tHaNkS!!

Showing posts with label cekgucomel stori. Show all posts
Showing posts with label cekgucomel stori. Show all posts

Sunday, January 13, 2013

My Weekend, My Passion

Assalamualaikum wbt

Dah lame kan rasanya saya tak share gambar makanan dalam blog ni, dulu mase di zaman gelapku iaitu zaman menganggur selalu je post gambo makanan, yelah, dah dok rumah je, haruslah rajin nak memasak.

Ok, saya mengaku, sejak bekerja ni memang malas gila nak masak! dedulu masa mula keje masak gak sebab gaji belum dapat, siap masak guna rice cooker sebab duit tak ade nak beli tong gas walaupun dapur memang disediakan kat rumah warden ni. Tapi dah sejak bergaji ni (macam la beso bebeno gajinye kan?) Diriku amatlah malas nak masak, masak pun maybe seminggu sekali, time weekend, tapi kadangkala tak masak gak, asyik beli je lauk,masak nasi,  dan lebih worst lagi kadangkala beli nasik terus sebab balik kang terus je makan, dan lebih worst lagi makan je kat Dewan Makan Asrama, dah la free, hidangan memang dah terhidang, kadang-kadang pinggan pun tak perlu basuh, bertuah punya budak  kan saya?hehe.

Sebenarnye niat di hati memang nak masak semalam, memandangkan ini weekend pertama sejak buka sekolah yang saya tak duty warden, so memang nak memasaklah kononya, gajikan lambat lagi, so agak bersemangat nak membisingkan dan memberasapkan dapurku itu. Tup..tup baru teringat yang diri ini (semalam) perlu menjadi guru pengiring bawak budak form 1 ade program kat Bukit Merah, so agenda semalam ialah menemankan mereka bersama-sama abang dan kakak fasi ber aktiviti di sana, Gambo memang saya tak ambil walau sekeping pun, sori eh?nanti saya post entry khas berkaitan minggu orentasi pada next entry ok? . Pegi pagi tu bersama my housemate, nasib baik die free, kalau tak memang kene pegi sorang, program start pukul 8.30 sampai 11.30, dorang dok beraktiviti, saya hanya jadi pemerhati dan housemate saya pula sangat teruja sebab pertama kali menjejakkan kaki ke Bukit Merah, memang dia sangat teruja! siap tiup belon buih di tepi tasik Bukit Merah tu. 

Dah abis aktiviti kat sana dalam pukul 12 gerak pula ke Kamunting, kena beli sedikit barang keperluan untuk aktiviti petang tu pula, agak bekejar-kejar jugaklah sebab aktiviti seterusnya pukul 2 petang sedangkan pukul 1 lebih masih lagi di Kamunting, dah la masih merangkak-rangkak drive En. Purple, tapi sebenarnya sempat jugaklah ke The Store membeli sedikit keperluan untuk diri sendiri walaupun purse comelku itu sudah nipis!(lambatnya gaji). Sampai rumah dah pukul 2, so agenda mahu memasakku tergendala lagi untuk kesekian kalinya, Beli barang basah dah dekat seminggu, tak sedikitpun bersentuh lepas masuk peti ais hari tu. Balik tu keja saya bukak laptop dan berintenet, keje wajib! lepas tu mengemas rumah dan bilik yang seakan tongkang pecah, dah penat mengemas pegi pulak basuh baju yang dan menggunung, basuh ngan tangan ok, so lepas tu niat nak memasak bukannya ke laut lagi tapi dan terbang ke gunung-ganang! sebenarnya memasak jugak semalam tapi masak meggi je mampu!huhu..

Makanya, hari ini saya berazam untuk memasak jugak! dah bleh agak, sayur-sayur yang dibeli kat Tesco itu dah tak berapa nak segar, Konon hari ni nak la bangun awal, tapi nan hado! dekat pukul 9 baru mata nak bukak, name pun weekendkan? mestilah nak bangun lambat, alasan! kalau kat rumah wat gini dah lama kene pelangkung ngan mak saya!hehe.. Akhirnya berkat kerajinanku yang datang setahun beberapa kali ini maka terhasillah hidangan ini!


