tHaNkS!!

Showing posts with label Kesayangan saya. Show all posts
Showing posts with label Kesayangan saya. Show all posts

Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa, Abahku

Assalamualaikum w.b.t

Ingat lagik entry ini? Kalau dah hargai emak, wajib juga hargai abah, harini bersamaan 19 june 2011 adalah HARI BAPA, ape pulak Cik Kaseh nak ceritakan kali nih yer?. Okay, sebelum tu, Cik Kaseh nak ucapkan SELAMAT HARI BAPA BUAT MEREKA YANG BENAR-BENAR BERGELAR BAPA YANG "BERTANGGUNGJAWAB", JASA KALIAN SUAKR DIBALASI! buat abah, selamat hari bapa, pengorbanan abah dalam membesarkan kami 9 beradik ini tiada tandingan, jasamu tetap disanubari anak-anakmu yang nakal ini (dulu la,sekarang baik2), hehehe..

Okay, Cik Kaseh, memang agak kurang rapat dengan abah, tapi mase kecik2 dulu leh tahan gak la rapatnye, dah besar ni kurang sikit. Ingat lagi mase tadika, sekolah belakang je dari tempat keje abah, tyme tu abah keje attendance klinik, so, orang masuk sekolah pukul8, tapi disebabkan abah ni masuk keje awal, daku kene ikut sekali, sambil tunggu kul8 tu cik kaseh pun dok la merayau-rayau kawasan klinik tu, abah lak, rutin harian die mesti mengemas, menyapu kawasan dalam dan luar klinik sebelum beroperasi, daku lak berlari-larian. Balik plak kene gak tunggu abah sebab abah juz rehat tyme lunch, so dah tengahhari baru balik, padalah tadika sampai kul 11 je kalau tak silap tyme tu. Serasanya ade gak tolong abah mengemas klinik, menyapu kot, tapi jadi lagi bersepah rasenye,hehehe

Dah selalu sangat, org yang first tyme tengok abah akan kate abah ni garang, especially my frens lah, memang diakui, abah cik kaseh ni garang, tapi sebenarnye, garangnya bertempat, lebih tepat istilah tegas bolehla digambarkan ngan abah. Memandangkan beliau memiliki 6 orang anak lelaki yang nakal, haruslah abah tegas dan garang, tau jelah budak lelaki ni, dah kate jangan bawak moto abah, pegi jugak bawak, dah kate jangan kuar malam balik lewat, tapi buat jugak, kan dah kene, hehehe..

Tapi, tu dulu la, sekarang anak-anak dah besar, dah kawen, abah cool je, jarang dah garang-garang sangat, membodekkah ayatku ini?hehe.. Dah bergelar atuk ni, lagi la, sangat memanjakan cucu-cucunya! tak macam kami dulu. Sekarang, cucu dengan atuk lagi kamceng! Kalau die tau cucu-cucunya nak balik, macam2 persedian dilakukan, maksud cik kaseh dari segi makanan lah, siap-siap beli aiskrim, jajan, biskut feveret cucu,minuman, dan lain-lain, so bertambah sukelah cucu-cucunya itu. Tyme kami dulu jangan haraplah dapat makan jajan tu, memang susah nak masuk rumah benda camtu, mungkin mase tu keadaan ekonomi pun kurang stabil dalam famili kami menjadi salah satu punca. So, jangan salahkan anak-anak yang terover memakan apa yang dibeli oleh atuk terhadap cucunya :p

Abah gak jenis tak lokek dalam membeli makanan yang disukai oleh kami semua, kalau die tau ade yang suke sesuatu tu, tiap kali orang tu balik, insyaALLAH akan dibelinye, abah memang suke berbuat demikian, katenye, bab makan ni jangan terlalu nak kedekut, so memang abah tak penah berkira pun. Selain tu, abah juga adalah bankku, malu sungguh diri ini menyatakan stetment ini. rase mau larikkk...hehe. Maksud bank disini, buat mase ni abahlah punca kewanganku, dan kadagkala kewangan adik-beradikku yang lain, jarang sangat-sangat abah berkata tidak jika situasi duit ini berlaku dalam keluargaku, kadangkala terfikir, abah yang keje juz membantu kawanya di pasar boleh jer berjimat cermat dalam kewangan, kenapa tidak diriku ini?sadiskan?hehehe. Korang nak tau tak?cucunya adam penah berkata "tok keje, semayang, keje semayang, sebab tu tok banyak duit", sengalkan anak buahku ini?

