tHaNkS!!

Showing posts with label 10 day picture challenge. Show all posts
Showing posts with label 10 day picture challenge. Show all posts

Tuesday, June 21, 2011

(10 day picture challenge) Day 9 - A photo of you have taken.

Assalamualaikum w.b.t

Sebenarnye Cik Kaseh tak bape paham la kehendak cabaran gambar hari ke sembilan ni, ini bukan bermakna daku tidak pandai bahasa inggeris yer kawan-kawan. Dari pemahaman Cik Kaseh, cabaran ni die nak gambar yang diambil oleh tuan tanah erk?. Banyak kot cik kaseh penah amik gambar!ratus-ratus dah agaknye. Okaylah, setelah ku selidik gambar-gambar di dalam lappyku ini,cik kaseh rase nak ambil gambar ni kot:

Gambar ini di ambil oleh cik kaseh semasa pergi berpicnic ni Teluk Batik. Kesemua adik-beradikku kelihatan berada di dalam gambar ini kecuali diriku kerana mereka masing-masing tak mahu memegang kamera dan mahu berposing sahaja. Tahukah adik-beradikku, i marah tau sebab bile suh amik gambar i kamu orang terus bermadi-mandian! Sebenarnye mase cik kaseh snap photo ni, gelap sangat, sebab dorang kan membelakangi cahaya?so memang cik kaseh tak nampak apa kecuali cahaya hitam, terus je tekan klik, dalam ati berdoa supaya ade yang yang separuh je kepala or muke tak nampak langsung . Tapi, tengoklah hasilnya, suke korang yer??Busuk hatikah daku??hehe


♥thanks for reading this entry, I really appreciate it ♥

Monday, June 20, 2011

(10 day picture challenge) Day 8 - Your most recent photo of you.

Assalamualaikum w.b.t

Dah masuk kecabaran kelapan, maknenye dah nak hampir abis. Okay, kali ni mengenai gambar terbaru situan tanah. Cik Kaseh rase, agak lame dah tak amik gambo ni, dulu lain la, tyme study, memanjangnye amik gambar, hari-hari kot, hehehe..Kadang-kadang tu my kamera memang selalu ade je dalam handbag, pegi kelas tu bawak kamera sedangkan daku hanyalah seorang pendidik, bukan amik kelas fotografi pun, hehehe..

Hanya ade sekeping je gambar terlatest diriku ini. Gambar ni diambik pada 1 Jun 2011 (latest la kan?hehe..) Gambar ni diriku dengan si"joren" intan zulaikha, anak jagaan my nebers(kak lela). Masa ni kat KFC teluk intan (kak lela banje makan kfc!suke i makan pree..)

gambar terlatest diriku, abaikan pipiku yg semakin tak mau turun :) Kualiti gambar amat menyedihkan, amik guna kamera hp yg murah jer..hukhuk


♥thanks for reading this entry, I really appreciate it ♥

Saturday, June 18, 2011

(10 day picture challenge) Day 7 - A photo of you and your best friend

Assalamualaikum w.b.t

Cik Kaseh tau, sepatutnya 10 cabaran ni kene settle dalam masa 10 ari, tapi diriku?sudah melebihi 1bulan!!hahaha..kate aritu cabaran ni adelah idea update blog hari-hari, tuptup tak jalan gak eh?takpe, janji cabaran ini pasti bakal kulunasi!!

Okay, kali ni kene letak pica tuan tanah dengan bestfren die kan? Actually, Cik Kaseh ramai gak bestfrens, dari sekolah sampailah masuk u, tetapi setelah diperhalusi maksud "bestfrens " itu dengan lebih mendalam lagi terperinci, gambar ini sahaja yang sesuai untuk ditempek disini. Dimulai semasa Cik Kaseh berada di SMKDSML ini dulu okay?


SALIYANA HARIAH SAHBUDIN, ni Cik Kaseh punye bestfriend masa form4 dan form5, duduk sebelah menyebelah, pastu depan sekali lak tu, sangat2 lah skema kononya, padahal kami pun nakal jugak time tu, seronak berkawan ngan die nih, persamaan kami adalah gila novel, kami penah bercita-cita nak terbit novel secara usahasama satu ketika dulu, tapi berangan je lebih, sekarang yana dah keje kat Putrajaya, she beautiful!

