hakikatnya, fiza rase terharu dan seronok bila En. Hami terbau entry penghargaan fiza terhadap beliau. Seorang blogger glemer menyapa blogger baru+picisan sepertiku ini..memang happy tahap dewa la! Dan fiza tak sangka lak die boleh detect entry tersebut. Setahu fiza blogku ini tak berapa nak timbul kalau search kat google. hahaha...betapa tak menonjolnya diriku dalam dunia berblog ini. Lagipun kalau korang tengok, setiap entry fiza ni memang susah kot orang nak komen, tapi takpe, fiza berblog bukan mahu orang komen ataupun mengejar keglemeran (ade tak imbuhan begini?). Tujuan fiza hanyalah mahu berkongsi rasa, berkongsi ilmu, meluahkan apa yang dirasa walaupun bukan semua sesuai untuk diluahkan disini. Fiza suka menulis di blog salah satu sebabnya adalah mengasah bakatku dalam bidang penulisan. Mane tau pasni boleh bergelar seorang novelis pulak( berangan sangat kuat tuah tanah ni kan?)

Back to the entry, okay, tak silap beliau telah terbau entry pengahrgaanku terhadapnya dua hari lepas kot, siap type dalam facebooknya (mention my name tau) hehe... mase tu saya sangat terharu. Korang tengok ni okay?

korang click untuk tumbesaran okay??

En. Hami memberi komennya di blogku yang tidak glemer itu!terharu...

Okay, itu jer nak citer (la..tu je ker?tak la gempakpun erk?). tapi seriously fiza cakap, tujuan fiza buat entry tu bukan untuk glamer or tumpang glemer, tapi memang fiza kagumi hasil setiap entrynya di blog, setiap statusnya di facebook, sangat memberi manfaat kepadaku. Just macam tak percaya, blog tak glemer telah dihidu oleh orang yang glemer. So, yang tak pegi lagi blog beliau, sekali lagi kusarankan supaya pergi, banyak entry-entry yang berbau islamik yang benar-benar boleh menaikan kembali semnagat seseorang yang mungkin jatuh. Selain tu, ade gak entry yang memberi pengetahuan berguna kepada kita.

:: Masih terharu..(^___^) ::

♥ Cik Kaseh Kiut ♥

Wednesday, March 23, 2011

Jangan Bersedih Kerana Ditangguhkan Rezeki

Assalamualaikum...

Ingat tak ade satu entry yang penah fiza tulis aritu about buku baru yang fiza beli?kalau lupe korang klik sini ok? Tajuk buku die JANGAN BERSEDIH JILID 2(aritu takde duit nak beli ketiga-tiga jilid, tapi takpe, pelan-pelan kayuh). Memang buku tu banyak menaikkan motivasi diri fiza yang teramat kin luntur, lebih-lebih lagi bila teringatkan beberapa hal yang terjadi dalam diri fiza especially mase fiza gagal dalam temuduga aritu. Sedih mau cerita. so malas nak ingat hal yang dulu :)

So, Fiza dah khatam pun buku nie, memang menarik, memang membuatkan kita jangan bersedih, memang menyuruh kita memikirkan setiap kejadian pasti ada hikmah yang tersembunyi. Tak rugi la beli buku ni, memberi inspirasi buat diriku untuk bangkit dari kekecewaan (ewah!). Ade satu subtajuk dalam buku tu yang sangat menarik minat fiza untuk dikongsi bersama kalian, bila baca jer membuatkan fiza tersenyum dan sematkan dalam diri supaya bersyukur dan sentiasa bersabar. So, arini fiza nak share ngan korang ape yang fiza cakap menarik tu ok? Tajuk sub tersebut adalah tajuk entry diatas, fiza type bulat-bulat ok?

Orang yang tidak sabar menunggu datangnya rezeki dan selalu gelisah kerana semua kesenangannya tidak kunjung tiba adalah seumpama makmum yang mendahului imam dalam solat berjamaah, padahal ia tahu bahawa dirinya tidak boleh memberi salam sebelum imam memberi salam terlebih dahulu. Segala permasalahan manusia dan rezeki itu sudah ditentukan dan ditetapkan 50 ribu tahun sebelum adanya penciptaan itu sendiri.

Semua ketetapan Allah pasti akan datang, maka janganlah kamu meminta-minta agar disegerakan kedatangannya...(AN-Nahl:1)


...dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tidak satupun yang dapat menolak kurniaNya...(Yunus:107)

doa murah rezeki :)

::Khas untuk kamu-kamu yang mungkin seangkatan dengan saya..sabar yer kawan-kawan?::

♥ Cik Kaseh Kiut ♥

Saturday, February 26, 2011

Sudah Lama

Assalamualaikum..

Iyer...aku tau..sudah lama aku mengabaikan kamu wahai blog ku, agak busy sejak dua menjak ni, Ade banyak menda mau cerita, mau upload, tapi tu la..ade jer yang menghalang, lagi-lagi sekarang my lappy asik la buat hal, kene lembut-lembut menggunakannya =)

Ok, nanti aku citer pasal aku punya konvo, aku punya holiday ke Kedah, sekarang tengah mengedit beberapa keping gambar, nanti dah ready aku create di sini. Oh ya! aku tengah gile mengedit gambo sekarang, slalu guna photoscape, korang yg bese mengedit mesti tau software ni paling mudah digunakan, so aku nak la yg advance+thrill sket, so nak la try guna photoshop tapi........huarghhh..agak susah nak download sofware tu sebab saiz besar, nak guna cd plak tempat cd aku punye lappy ni dah berkurun rosak, so camner??hukhuk... dulu penah ade software tu dlm lappy aku, dan try tu use, tapi hampeh! sampai la ni aku tak khatam2 gak guna photoshop! (sedey amat)

:: sape leh ajar aku guna photoshop?hehehe..::

♥ Cik Kaseh Kiut ♥