Okay, rasenye itu sahaja nukilanku mengenai orang yang kusayangi itu bersempatan hari bapa. Lagipun kang kalau cik kaseh menaip panjang-panjang, bukan ade yang membacanya pun, sekali lagi kutegaskan, nukilan dalam blog ini hanya buat diriku, boleh la baca semula dah tua-tua nanti! hehehe

my abah my hero :)


::tadi berazam tau taip pendek je untuk entry ini, tapi tengokla?camne yer nak kurangkan kepanjangan sesebuah entry, i fail again!!:) ::

::hari-hari adalah hari bapa, hari-hari adalah hari ibu, hari-hari juga adalah hari kasih sayang dalam kehidupanku::

♥thanks for reading this entry, I really appreciate it ♥

Sunday, May 8, 2011

Teman Penyeri dan Teman Bergaduh Saya

Assalamualaikum w.b.t


Okay, hari ini 08 May 2011 ( ahad ) adalah HARI IBU, tapi memandangkan Fiza panggil my mum MAK, i tukar jadik HARI MAK boley?hehe.. Entry ini adalah entry terpengaruh dengan blog-blog kawan-kawan lain yang kebanyakkannya menulis tentang ibu mereka (tak caya, sila blog walking yer?)

Emak saya bernama PUAN MIZAN BINTI ABDULLAH, dilahirkan pada 18 Februari 1949, memiliki sembilan orang anak yang terdiri daripada 6 orang lelaki dan tiga orang perempuan. Kini emakku mempunyai 9 orang cucu pula yang terdiri daripada 4 lelaki dan 5 perempuan, can u imagine? bagaimana seorang emak mampu menjaga 9 orang anak yang jarak umurnya tidaklah terlalu jauh, ditambah pula kesemuanya agak nakal semasa kanak-kanak (except me!hehe). Tapi tu lah mak, boleh je jaga anak-anaknya yang bersembilan ini, jaga sampai masing-masing berjaya membesar dengan sihatnya!hehe

Fiza adalah anak perempaun kedua akhir, dah namanya pun anak pempuan, memang rapat la dengan mak kan? Di akui, mak Fiza adalah penyeri kehidupanku! tanpa dirinya siapalah Fiza ni kan? Tanpa restunya juga, tiadalah kejayaan dalam kehidupanku ini (huhu..ayat sedih..). Dah macam-macam pesanan yang diberikan olehnya, tapi masih ada yang tidak ku ikuti (ko memangkan Fiza?hehe..) Bebelannya juga telah acapkali kudengari, tapi Fiza kene faham, bebelan seorang ibu tu bukan untuk keburukan, tetapi kebaikan tau, apa yang dibebelkan tu sebenarnya untuk kebaikan diri sendiri, tapi sang anak?hehe..

Emak juga teman bergaduhku! iyer, memang benar! Fiza selalu gaduh gak ngan mak, kadang-kadang diakhiri dengan gelak ketawaku yang kuat, contoh:

saya: "mak, tak masin la lauk ni..."
mak:" dah, tak payah letak garam banyak-banyak, masin dah"

saya: "mane ade manis air ni mak"
mak: udah manis, kamu jer tak rase"

saya: " cantik jer kaler baju nih, sesuai jer ngan tudung mak ni"
mak: " tak sesuai, mak nak pakai tudung lain"

saya : " tak payah beli la mak"
mak "beli la, karang bukan singgah sini dah"

Ini baru sebahagian kecil gaduh manja kami anak beranak, asiklah tak sehaluan!hehehe, tapi mungkin tu la faktor membuatkan kami rapat kot, ketiga-tiga kami (anak perempaun) sangat rapat ngan mak. Anak lelaki pun rapat gak (nak suh mak masak lauk feveret la tuh!hehe..). Tu belum lagik cik Fiza ni kene perli ngan mak, penah jer kene sound, nak tau mak penah sound Fiza ape? " dari baca novel tu sampai pukul 2 pagi, baik baca al-quran! (hehe..amik ko Fiza) Fiza pun penah nak sound manja mak. Mak adalah seorang pengemar jantung pisang rebus, tetapi dirinya tidak boleh makan makanan tersebut(faktor kesihatan), tapi nak jugak, penah cakap gini ngan mak " jangan makan jantung pisang tu, karang mak sakit," tapi di belakangku mak makan gak!hehe

Fakta tentang mak saya ialah:

1. Seorang pembuat nasi lemak yang sangat superb!cucunya pernah makan dua hari berturut-turut nasi lemak yang sama, manakala anaknya mau tapau bawak balik rumah!hehe.