Ni pulak my bestiest mase form 6 kat SMKSAJS, okay, yang bulatan merah itu adalah orang yang paling rapat merangkap my housemate mase tu, kiteorang sewa rumah sewa tau walaupun mase tu baru form6 sebab tak dapat dok asrama, bulatan atas tu SALIHAH, sekarang dah jadi wife and mama orang dah, dan sedihnya kami lost contact walaupun die ade fb, yang bawah tu EJA, masih berconnetction lagi sekarang, sebelah kiri lea adelah SYAMIRA, kanan lak ELLY dan bawah sebelah kiri eja tu AZIZAH. Mase form 6 adelah kenangan paling indah kot, banyak memri indah tercipta antara kami..hikhik..selain tu kami sangat rapat sebab serumah, sebantal, setilam dan sepinggan.

Ini my most bestiest mase study kat UUM dulu, her name is NORAZILA ZAKI, nape Cik Kaseh kate most bestiest?sebab kami amatlah serasi bersama!hahaha..banyak sangat kot persamaan kami, cik kak ni orang Pahang, kenal pun mase minggu orientasi pelajar baru UUM, sem satu tak berape rapat, masuk sem 2 sampai sem8 kami rapat sangat, die tau rahsia cik kaseh, cik kaseh tau rahsia die, kami juge gila bergosip!hehehe. Punyelah banyak gambar kami berdua, nape gambar ini yang kupilih?mungkin gambar ini menunjukkan kami hepi kot padahal daku malas mau godek2 lappy ini mencari gambar lain,hehe. Kami berkongsi suka dan duka bersama, sampai intership pun kami memilih sekolah yang sama, still connection sampai sekarang lagi walaupun dah berkurangan kerana faktor kejauhan..hukhuk sedih..

::Kepada mereka yang rase sedih sebab muka mereka tiada disini, korang janganlah terasa tau, korang pun my bestfriends Cik Kaseh jugak. Nanti cik kaseh wat entry khas wat korang, especially GENG GILA GAMBAR UUM yg seramai berdua belas orang itu, cayang korang sgt2!!::

♥thanks for reading this entry, I really appreciate it ♥

Thursday, June 2, 2011

(10 day picture challenge) Day 6 - A photo of a former crush.

Assalamualaikum w.b.t

Cik Kaseh sengaja melambat-lambatkan cabaran gambar untuk kategori ini sebab ianya terlalu rahsia, RAHSIA DAN RAHSIA. Oleh itu, daku kesepitan mau cerita ke tak, tapi dah cabarankan so kene la buat..hehehe..taktau la former crush ke tak tapi cam ade..die still i suke sampai sekarang tapi die tak suke i dah...sile nyurukkan muke anda dalam selimut!hehe.. Kami lost contect pas tamat belajar mase sekolah, sekolah ker?.

Di sebabkan ingin meneruskan kerahsiaan ini dari diketahui, daku hanya mampu menempek picture ini, lagipun ingin melengkapkan cabaran ini yg memerlukan syarat menempek gambar, kang daku letak pic yang betul, mau bergegar satu dunia, ramai yang bace nih, i kan blogger glemer!wakaka. ok, gambar ni pun ok kan?

terima kasih en.google
kira acilah erk pic ni sebagai gantian pic sebenar?hehehe

::Kalau korang perasan, daku ade menceritakan tentang halnya, g carik kat entry2 lalu..hehe::

♥thanks for reading this entry, I really appreciate it ♥

Sunday, May 29, 2011

(10 day picture challenge) Day 5 - A photo of you making a funny face.

Assalamualaikum w.b.t

Dah masuk ke cabaran kelima, Actually, Cik Kaseh teramatlah kurang amik gambor dengan muka yang funny nih, selalunya Cik Kaseh amik gambo mesti wat muke comel!hahaha..perasan sungguh daku, takpun muke kontrol dan wat bese, tak pernah berani sangat nak wat muke buruk or funny. So, agak sukar gak la Cik Kaseh mencarik pic, tapi akhirnya jumpe gak, but taktau la bagi korang pic ni funny or annoying!huhu...