Nampak sangat menarik dan sedapkan?sila abaikan ayat masuk bakul angkat sendiriku ini hokeh?hehe, memula nak masak sayur campur ngn kari ayam itu sahaja, tapi taktau la kenapa gatal tangan nak jugak masak telur rebus sambal tu. Macam ni lepas dak jadi calon isteri solehah?hehe.. Sebenarnya memasak ni memang menjadi keghairahan saya, tengok tu sampai ghairah! kalau dekat kampung, muka saya memang lazimnya berada di dapur sebab suka masak-masak ni, macam satu kepuasan jugaklah. Memang saya suka memasak ni, tapi tu la, komitmen keje dan kemalasan adalah faktor saya malas sangat nak masak, beli lagi senang, padahal kita taktau makanan yang dibeli itu bersih atau tidakkan? Boleh guna dak alasan ku ini?hehe..

Perasan tak sume lauk kat atas ni siap-siap masuk dalam tupperware, sebabnya senang lepas makan terus humban masuk peti ais and kalau nak makan just panaskan je, dan perasan tak saya masak agak banyak, padahal saya sorang je nak makan, housemate die masak sendiri lauk die dan sekarang die on diet, so saya tak mahulah merosakkan diet die, saya lainla, kate nak diet tapi asyik kelaut ke dietnya.  Saya masak banyak sebabnya ialah.....supaya next week baru saya masak balik! kejikan?hehe 

Itulah cerita weekend saya, sebenarnya saya banyak je bawak balik kerja sekolah, tapi seriuosly cakap saya tak sentuh pun lagi, lepas ni nak iron baju untuk keje esok, lusa, bilanya nak mengadap keje sekolah ni? padahal duedate kerja tersebut dah dekat. Malam ni baru nak sentuh, tapi konfem tak boleh siap punye. Kalau kat sekolah selalu nasihatkan student jangan tangguh kerja, tapi sebenarnya Cik Kaunselor ni kadang-kadang selalu jugak buat begitu, Ok la, to readers, have a nice weekend ok? salam sayang!


♥thanks because reading this entry, I really appreciate it ♥

Thursday, January 10, 2013

Parking Lot Seorang Cik Kaunselor

Assalamualaikum wbt

Situasi di sekolah saya pada hari ini:

A : "Cabutan parking telah di buat, oleh itu cikgu-cikgu yang akan saya sebut namanya di sini akan mendapat tempat parking di hadapan blok A dan di hadapan dewan besar. Makanya nama guru-guru yang bertuah itu diumumkan, cabutan tempat akan dibuat keesokkan hari. Bayaran parking adalah rm100"

B : "Tahniah kepada guru yang mendapat parking lot. Kelab Guru juga telah memberi parking lot untuk pengetua, penolong-penolong kanan, guru-guru kanan sama seperti tahun lepas, dan tahun ini ada pertambahan iaitu parking lot juga untuk dua orang kaunselor hebat sekolah kita!!.

Saya :  Sangat tak suka nak mendengar benda ni, tapi apakan daya. Saya sebenarnya sikitpun tak mahukan parking ni, dah biasa park kereta kat tempat tak berbumbung pun, lagi satu seriously, saya takut nak park kat parking lot sebab saya takut terlanggar tiang tepi tu, yes! saya memang fail bout nak parking-parking nih walaupun parking tegak, memang taktau dan saya rasa Mr. Purple saya terlampau besar dan rasa tak muat kat parking tuh (ye, ini memang kelakar!memang tak pandai nak bajet letak my kete tegak yang suit kat situ). Lagi satu saya rasa saya tak layak dapat parking tu dan saya tak layak ngan gelaran kaunselor hebat tersebut. Pleaselah!