2. Mak jugak pembuat kuih seri muka yang paling sedap berkrim disukai ramai, namun anaknya hanya tahu makan dengan jayanya, lebih-lebih lagi cik tuan tanah :)

3. Gulai tempoyak mak jugak sangatlah yummy!cukup rasa! abah akan makan lebih kalau mak yang masak, tapi bila saya masak abah makan sket jer, kenape yer?hahaha...

4. Emak seorang yang sangat anti ikan keli, tapi mampu memasak ikan keli sesedap-sedap alam!

5. Kesimpulannya, mak memang tukang masak paling best!

Oh yer!tiada sambutan hari emak untuk tahun ni, actually kami memang jarang pun celebrate, mak pun tak suke katenye, bufday tahun ni pun die marah amik gambar die and kek bufday pun takmo potong!hehe. For me, sebenarnya, hari-hari adalah hari emak, hari-hari juga adalah hari ayah dan hari-hari juga adalah hari kasih sayang!

buah hati pengarang jantung Fiza...:) (see, sgt malu bila bergambar :p)

Hadiah buat mak :)

:: Mak memang tak baca blog Fiza ni, tapi mak tau, anaknya seorang blogger tegar! (tegar ker?hehe) ::


♥ Cik Kaseh Kiut ♥

Sunday, March 27, 2011

My SuNdAy StOrY (20 march 2011)(^__^)

Assalamualaikum...

Ni plak sambung entry bawah ni ok(malas nak buat link..hehe). Tak best macam semalam, gambar pun tak banyak macam semalam. We turn back to my hometown, pe lagi?balik la, tak kan nak melepak lelame kat rumah orang. So, pas bekfes siap-siap kemas baju dan balik. ni pic last menyembang dorang before semua balik rumah memasing.

Singgah jap rumah yang baru dibeli oleh abangku ini. kiteorang panggil E jer.. die baru beli rumah ni. Serius fiza tak ingat ape name taman perumahan die ni, tapi area tanjung malim la, sangat dekat dengan highway tanjung malim. semua dah pakat beli rumah, i rumah mainan pun takde :(

hehe..nak curi yer?luas gak rumah ni, tapi satu tingkat jer, depan umah ni taman permainan ok?best bagi budak-budak.

On the way balik kampung gajah pegi singgah rumah yong dekat gunung rapat. Mak ngan abah lame tak jumpe cucu-cucunye, fiza pon lame tak jumpe dorang. Singgah kat RNR Tapah, beli KFC ngan Dunkin Donut ni,

nie kotak die yer kawan-kawan..hehe

nie plak isi dalam kotak..for my anak buah at Ipoh..:) terlupe lak nak snap gambar KFC..

rumah my sis kat ipoh itu...

Lepas makan-makan dan sembang-sembang pegi rumah bapak sedara fiza kat Tambun, die tengah sakit sekarang ni, tak silap sakit telinga yang dulu kembali menyerang, so pegi ziarah jap.


Dalam kete ondaway ke Tambun, ni gambar muke awen yang paling okey, yang len sume die wat sumthing..hehe..Mak dah kene transfer ke kete yong.

Last but not least, gambar amrin ngan ude, driver kami bile ade ape-ape event kat mane-mane. Wajib letak pic die dalam blog fiza, kang die majuk taknak amik kami lagi kat kampung camner?hehe.

So, terus balik ke kampung gajah dari umah ngah saje, dalam kete fiza and adik bantai tido sampai kampung gajah, ujan lak tu, sampai ke kampung tengok-tengok ade kawasan yang dah banjir. Ok, tu saje story fiza aritu. Takla best sangat, tapi for me ape je yang berlaku abaout my famili so important and meaningful..babai...

::nak jenjalan tempat lagi best lagi boley?::


♥ Cik Kaseh Kiut ♥

Thursday, March 10, 2011

hoyeah!!shawl dah sampai..

Assalamualaikum

Sebenarnya, aku dah lame dok tengok blog dan facebook yang ade jual shawl online, memang banyak yang berkenan di hati tapi ku simpankan saje hasratku ini memandangkan aku masih tidak bekerja lagi. So selama ni hanya dok usha walaupun dalam ati meronta-ronta mau beli.

