tHaNkS!!

Wednesday, January 18, 2012

sememangnya saya seorang yang PEMALAS

Assalamualaikum w.b.t

Yes! memang diakui cik kaseh seorang pemalas, blog bukan sahaja bersawang, malah sudah berdebu setebal-tebalnya. Sekarang bukan alasan cik kaseh busy ke, tak ada masa nak update blog ke atau apepun,. Alasan yang paling tepat buat diriku ini ialah kemalasan bermaharaja lela tahap petala kelapan!hehehe...lagipun cik kaseh tau, mane ade orang pun yang nak baca dan follow entry cik kaseh dalam blog ni kan?so tulis untuk diri sendiri, time rajin jela daku mengupdate.

Dah masuk hari ke 18 kita berada di tahun baru, so cik kaseh rase dah lambat bebenor nak wish new year..so tak payah la kan?lagipun i still feel the same thing, tak ada yang berubah pun, kot-kot yang berubah hanyalah umo dan kerja-kerja yang kian bertambah. Oh no!!tahun ni bertambah lagi umurku!gerun sangat rasenye, sebab still single ( part ni nanti cik kaseh wat entry khas okay?doakan cik kaseh rajin la nak update)

Cik kaseh masih di sini, di bumi Semanggol, memegang beberapa amanah dari ALLAH untuk dilaksanakan dengan lebih baik dan tawaduk, so keje kian bertambah, orang baru la katekan. Meh sini cik kaseh senaraikan tugas cik kaseh kan sekolah yang ku cintai ini.


KURIKULUM 
Kaunselor Sekolah 
SU Sistem Juara 
Penyelaras Jadual Guru Ganti 
AJK PSS & Nilam 
SU LADAP

HAL EHWAL MURID 
Setiausaha HEM 
AJK J/K Disiplin Sekolah 
AJK J/K Pengawas Sekolah 
SU J/K UBK 
AJK J/K PRS
Ketua J/K SLAD 
Ketua J/K PPDa 
Warden Asrama

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 
AJK J/K Kewangan 
SU Teras 8 10 Kualiti 
AJK J/K Kecil Sumber Manusia
 KOKURIKULUM 
Guru Penasihat Tenis 
Guru Penasihat Pandu Puteri 
Ketua Guru Penasihat Kelab PRS
Guru Penasihat rumah Othman As-Siddiq
Guru Penasihat 1M1S Bola Baling (Ting 4)
TUGAS KHAS 
SU Majlis Permuafakatan Ibu Bapa & Guru Pelajar Ting. 3, 5 & 6 Atas 
SU Hari Konsultasi Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun
*Yang diBOLD itu cik kaseh rasa tugasnya agak sedikit berat dan rasa gentar..hehe
walaupun diriku tidak  mengajar di dalam kelas
credit to:google images
Okay tak senarai tugas 2012 yang cik kaseh kene sandang?Okay la kan?name pun guru baru, so kene terima tanpa istilah menolak. Cik kaseh sebenarnya tak kesah pun dapat tugas-tugas ni, suke je sebab kalau boleh takmau la orang kata kaunselor ni tak ada keje, dok je kat bilik, then makan gaji buta. Hope benda ni tak jadi kat cik kaseh walaupun kadang kala terdengar- dengar suara-suara yang mungkin kurang suka dengan golongan seperti kami. So memang kene sangat bertabah, ni cabaran buat saya sebagai guru baru and in bonus as counselor scholl. Senarai ni tak masuk lagi dengan tugas-tugas yang unit kaunseling sendiri buat, contohnya macam kem jati diri, program pecutan, program jalinan mesra antara sekolah dan lain-lain. kalau ikutkan memang la takut sebab kitakan baru, mesti akan banyak buat salah, tapi takpe, tak cuba buat tak akan tau sama ada benda tu salah atau tidak. Dan yang paling penting, tak payah dengar kata orang, kita buat je keje kita betul tak? dan yang penting jugak, diam itu lebih baik dari bercakap.
Okay la, setakat ini dahulu, actually daku memang nak je update blog, tapi ada benda yang asyik je tersekat di hati dan kerongkong, so kene la padamkan niat, rahsiakan je, hanya hati yang benar-benar mengetahui. Cik Kaseh ade je benda nak kongsi, tapi di sebabkan tahap rahsia dalam diri sangatlah tebal so benda tu hanya dipendamkan aje, kat fb pun macam tu, tak berani la nak buat status yang bakal mencetuskan kontroversi, perlu menjaga sensitiviti orang lain. selain dari rasa nak berahsia sebenarnya cik kaseh  sememangnya seorang yang PEMALAS.hikhik..

 
credit to:google images

:: korang seru la cik kaseh kembali aktif berblogging ye?hanya medium ini yang nak dengar luahan hati seorang cik kaseh. thanks korang!::