Makanya selepas ini akan terdengarlah suara-suara sumbang yang akan berkata:

Ape istimewanya diorang sampai dapat parking lot tanpa cabutan undi?

Ini tidak adil!!

Mana aci!!
 
Besarnye pangkat kaunselor ye, tempat parking tak payah buat cabutan undi

Sebenarnya, saya dah dengar dah suara-suara ini last week, Sekian.




RM100 setahun kalau tukar ngan makanan banyak jugak kan??

♥thanks because reading this entry, I really appreciate it ♥

Sunday, May 20, 2012

Hari Guru Seorang Cik Kasih


Assalamualaikum wbt

Yehuuu..lamanya tak update blog..Cik Kaseh tak sibuk pun ngan keje just  malas nak update..bleh terimakan alasan tu? Okay, hari ni nak update pasal HARI GURU, untuk makluman semua yg membaca,hehehe..macam ade yg baca je, ini adalah tahun pertama Cik Kaseh menyambut hari guru yang sebenar-benarnye, means sebelum ni Cik Kaseh sambut sebagai pelajar yang amik kos pendidikan je, then sambut sebagai guru pelatih, tahun seterusnya tahun yang agak sadis iaitu menyambutnya semasa tunggu dipostingkan, actually tak sambut pun, malu lagi adelah time tu sebab kawan-kawan lain sume dah posting..i je yg tertinggal ketapi.. then this year barulah dapat sambut sebagai guru yang benar-benar guru agak teruja la sket. Okay, entry kali ni Cik Kaseh nak letak banyak gambo sebab lamenkan tak upload gambar kat sini..meh layan meh.

Sekolah Cik Kaseh buat tema Kesultanan Melayu Melaka, so kaler tema yang ditetapkan adalah kaler kuning, silver, hitam dan putih, pada mulanya Cik Kaseh malas nak ikut tema memandangkan Cik Kaseh takde baju kaler-kaler tersebut, yang ade pun hitam, tu pun dah setahun dah usia si baju tersebut, tapi pikir-pikir balik, ni tahun first menyamutnya, Cik Kaseh pun beli la baju baru..hehe..kaler hitam la, my feveret, okay la tu..janji ikut temakan?

ni tema hari guru untuk tahun 2012

kan tadi Cik Kaseh bgtau tema die kesultanan Melayu Melaka?so haruslah ade silat-silat korang abaikan belon-belon yang menepati tema itu okay?hehe
ceh..langkah silat pon agak sumbang, patutla malam sebelum hari guru ni Cik Kaseh ternampak dorang dok bersilat kat sebelah makmal ict, rupa-rupanya nak buat gimik hari guru
tu dia, si penjahat nak culik pahlawan dalam tandu ni..masa ni Cik Kaseh teruja gak ngan gimik dorang ni, tapi Cik Kaseh tengok, akak-akak senior ni cam tak kesah je, rupa-rupanya dah 3 tahun berturut-turut dorang buat gimik yang hampir sama camni.. patutlah Cik Kaseh ngn Housemate je yg teruja memandangkan kami adalah insan-insan yang first time sambut hari guru. Apepun, tabik spring lah kat bebudak form 5 ni, so kreatif la..Dewan Besar tu berubah rupa sangat-sangat pada hari tersebut. Actually, yang dalam tandu tu nak bagi pisau untuk potong pulut kuning je sebenarnye kat PK1 kite orang..hehe
Adegan seterusnya, berbalas-balas pantun untuk simbolik bagi hadiah kat semua guru, hadiahnye ialah, dapat mug gambar diri sendiri yang sangat cute, takde gambo la, sebab tertinggal kat bilik kaunseling, nanti Cik Kasih update gambo tu okay?
sesi bergambo sibaju hitam..hehe..ni adelah dayang dan hulubalang istana