Aku dah lame gak minat pakai shawl ni, tak silap bulan 7 tahun lepas aku dah start mencuba pakai. Aku agak susah sket pilih shawl ni, aku nak yang agak panjang supaya senang lilit dan tak jarang pastu kalau boleh nak yang fabrik agak tebal dan senang nak betul kat depan sebab aku kureng sket suka guna inner (rase diriku bertambah boolat kalau pakai inner).

Baru- baru ni aku ade add sorang sis ni, die jual shawl jugak. Salah satu sebab aku berkenan ngan shawl yang die jual adalah kerana harganya, agak murah berbanding yang penah aku tengok sebelum ni. So, mase jalan-jalan kat picture fb die aku terpikat salah satu dr shawl yg dijual dan terus aku komen " nak yg ni" tanpa sedar ok?hehe so tanpa banyak bicara, malam tu gak aku booking. Wah! sape nak tulun bank in kan duit nih? setakat rm 18 tu aku mampu lg (walaupun masih menganggur) tp nak bank in yg susah sebab aku bukan leh kuar selalu. Sape lagi yang jadi mangsa kalau tak abang aku?hehe. Malam tu jugak aku mesej die dan suh die bank in dan aku cakap "nanti balik kampung orang bayar balik" dan die jawab ''ok, esok bank in" dalam ati aku mase tu sangatlah gumbira!yahoo..

Dan ari selasa bersamaan 8 march 2011 shawl yang telah aku booking telah sampai..hehehe..sengih sampai telinga. Sejak dari itulah aku dah start gila shopping online, lepas ni aku mau beli lagi dan lagi walaupun aku tak keje lagi. hehehe...Baru la aku tau, shopping online ni memang leh wat orang ketagih (lambat no aku tau erk?ketinggalan zaman tul). Nak tau my mum kate ape bile tengok aku beli shawl ni? "nie belum keje dah beli macam-macam, esok dah ade gaji taktau la die shopping macam mane" hehe. "Die" tu maksudnya aku la. =) dalam ati aku juz cakap "no komennn"hehe

nie la shawl tersebut, masih dalam bungkusan

di jamin sampai esok..wakaka..yeye o jer..

dikeluarkan dari bungkusan, shawl ni ade dua kaler biru seakan putih dan biru gelap, nak kaler biru terang sket tapi aku lambat grab, tapi yang nie pun cantik, siap ade sequen kat tepi

maka dengan ini, bertambah lagi koleksi shawl aku dan percayalah ianya akan bertambah lagi dan lagi :)

:: camner ni?aku dah start gile shopping shawl online,sape baik ati nak banjer aku?hehe ::

♥ Cik Kaseh Kiut ♥

Sunday, February 13, 2011

::Bagaimana menghilangkan keghairahan ini??Tolonggg!!!!::

Assalamualaikum

Untuk pengetahuan semua, entry ini sudah terperap di dalam draft beberapa hari dah, aritu dah type sikit, tup..tup internet wat hal, so aku save je kt draf. Malam ni baru aku berkesempatan untuk meneruskan pertaipan, hehehe..

Ok, kita straight to da point, seperti yang korang ketahui, aku kan ade interview last week?bertempat di Shah Alam. Sesampai jer kat sana aku mengarahkan abangku mencari kedai buku, nak watpe erk?hahaha..aku cadang nak beli buku INSAK mane tau baca last minutes ni ley beri sedikit pertambahan ilmu, so lepas je kuar dari Klang Sentral kiteorang pun mencari la tempat bookstore yang diiktiraf, means yang agak glemer such as MPH or POPULAR. Bleh pulak die tanye aku katner tempat2 cam gitu, padahal aku sangatlah tidak arif ngan jalan2 di Shah Alam itu.

Hampir setengah jam merewang-rewang disekitar situ, then akhirnya kami pegi SACC MALL je, ade MPH disitu, diawal kemasukanku disitu, aku berlagak seakan tidak mahu membeli buku lain selain INSAK. Round punye round, kakiku melangkah laju ke sudut novel! mase ni kegrairahanku terhadap novel-novel berada di tahap 8!rase nak amik kesemua novel yang ada disitu! rase mau amik bakul(eh, ade sediakan bakul ke utk beli buku??). Aku jadi sangat rambang mata+ghairah menatap kesemua buku dan novel pujaanku berada didepan mata. ditanganku sudah ada bua buah novel dari penulis pujaanku RAMLEE AWANG MURSHID, ternampak pulak novel terbaru AISYA SOFEA, camner ni??tolonggggg!!!aku benar-benar gila!!