 ♥thanks for reading this entry, I really appreciate it ♥

Wordless Wednesday

Assalamualaikum wbt

-Lame tak buat Wordless Wednesday ni kan?
-pic ni dah basi actually, bulan Oktober punye cerita..berkurun dah.
-lokasi: on da way antar cik kaseh balik Semanggol lepas 2 hari my parents pegi mekah, dalam kete my ude.
-saksikahlah...hehe

jangan segan silu buat dialog sendiri yer?hehe


♥thanks for reading this entry, I really appreciate it ♥

Sunday, October 9, 2011

Berdoa Sekuat Sumayyah

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama Cik Kaseh tak mencoret di sini kan?rindu nak mencoret tapi keadaan tidak mengizinkan, agak busy ngan keje sekarang ni, so susah sket nak update blog ni selalu. Bulan ni bulan sedih yang bercampur baur, korang taukan parents cik kaseh menunaikan haji tahun ni, dah bertolak pun hari jumaat lepas (7 hb oct 2011) sampai pukul 2.30 petang waktu Malaysia. Sangat sedih rasenye sekarang ni, first tyme dorang jauh sangat dari Cik Kaseh, semalam mak abah call dorang hepi sangat dan sihat kat sana, tu yang paling cik kaseh nak dengar, moga parenst cik kaseh dikurniakan kesihatan yang berpanjangan semasa di sana dan selamat pulang. Hari tu seharian kami adik-beradik berkumpul kat Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, tyme yang tak boleh nak tahan opkos la tyme mak abah nak masuk dalam dengar taklimat sebelum naik bas ke KLIA, banjir satu Kelana Jaya tu dengan airmata umat manusai yang sama-sama menghantar ibu bapa mereka, tu tak termasuk airmata kami anak beranak dan sanak saudara. sedih la..Gambar? ade tapi kat kamera abang cik kaseh, tak sempat nak sedut masuk pendrive pun ari tu.nanti kalau dapat cik kaseh update kat sini okay?

Selain daripada tu, ade satu hal yang membuatkan cik kaseh sangatlah terasa ngan seseorang, sedih sangat-sangat mase tu, tapi takpe la, dah lupekan pun dan tak sangka, ada hikmah lain yang ALLAH nak bagi selepas kejadian itu, so kesimpulannya, setiap apa yang berlaku tu memang ALLAHdah setkan bakal ada hikmah di sebalik kejadian, juzt kene sabar dan tunggu je, jangan cepat rasa nak marah, sedih atau rasa tak berguna bila kita dilanda masalah, dan musibah.Cik Kaseh perasan sangat, tahun ni cik kaseh banyak sangat menerima dugaan, kalau difikirkan memang rasa dah tak larat dah, putus asa dengan kehidupan, tapi kita tak boleh nak fikir begitu, sebab ALLAH tu memberi dugaan setimpal dengan tahap kekuatan seseorang itu, lagipun tidak dinamakan kehidupan jika tidak dilanda dugaan dan masalah kan?

Minggu ni dan seterusnya menyambung kehidupan dengan penuh ketabahan, ingin terus berdoa agar diri sekuat Sumayyah. Mampu menenangkan diri sendiri dan orang yang berda di sekitarnya, jangan ingat kaunselortidak ada masalah atau tidak diduga, kita semua sama sahaja, makhluk kerdil disisiNYA,  manusia biasa yang tidak pernah sunyi dengan masalah dan dugaan.Kuat dan terus kuat! Berdoa sangat penting. okay, tu saja coretan sedih cik kaseh, takmo wat entry sedih ni panjang-panjang sebab tak best!hehe.. Sambutlah salam sayang dari cik kaseh, doakan cik kaseh terus sekuat Sumayyah okay?



 ♥thanks for reading this entry, I really appreciate it ♥

Sunday, September 11, 2011

Saya Dan Utara

Assalamualaikum wbt

Hai korang, camne arini?sihat?ade rase monday blues? cik kaseh??mood same seperti entry ini, dah masuk minggu kedua tapi mood yang sama kubawa sehingga kini. Tak ade niat pun nak bawak mood tak best ni ikut minggu ni, tapi tu la, die nak gak ikut, so terpaksalah daku galas jugak :(

Sebenarnye memang diriku nak update banyak benda ni, tapi intenet kat sini agak limited, so ade mase sempat nak beronline, ade mase memang tak boleh nak online pon, teringin nak update sikit gambar dan cerita tentang raya aritu, tapi gambar-gambar raye semua kat pc kat kampung, kene tunggu balik dulu, orang lain dah berlapuk update pasal raye, cik kaseh baru nak update nanti eh?lambatkan?hehe

Tajuk entry arini pasal utara okay?ape kene mengena ngan cik kaseh erk? sebenarnye semalam tetiba otak ni terpikir tentang sesuatu berkaitan tentang diri ini. Kalau korang perasan, cik kaseh ni memang ditakdirkan berada di utara la kot. Okay, jom kite listkan: memula tempat belajar cik kaseh, korang taukan kat mane?nun di Sintok, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, tu la tempat cik kaseh mengenali apa itu campus life, sangat menyeronokkan! tapi sayang, ianya tak mungkin berulang kembali. Okay, itulah first time cik kaseh berada di utara tanah air,lame lak tu, hampir 4 tahun diriku menjadi seorang student yang teramat rajin di sana. hahaha.. muke ni la slalu dok lepak kat library lebih-lebih lagi mase last sem (korang sila percaya)wakaka.