Funny ke nie?hehe..bolehlah...menepati piawai funny dalam idup Cik Kaseh, okay la kan?pic ni sebenarnye di ambil bertiga, tapi yang berdua lagi di sebelah daku tu telahpun dicrop!hehe. Pic ni diambil dalam kete, on da way dari Wang Kelian ke Ipoh, maybe boring dah lame dok dalam kete so kami pun menjadik gila-gila seperti pic di atas :p

::Gigih Cik Kaseh mengupdate blog pepagi buta ni.. selalunya tak masuk kul 12 malam tak update la blog..nih gigi punye pasal la, sakit lak pepagi nih..membuatkan daku takleh sambung tido..::


♥thanks for reading this entry, I really appreciate it ♥

Thursday, May 26, 2011

(10 day picture challenge) Day 4 - A photo that makes me happy.

Assalamualaikum w.b.t

Cik Kaseh kembali menganas sebagai "blogger tak berapa tegar" hehehe..Ok, perjuagan melengkapkan entry ini akan diteruskan. Baru hari keempat??banyaknye lagi untuk sempurnakan cabaran ni!(mencabar la sangat eh?).

A photo that makes me happy, sebenarnya banyak gak la pic yang membuatkan Cik Kaseh ni hapy sebenarnya, dengan famili udah semestinya, ngan kengkawan mase study kat UUM tu pun teramatlah banyak yang menghepykan daku. So, setelah dipilih+dibelek+diperkenan duli yang maha mulia, Cik Kaseh perkenankan hanya gambar-gambar ini yang PALING MEMBUATKAN DAKU HEPI SEHEPI-HEPINYA, tengah sedih pun kalau dorang nih ade opkos la secara automatiknya daku tertawa kesukaan walaupun kadangkala perangai mereka teramatlah nakal okay?

Inilah buah hati pengarang jantung Cik Kaseh buat masa ni yang sering mengembirakan dan menceriakan hari-hariku..MY ANAK FRUIT!

semua nak masuk dalam kotak tv baru si atok!

anak fruitku yang pertama bergelar siteruna!hikhik

ni namenye konspirasi bawah meja makan..korang rancang nak sepahkan umah opah yer??

umairah ngan her kazen. umairah ni sangat lemah lembut okay?walaupun pic ni tak nampak kelemah lembutannye

sian ko nia, ayah ko tak bagi makan erk?tali beg tu pun jadik masuk dalam mulut..oh yer!kami sekeluarga sepakat mengelarkan nia dengan gelaran baru, SI NAKAL NIA..abes semua kazen die die nyakat tau, padahal kalau ikut umur, die yang paling muda.

::ramaikan anak friut Cik Kaseh?hehe..::


♥ Cik Kaseh Kiut ♥

Saturday, May 7, 2011

(10 day picture challenge) Day 3 - A photo of someone you love

Assalamualaikum w.b.t

Someone i love? ala.. takkan someone jer? banyak la orang yang Fiza sayang, so, untuk challenge hari ketiga ni Fiza amik banyak picture masuk sini, boleh kan?kira aci lah kan? Lagipun, memandangkan i maseh single and available so takdelah lagi gambar en. Boifren, en. Tunang apatah lagi en. Suami, Ok, ni orang pertama yang Fiza sayang

this is my parents, pic ni mase raye tahun lepas, i love them very strong lah!Oh yer! Fiza rase tak banyak pic mereka berdua, kalau tak silap ade dua keping jer kot, amat susah okay mengambil gambar HANYA MEREKA BERDUA! kalau takde yang menempel, mak atau abah yang tarik dorang masuk bergambar sekali, hehehe... lagipun my mum sangat tak suke bergambo! bukan seperti anaknya si tuan tanah ini, pantang nampak flash!hehe..

Ini yang beramai-ramai seperti rombongan sekolah ini pula siapa?hehe.. Ini adalah "duniaku ceria" my famili, ramaikan? ni pun tak cukup korum. Fiza sangat berbangga dilahirkan didalam sebuah keluarga yang ramai begini, sekali mereka menerjah balik ke kampung, mau tak cukup tempat tido. Oleh itu, si perancang tanah (my yong) menjalankan tugasnya mengagih-agihkan kawasan jajahan (tempat tido) hehe...Korang faham-faham jela, umah abah ni just perumahan biasa, takpe bah, nanti i beli banglo okay?hehe. Fiza suke bila ramai-ramai nih, macam-macam perangai sorang-sorang.