Ok, mesti korang kate, beli jela buku ape yang diminati, masalahnye sekarang aku hanyalah seorang penganggur terhorma!so, korang boleh la bayangkan tebal mane purse ku itu, dah sememangnya aku tidak ade duit yang banyakpun :( . Tapi dalam ati rase nak beli sume! berangan jela cik fiza oi! Ok, teruskan bercerita, then bila dah amik dua novel tu, iat asal aku untuk membeli buku INSAK hampir terkubur, rase cam tak jadik beli plak, korang nak tau ape ati aku cakap?, camni: watpe beli buku INSAK tu, esok je dah interview, bukannye sempat nak study pun. Aku hampir-hampir tak jadi beli, padahal niat asalku kesini adalah untuk membeli buku tersebut.

Akhirnya aku beli gak buku INSAK tu, biar sama adil, takpela aku pokai, sebab beli benda yang berguna (nak sedapkan ati yang telah kehilangan sedikit duit.hikhik). Dalam menetapkan novel mane yang aku nak beli ni la yang payah sket, lastly aku amik kedua2 novel RAM ;). Then, esoknya lepas interview,abangku yang sudah berkahwin tu pulak nak cari buku anaknye, kan sekarang guna KSSR? so die nak cari exersice book untuk angah, tak banyak buku yg dikehendaki sebab KSSR masih baru. Akhirnya, sekali lagi kami ke tempat semalam, kali ni aku kurang ghairah berbanding semalam, niat dah takmo beli pape kecuali menemankan abangku mencari buku anaknye. Sambil die pegi belek2 buku untuk pelajar, aku ke sudut semalam, hikhik, saje je la, bukan nak beli pun, tapi ghairah tu tetap ader :p. Dan akhirnya, aku tetap memiliki sebuah buku, JANGAN BERSEDIH jilid 2, aku memang dah lame nak beli buku ni, sebelum ni penah jumpa, tapi harganya aku tak mampu, tuptup kali ni jumpe versi yang murah, means, kecik dan kulit bukunya tak tebal. sekarang buku tu jadi peneman aku dimane je aku pegi, aku sangat sukakan buku tersebut, kadang-kadang terpikir, kenape la aku tak jumpa buku ni mase aku dikala kesedihan beberapa minggu lepas? Tapi takpe, sekarang pun boleh gak baca n i so luv it!
yeeha!!ni la buku yang berjaya dibeli, sekarang saya sedikit pokai...hehe. Aku juge berjaya menambah koleksi novel aku yang ada, mau kene beli almari baru pasni.huhu..

::korang mesti pelik, kenapa aku tak suruh je abang-abang aku bayarkan buku yang aku belikan?hehehe, aku memang tak suka nak guna duit dieorang kalau bab beli buku, beli benda len aku leh je perabihkan duit dorang!hehehe...::


::korang ader tips tak untuk kurangkan keghairahan membeli aku terhadap buku-buku ni semua?hikhik...;) ::



♥ Cik Kaseh Kiut ♥

Sunday, December 19, 2010

KENDURI BERSUNAT ALIF

SALAM

4 Disember aritu kami sekeluarga wat kenduri...utk ape erk kenduri tersebut?huhuhu...kenduri tu abah wat utk kenduri tahlil merangkap kenduri nak sunatkan alif..Alif tu my anak fruit...

Majlis tu dibuat mlm ari..lepas isyak..tapi syg..memandangkan tuan tanah amat busy that day so mmg tak sempat nak snap gambo before,during and after kenduri...klu ade pon juz pic kaum kerabat sendiri jer..sori eh?(cam la ade org nk tgk pic tu..hehehe).so mlm tu yg paling beruntung opkos la budak yg nak sunatkan?maunye tak beruntung..hampir rm300 kot die dapat..makcik pinjam bleh?hehehe...nie ader sekeping pic budak tu mase ari kenduri...

hehehe..cam pengantin la plak eh?abah yg suh die dressup cam gini..hehehe

OK...lusanya iaitu ari isnin bersamaan 6 Disember 2010..around 5pm Alif selamat bersunat kat klinik dr.Mokhtar

sebelum pegi..muke nampak cuak..tp still senyum sket.

after..hahaha..muke tak bleh blah..tp salute gak kat die..sbb tak nanges..org sebelah die tu..last year nanges tak hingat..huhuhu

terus baring occay!!...tp tak lame pastu die mintak nak kuar umah dr umie die.."bukan nak naik beskal..duduk je kat luar.."sengal tul..huhu


hari ketiga selepas bersunat..ps takley lepas...