ni ketua dayang, Dayang Rusilah nama diberi, dn sebelahnya ketua hulubalang, Hang Nashir..hehe
Kami lagi dan lagi
ketua dayang dan ketua hulubalang bersama permaisuri Azlina..hehe..Kak Ina cantiklah berbaju kuning..
okay, sukan neka time..ni group Cik Kaseh, nama group kami GURU PENYAYANG..ni masa gubah tembikai
inilah hasilnya...
section seterusnya..buat sandwich plak..
buat dengan jayanya sebab group cik kaseh ramai emak-emak orang..hehe
persembahan pelajar..ni persembahan sajak. cantikkan pentas dewan SMKAK? walaupun ade unsur kebahayaan disitu...hehe
persembahan seterusnya, syair dari pelajar form 2 dan form 1 tak silap..kami panggil syair rock sebab suara si anak itu ade unsur-unsur rock sedikit.
putera puteri SMK AGAMA KERIAN..eh! guru putera pun ade terselit di situ
ni pulak bacaan al-quran dari wakil pelajar...alhamdulillah

Okay, tu je la beberapa gambar pada hari kejadian, memandangkan ini tahun pertama menyambutnya, Cik Kaseh rasa sangat okay la apa yang bebudak form 5 ni dah lakukan walaupun ade cikgu-cikgu lain kata tahun ni persembahan kurang menyengat. Kalau sekolah Cik Kaseh dulu, guru-guru yang banyak buat persembahan, tapi sekolah ni pelajar yang menghiburkan cikgu-cikgu, okay la tu kan?Hadiah??actually Cik Kaseh tak dapat ape-apepun, just dapat hadiah mug dan hadiah tukar-tukar dari guru-guru lain. Teringat dengan kata seorang guru kaunseling masa Cik Kaseh praktikal dulu, "cikgu kaunseling memang cikgu yang paling kurang dapat hadiah bila hari guru sebab kamikan tak mengajar?" so bila tak dapat ni Cik Kaseh tak kesah pun.  Ape yang penting Cik Kaseh nak berjasa dengan anak-anak ni sampai bila-bila tanpa ganjaran. Yang paling penting dorang ni jadi orang yang benar-benar berguna pada bangsa dan agama kelak, itu hadiah yang paling bermakna buat Cik Kaseh.

::rase-rasenya Cik Kaseh tak pernah story lagi tentang sekolah Cik Kasehkan?dalam fb pun takde lagi..okay, nanti nak uat entry khas SMK AGAMA KERIAN kecintaanku kini..hehe::

♥thanks because reading this entry, I really appreciate it ♥

Wednesday, January 18, 2012

sememangnya saya seorang yang PEMALAS

Assalamualaikum w.b.t

Yes! memang diakui cik kaseh seorang pemalas, blog bukan sahaja bersawang, malah sudah berdebu setebal-tebalnya. Sekarang bukan alasan cik kaseh busy ke, tak ada masa nak update blog ke atau apepun,. Alasan yang paling tepat buat diriku ini ialah kemalasan bermaharaja lela tahap petala kelapan!hehehe...lagipun cik kaseh tau, mane ade orang pun yang nak baca dan follow entry cik kaseh dalam blog ni kan?so tulis untuk diri sendiri, time rajin jela daku mengupdate.

Dah masuk hari ke 18 kita berada di tahun baru, so cik kaseh rase dah lambat bebenor nak wish new year..so tak payah la kan?lagipun i still feel the same thing, tak ada yang berubah pun, kot-kot yang berubah hanyalah umo dan kerja-kerja yang kian bertambah. Oh no!!tahun ni bertambah lagi umurku!gerun sangat rasenye, sebab still single ( part ni nanti cik kaseh wat entry khas okay?doakan cik kaseh rajin la nak update)

Cik kaseh masih di sini, di bumi Semanggol, memegang beberapa amanah dari ALLAH untuk dilaksanakan dengan lebih baik dan tawaduk, so keje kian bertambah, orang baru la katekan. Meh sini cik kaseh senaraikan tugas cik kaseh kan sekolah yang ku cintai ini.