Then, mase berpraktikal, ni sebenarnye bukan kerelaan, sebenarnye cik kaseh sangatlah teringin buat praktikal kat kampung sendiri, bukan ape senang dan yang penting dapat menjimatkan kos. Tapi dan en.lecturer merangkap "papa" bebudak edu kaunseling kohort 1 tak bagi sebab kampung cik kaseh dah belah perak selatan, so yang oleh ialah di daerah perak utara. so tercampaklah diriku dan 3orang lagi kawanku ke Parit Buntar. (utara lagi). Padahal pastu dapat tau ade gak yang buat praktikal kat Kl, Johor dan pahang.  Cik Kaseh berada di sana tak la lame mane pun sebenarnye, dalam 3 month only, tapi mase ni cabaranya sangatlah banyak espicially masalah duit, ianya mengalir bagai air! walaupun camtu cik kaseh seronok jugaklah menimba pengalaman di sekolah tersebut. ade jugaklah kenangan manis tercipta di sana.

And the latest opkos la diriku masih lagi tercampak di utara! utara dan utara lagi. Kali ni bawah sket je dari parit buntar. di daerah yang indah, damai nan permai ini. di daerah Semanggol, First time dapat tahu di postingkan sebagai guru kaunseling di sini, diri ini sungguh terpingga-pingga dan kuciwa!ingat dapat daerah ipoh dan ke bawah, tapi nan ado!. First time baca name sekolah, seriously diriku taktau kat mane sekolah ini. amatlah low tahap IQ ku berkaitan sekolah-sekolah di Perak inikan?haha. 27 hb September ni genap la 3 bulan daku di sini berbakti kepada pelajar di sini wakaka, ayat tak menahan! Rase cam baru je melapor diri. sekarang ni dok sibuk dah ngan beberapa kerja di tambah pulak ngan nak interview SPP 20hb ni, takutnye, banyak benda nak kene cover dan rase cam tak mampu je.

Sebenarnye entry ini tercetus apabila diriku berasa jeles ngan adikku itu!iye! cik kaseh jeles ngan dia. Die dapat tawaran masuk UPM, untuk pengetahuan korang, abang-abang cik kaseh bersepah di sana,cam banyak beno abangku itu,hehe. So die nak ape-ape jer dorang leh datang. Cik kaseh dulu?ape mimpi dorang nak ke utara tu?mengabihkan beras je kan?. Diriku keseorangan di sana selama 4 tahun, yang ade kawan-kawan kesayanganku itulahkan?tiada istilah adik-beradik atau parents datang melawat,huhu. Nak balik kampung pun susah gak tyme cik kaseh belajar dulu, memula naik bas dari kolej ke alor setar, then dr alor setar ke teluk intan naik satu bas, dah sampai teluk intan naik bas lagi untuk sampai ke rumahku. dan keselaluannya diriku stay kat rumah yong kat Gunung Rapat dulu dan esoknya balik ke kampung gajah. 

Berlainan ngan adikku, die boleh balik terus ke teluk intan dan paling senang pegi je rumah abang-abangku itu dan boleh balik sana..senangkan (nada jeles). die punade banyak kemudahan pengangkutan, ade teksi, bas, komuter dan lain-lain, ko memang senang la dok sane tau (nada jeles kuasa dua). Selain tu, lebih menjeleskan diriku, die dapat orang satu kampung+satu kelas+satu kos as her roomate,dan lebih mengembirakan, roomatenya itu ade abang yang bekerja sebangai staff UPM yang berkereta, so ko memang sonok kat sanekan? (nada jeles lagi dan lagi)hehe..

sekadar gambar hiasan
credit to :google images

Cik Kaseh?masih di utara, masih berseorangan di sini, sangat boring, dok rumah warden yang besar gedabak itu berseorangan adalah pekara yang sangat membosankan. Tapi takpe, cik kaseh terima seadanya dengan rasa senang hati, tak semua berpeluang dapat dok rumah free itu yang lengkap ngan tv, astro (tak bayar)hehe, peti ais, dapur (takde gas) mesin basuh dan lain-lain. So, sangat bersyukur sebenarnya kerana di tempatkan di sini. cuma sedikit patah kaki kerana buat mase ni takde transport lagi, terpaksa menebalkan muka menumpang cikgu lain ke sekolah. Sangat bersyukur di tempatkan di sini. Hope semuanya okay sampai bebila. Salam sayang buat kamu yang membaca :)

::adekah bakal mendapat teman hidup juga orang utara??oh nooo!!hikhikhik::
::sebenarnye entry ini adalah entry jeles main-main okay?cik kaseh tak la jeles ngan adik cik kaseh (adepun jeles sikit je,huhu..) syukur sebab die dapat kemudahan seperti itu sebab die seorang yang amat manja, jarang kene susah-susah, tak macam kakaknya yang comel ini, dah terbiasa hidup susah.wakaka::


♥thanks for reading this entry, I really appreciate it ♥