Ok..tu jela storynyer..skrg dorg sekeluarga telah pulang ke Ipoh..tinggallah kami berempat je kat kampung..sunyi sepi..takley dengar jerit pekik dorang adik beradik..huhu. Memandangkan kali nie tak sempat snap gambo si tuan tanah..aku nak gak sertakan anak buah situan tanah yg terlatest n tercumil..sape lg erk?Dania qistina la...nie pic ari kenduri aritu..

dania say bye...bye....

♥ Cik Kaseh yg Kiut ♥

Thursday, May 6, 2010

Hasil Air Mata...hehehe

Siap jugak akhirnye kamo tesis...kalau nak tau, banyak airmata, suka-suki kehidupan saye dan kawan2 saya yang berlima tu tertumpah kat dalam tesis nie kot..ekeke..tapi rasenye mmg betul..terlalu byk rintangan yg kuhadapi sewaktu menyiapkan buku maroon ini... Tapi bile dah jilid satu perasaan yg sukar diungkap...best yg teramat!!!tak kesah la mase jilid aritu kami dikenekan bayaran yg mahal sket tapi saye puassss!!!!!thanks kawanku berlima, thanks kawan2 edu counseling yg lain, n thanks to p***..n seribu terima kasih wat my love,love,love(ade pic sebelah kanan di atas) atas dorongan dan kata-kata semangat yg diberikan...muahhh!!!ADIK CYG MAK NGAN ABAH!!!




To my tesis:do good presentatation to my observer k?make sure u got A for me..hehehe

Friday, April 9, 2010

Pertambahan Ahli Baru

Salam...
ingat tak entry ini? kan saye dah janji nak citer anak kak awen plak..so ni lah alkisahnyer...huhuhu...klu tak silap baby ni lahir 03 march 2010..tak silap dlm kul 8 mlm kak awen selamat melahirkan baby cute ini..jeng..jeng..jeng...lelaki ke pempuan??sebenarnye dah lame tau yg kak awen bakal melahirkan baby gurl..welkam syg...hehehe..memandangkan ni anak pertama my bro..so die sgt la teruja...bayangkanlah..dlm kul 9 die kol sy n bgtau kak awen telah selamat melahirkan..sume org die kol...gumbira sangat la tu erk??hehehe...

so name baby ni ialah NUR DANIA QISTINA..sedapnye name..ni mesti suke tgk awan dania erk?huhuhu...so makin bertambahlah bilangan anak sedara yg sy mliki sekarang...kesemua sekali berjumlah 9 orang..ekeke..cam la ramai sgt..ape-apepon dorg ni sume mmg penawar kedukaan sy dan jugak famili..asal balik ke riuh rumah tu..sonok gile..lebih-lebih lg tyme raye..meriah sgt..rindu this tyme..bile la leh kumpul2 cam gini lagi erk?skrg ni cam susah sket nak kumpul2 sbb msg2 busy..

ok la..ni ade beberapa keping gambar yg dihantar oleh papa dania kepada sy..ari mula2 dania menjengah dunia pon ade..huhu..cepat dan pantas tul papa die send mms...tapi truely ckp i mmg geram dania punye pipi..soooo...chubby..tak sabar nak peluk cium die...tak penah lagi kami bersua muka..ekeke...takpe..t unty balik bulan 6 nanti unty kiss dania cukup2 k?hehehe...skrg kak awen n dania ader kat kampong gajah...berubat..besela..baby tyme tgh berpantang ni mmg meragam sket..masuk je senja die mula la nangis sampai kul 12 malam n kadang-kadang sampai pagi..dont know why..sebab tu sekarang ni dorg ader kat kampong..abah ade gak la pg cari ubat cara kampong..4 kesihatan ibu dan anak..sian lak kat kak awen sebab terpakse berpantang kat umah mertua..mesti tak bese..dah la my bro pon keje..hope tabah la erk?hehehe...ok..jom kiter layan pic comel dania..


beberapa jam selepas dania dilahirkan...

huhu..cutekan?ni mase matenye bukak..susah nak amik sbb suke tido..ekeke..awal2 dah pakai pink kaler..mmg gegurl..huhu



huhu..tido ngan nyenyaknye...dah tak berbedung...maybe die tak suke kot kene bedung...

ader lagi beberapa keping pic dania..tapi cukup la utk entry yg first bout her..nanti unty upload lagi k sayang?huhu...tak sabar nak balik kampong n ketemu die ni...

wassalam...