KURIKULUM 
Kaunselor Sekolah 
SU Sistem Juara 
Penyelaras Jadual Guru Ganti 
AJK PSS & Nilam 
SU LADAP

HAL EHWAL MURID 
Setiausaha HEM 
AJK J/K Disiplin Sekolah 
AJK J/K Pengawas Sekolah 
SU J/K UBK 
AJK J/K PRS
Ketua J/K SLAD 
Ketua J/K PPDa 
Warden Asrama

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 
AJK J/K Kewangan 
SU Teras 8 10 Kualiti 
AJK J/K Kecil Sumber Manusia
 KOKURIKULUM 
Guru Penasihat Tenis 
Guru Penasihat Pandu Puteri 
Ketua Guru Penasihat Kelab PRS
Guru Penasihat rumah Othman As-Siddiq
Guru Penasihat 1M1S Bola Baling (Ting 4)
TUGAS KHAS 
SU Majlis Permuafakatan Ibu Bapa & Guru Pelajar Ting. 3, 5 & 6 Atas 
SU Hari Konsultasi Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun
*Yang diBOLD itu cik kaseh rasa tugasnya agak sedikit berat dan rasa gentar..hehe
walaupun diriku tidak  mengajar di dalam kelas
credit to:google images
Okay tak senarai tugas 2012 yang cik kaseh kene sandang?Okay la kan?name pun guru baru, so kene terima tanpa istilah menolak. Cik kaseh sebenarnya tak kesah pun dapat tugas-tugas ni, suke je sebab kalau boleh takmau la orang kata kaunselor ni tak ada keje, dok je kat bilik, then makan gaji buta. Hope benda ni tak jadi kat cik kaseh walaupun kadang kala terdengar- dengar suara-suara yang mungkin kurang suka dengan golongan seperti kami. So memang kene sangat bertabah, ni cabaran buat saya sebagai guru baru and in bonus as counselor scholl. Senarai ni tak masuk lagi dengan tugas-tugas yang unit kaunseling sendiri buat, contohnya macam kem jati diri, program pecutan, program jalinan mesra antara sekolah dan lain-lain. kalau ikutkan memang la takut sebab kitakan baru, mesti akan banyak buat salah, tapi takpe, tak cuba buat tak akan tau sama ada benda tu salah atau tidak. Dan yang paling penting, tak payah dengar kata orang, kita buat je keje kita betul tak? dan yang penting jugak, diam itu lebih baik dari bercakap.
Okay la, setakat ini dahulu, actually daku memang nak je update blog, tapi ada benda yang asyik je tersekat di hati dan kerongkong, so kene la padamkan niat, rahsiakan je, hanya hati yang benar-benar mengetahui. Cik Kaseh ade je benda nak kongsi, tapi di sebabkan tahap rahsia dalam diri sangatlah tebal so benda tu hanya dipendamkan aje, kat fb pun macam tu, tak berani la nak buat status yang bakal mencetuskan kontroversi, perlu menjaga sensitiviti orang lain. selain dari rasa nak berahsia sebenarnya cik kaseh  sememangnya seorang yang PEMALAS.hikhik..

 
credit to:google images

:: korang seru la cik kaseh kembali aktif berblogging ye?hanya medium ini yang nak dengar luahan hati seorang cik kaseh. thanks korang!::

 ♥thanks for reading this entry, I really appreciate it ♥

Sunday, September 11, 2011

Saya Dan Utara

Assalamualaikum wbt

Hai korang, camne arini?sihat?ade rase monday blues? cik kaseh??mood same seperti entry ini, dah masuk minggu kedua tapi mood yang sama kubawa sehingga kini. Tak ade niat pun nak bawak mood tak best ni ikut minggu ni, tapi tu la, die nak gak ikut, so terpaksalah daku galas jugak :(