This is my yang, kalau korang perasan, gambar my famili kat atas tu takde gambar mereka sekeluarga, dorang tak balik mase rayer tahun lepas, bukan la tak balik, tapi lambat. Harus juga letak pic mereka, sebab mereka sebahagian yang saya sayang.

::Lengkap sudah mereka yang Fiza sayangi ketat-ketat::


♥ Cik Kaseh Kiut ♥

Thursday, May 5, 2011

(10 days picture challenge) Day 2- A photo of yourself a year ago.

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni dah masuk kecabaran gambar yang kedua, ape gambar yang Fiza nak tunjuk kali ni erk? die nak pic Fiza setahun yang lalu, Tarikh hari ni ialah 05 Mei 2011 bersamaan hari khamis, so Fiza pun mencari-cari lah gambar Fiza di tarikh yang sama cuma berbeza tahun, dan paling suke bila terjumpa apa yang dikehendaki, tak sangka lak ade amik gambar pada tarikh hari ni tetapi berlaku pada tahun lepas, ni lah gambarnya:


Gambar ni di ambil sewaktu diriku menjalani sesi internship/praktikal di Sekolah Menengah Seri Perak, Parit Buntar. Untuk mengesahan yang lebih sahih korang pegi sini okay? Ni, di awal minggu pertama daku mengajar di sana, dan ini hari keempat bertarikh 05 mei 2010 juga jatuh pada hari Khamis. Mase ni di dalam bilik guru, tengah boring-boring menunggu kelas yang seterusnya dan kebetulan takde relief class and kat depan meja i cikgu-cikgu pegi mengajar, so pe lagi, berposing la daku :p. Gambar kurang memuaskan kerana hanya menggunakan kamera hp, kang guna kamera digital terflash plak, kan dah malu ngan cikgu-cikgu lain?hehe

:: Rindu lak ngan bebudak kelas 1A2 sekolah Seri Perak nie::

♥ Cik Kaseh Kiut ♥

Tuesday, May 3, 2011

(10 day picture challenge) Day 1- Your Facebook profil photo

Assalamualaikum w.b.t


Inilah my pic profile! agak lama Fiza tak ganti ngan pic baru, sebabnya sekarang ni memang takde amik gambar pun, just suke letak pic yang baru-baru je sebagai profil photo. Ada cerita disebalik pic ni, Actually pic ni diambil sewaktu kazen fiza kawen kat Batu Caves, then kami melepak dalam rumah die, tuptup adik Fiza ternampak gitar ni, ape lagi, kiteorang pun berposing sakan la ngan en. gitar ni. Tak lame pastu, ade tengok gambar kawen dorang, then cakap gitar ni ade orang bagi as hadiah kawen. Ampunnn... kiteorang taktau pun, kalau tau memang tak usik, sori yer pengantin! hehe..

::Akibat pic ini ramai kawan-kawanku memanggil diriku FIZA RAFALI! hahaha..sengal erk korang? bukan fiza rafali la tapi ni FIZA KEPALI! hikhik..::

♥ Cik Kaseh Kiut ♥

Idea Update Entry

Assalamualaikum w.b.t

Fiza dapat dari blog kak ana pasal benda ni:

10 day picture challenge

Day 1 - Your Facebook profile photo.
Day 2 - A photo of yourself a year ago.
Day 3 - A photo of someone you love.
Day 4 - A photo that makes you happy.
Day 5 - A photo of you making a funny face.
Day 6 - A photo of a former crush.
Day 7 - A photo of you and your best friend.
Day 8 - Your most recent photo of you.
Day 9 - A photo of you have taken.
Day 10 - A photo that makes you laugh.

Korang faham tak? maknanya ade 10 entry pasal tajuk kat atas ni, setiap entry ade gambar, so maknanya dalam sepuluh ari tu insyaALLAH akan terupdate jugak lah belog Fiza ni, atleast ade gak entry baru kan? then boleh mengimbau kenangan setiap pic yang diwakili oleh tajuk.Start today :)

♥ Cik Kaseh Kiut ♥