Thursday, October 8, 2009

good news!faris mustakim dah ader kawan baru...

gambar mase hari pertama baby gurl ini melihat dunia

heheheh....keluargaku bertambah lagi...30 september 2009..kak elly, kakak iparku telah selamat melahirkan baby gurl!!!lame takder baby gurl kat umah tu..welkam to ayub family cayang!!! wah!akim dah ader kawan baru yg sebaya ngan die la erk? leh jadik geng la pasni..huhuhu...

yang hampehnyer bapak baby gurl nie..aritu sayer dah dua kali bg mesej tanyer ape name anak yg sangat tembam dan lebat rambutnyer ini..dan br semalam abamgku itu reply masejku.. nie jawapannyer..."name dh ade..minggu depan br nk daftar..mane leh kabo dulu...
wah!nak berahsia-rahsia pulak abangku itu...nak bubuh name yg bombastik sangat ker? ape-apepun next week all my famili g melawat kakak iparku sambil beraya..hanya diriku yg terpinggir di utan sintok ini dan tidak dapat menatap secara live wajah my niece..sabarlah wahai fiza!!takper..cuti rayer haji nie leh jumper...geng pempuan barulah kiranyer..heheheh...

bulan 3 nie kak awin plak nak bersalin..nanti kiter same-same tgk anak ape plak k?huhuhu...

nie plak mms baru disend oleh ayahnyer malam tadi kat sayer..crius jeles ngan rambut die yg lebat tu...

Thursday, September 3, 2009

FARIS MUSTAKIM..welkam to our family...

huhu...comel cam auntie die...

hari tu sehari sebelum berpuasa..sayer sempat send mesej wish puasa kat sume kaum kerabat termasuklah kakak-kakak iparku...then kakak ipar yg first reply my msg...cam gini ayat die:

my kak nyah: insyaALLAH kalau dapat pose penuh.hehe..slamat bpose k.
sayer reply: akak bile due?
my kak nyah: 5 september..2 minggu lagi.tp taktau la bila nak kluarnyer..

camtula lbh kurang mesej kiteorang..tup..tup pd 26 ogos 2009 my bro bg msg camni plak:

my nyah:Alhamdullillah..kome dah dpt anak sedara sorang g,kak nyah dah bersalin pagi td..baby boy...

mase tu tak silap dalam kul 6.54 am...huhu..anak sedara sayer tak sabar nak rayer la tu..heheheh..ape-apepun ahli keluarga sayer dah bertambah sorang lagi and kalau tak silap bulan oktober ni kak yang plak bakal timang anak pertama die...baby gurl ke?? suprise..suprise...hehehe...kene cuci gambar baru la nampaknyer...

adakah saham amrin danishku akan jatuh selepas ini??bukan pe..dah masuk tiga tahun tu la anak sedara terakhir keluarga sayer...die la slalu menjadi penawar dan bahan sakat auntie and uncle die bile balik kampung...i think no...die juara lg kot...aritu kol kat umah..bleh plak die nyanyi lagu love story...terjerit-jerit kat telefon...umo baru 3 tahun...heheheh...rase nak terbang balik umah waktu tu jugak..nak cubit-cubit jer pipi die...geram2!!tu belum lg dgr die bercakap...petah mengalahkan org dewasa!

hope rayer ni sume orang dapat balik kampung walaupun maybe ade yg balik umah mak mertua dulu..yela..org ade mak mertua..huhu...

p/s: tak sabar nak balik kampung rayer ni...huhuhu...

Friday, May 9, 2008

hai sumer....

kakak yang cute!
alif aimin...superman!!!

nie...adam iman...


ni amrin danish...



ari kedua wat blog...
still tak bese lagi
aku kat umah akak...kat cni de streamix
so leh la serf...
arini juz main ngan anak sedara...
sumernyer cumil cam unty die...
huhuhu...
tapi leh tahan noty gak dorg tu..
mimie,alif,adam n amrin...makcik cyggggg......korang!!!