Sebenarnye memang diriku nak update banyak benda ni, tapi intenet kat sini agak limited, so ade mase sempat nak beronline, ade mase memang tak boleh nak online pon, teringin nak update sikit gambar dan cerita tentang raya aritu, tapi gambar-gambar raye semua kat pc kat kampung, kene tunggu balik dulu, orang lain dah berlapuk update pasal raye, cik kaseh baru nak update nanti eh?lambatkan?hehe

Tajuk entry arini pasal utara okay?ape kene mengena ngan cik kaseh erk? sebenarnye semalam tetiba otak ni terpikir tentang sesuatu berkaitan tentang diri ini. Kalau korang perasan, cik kaseh ni memang ditakdirkan berada di utara la kot. Okay, jom kite listkan: memula tempat belajar cik kaseh, korang taukan kat mane?nun di Sintok, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, tu la tempat cik kaseh mengenali apa itu campus life, sangat menyeronokkan! tapi sayang, ianya tak mungkin berulang kembali. Okay, itulah first time cik kaseh berada di utara tanah air,lame lak tu, hampir 4 tahun diriku menjadi seorang student yang teramat rajin di sana. hahaha.. muke ni la slalu dok lepak kat library lebih-lebih lagi mase last sem (korang sila percaya)wakaka.

Then, mase berpraktikal, ni sebenarnye bukan kerelaan, sebenarnye cik kaseh sangatlah teringin buat praktikal kat kampung sendiri, bukan ape senang dan yang penting dapat menjimatkan kos. Tapi dan en.lecturer merangkap "papa" bebudak edu kaunseling kohort 1 tak bagi sebab kampung cik kaseh dah belah perak selatan, so yang oleh ialah di daerah perak utara. so tercampaklah diriku dan 3orang lagi kawanku ke Parit Buntar. (utara lagi). Padahal pastu dapat tau ade gak yang buat praktikal kat Kl, Johor dan pahang.  Cik Kaseh berada di sana tak la lame mane pun sebenarnye, dalam 3 month only, tapi mase ni cabaranya sangatlah banyak espicially masalah duit, ianya mengalir bagai air! walaupun camtu cik kaseh seronok jugaklah menimba pengalaman di sekolah tersebut. ade jugaklah kenangan manis tercipta di sana.

And the latest opkos la diriku masih lagi tercampak di utara! utara dan utara lagi. Kali ni bawah sket je dari parit buntar. di daerah yang indah, damai nan permai ini. di daerah Semanggol, First time dapat tahu di postingkan sebagai guru kaunseling di sini, diri ini sungguh terpingga-pingga dan kuciwa!ingat dapat daerah ipoh dan ke bawah, tapi nan ado!. First time baca name sekolah, seriously diriku taktau kat mane sekolah ini. amatlah low tahap IQ ku berkaitan sekolah-sekolah di Perak inikan?haha. 27 hb September ni genap la 3 bulan daku di sini berbakti kepada pelajar di sini wakaka, ayat tak menahan! Rase cam baru je melapor diri. sekarang ni dok sibuk dah ngan beberapa kerja di tambah pulak ngan nak interview SPP 20hb ni, takutnye, banyak benda nak kene cover dan rase cam tak mampu je.

Sebenarnye entry ini tercetus apabila diriku berasa jeles ngan adikku itu!iye! cik kaseh jeles ngan dia. Die dapat tawaran masuk UPM, untuk pengetahuan korang, abang-abang cik kaseh bersepah di sana,cam banyak beno abangku itu,hehe. So die nak ape-ape jer dorang leh datang. Cik kaseh dulu?ape mimpi dorang nak ke utara tu?mengabihkan beras je kan?. Diriku keseorangan di sana selama 4 tahun, yang ade kawan-kawan kesayanganku itulahkan?tiada istilah adik-beradik atau parents datang melawat,huhu. Nak balik kampung pun susah gak tyme cik kaseh belajar dulu, memula naik bas dari kolej ke alor setar, then dr alor setar ke teluk intan naik satu bas, dah sampai teluk intan naik bas lagi untuk sampai ke rumahku. dan keselaluannya diriku stay kat rumah yong kat Gunung Rapat dulu dan esoknya balik ke kampung gajah. 

Berlainan ngan adikku, die boleh balik terus ke teluk intan dan paling senang pegi je rumah abang-abangku itu dan boleh balik sana..senangkan (nada jeles). die punade banyak kemudahan pengangkutan, ade teksi, bas, komuter dan lain-lain, ko memang senang la dok sane tau (nada jeles kuasa dua). Selain tu, lebih menjeleskan diriku, die dapat orang satu kampung+satu kelas+satu kos as her roomate,dan lebih mengembirakan, roomatenya itu ade abang yang bekerja sebangai staff UPM yang berkereta, so ko memang sonok kat sanekan? (nada jeles lagi dan lagi)hehe..

sekadar gambar hiasan
credit to :google images

Cik Kaseh?masih di utara, masih berseorangan di sini, sangat boring, dok rumah warden yang besar gedabak itu berseorangan adalah pekara yang sangat membosankan. Tapi takpe, cik kaseh terima seadanya dengan rasa senang hati, tak semua berpeluang dapat dok rumah free itu yang lengkap ngan tv, astro (tak bayar)hehe, peti ais, dapur (takde gas) mesin basuh dan lain-lain. So, sangat bersyukur sebenarnya kerana di tempatkan di sini. cuma sedikit patah kaki kerana buat mase ni takde transport lagi, terpaksa menebalkan muka menumpang cikgu lain ke sekolah. Sangat bersyukur di tempatkan di sini. Hope semuanya okay sampai bebila. Salam sayang buat kamu yang membaca :)

::adekah bakal mendapat teman hidup juga orang utara??oh nooo!!hikhikhik::
::sebenarnye entry ini adalah entry jeles main-main okay?cik kaseh tak la jeles ngan adik cik kaseh (adepun jeles sikit je,huhu..) syukur sebab die dapat kemudahan seperti itu sebab die seorang yang amat manja, jarang kene susah-susah, tak macam kakaknya yang comel ini, dah terbiasa hidup susah.wakaka::


♥thanks for reading this entry, I really appreciate it ♥

Monday, August 8, 2011

Syukur!Masih diberi keizinan untuk terus menghirup nikmat dan berkatmu Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t

Sudah lame jejari ini tidak mencoretkan sesuatu disini, terasa ingin kulaungkan padamu blogku bahawa diriku sangat merindui dirimu! hahaha..gile erk rindu blog sendiri. Hari ni hari selasa bersamaan 9 Ramadhan! SELAMAT MENJALANI IBADAH BERPUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM YANG MEMBACA ENTRYKU INI. moga tahun ini ibadah kita lebih berkat berbanding tahun lalu.

Actually, Cik Kasih keudara di dalam bilik kaunseling di sekolahku ini. hehehe. disini jer laptop klasikku ini mendapat sedikit line internet, ni pun takut gak, kang tengah2 menaip tetibe line putus. hope sempat sampai jejariku meng klik " publish post" hehe. My readers, puasa tak hari ni?hope korang puasa, jangan culas okay?lebih-lebih lagi bagi yang bergelar gentleman diluar sana. Bagi yang gurl tu paham2 je la kan?Cik Kaseh?opkos la puasa lagi, buat masa ni ibadah puasaku masih penuh tak terganggu!huhu.

Tahun ni adalah tahun pertama Cik Kaseh berpuasa dan bekerja, sebenarnye takde ape-ape kelainan pun, cuma last week agak penat sedikit, maybe faktor cuaca di sini yang panas terik, korang nak tau?sejak di postingkan, maybe baru dua kali je ujan kat daerah Semanggol ni tau, nape erk?cuaca panas ni la wat diriku agak kurang cergas last week, this week okay dah sikit.

Seronok berpuasa as a teacher at SMKA KERIAN ni, salah satunye, setiap hari sepanjang bulan ramadhan ni, kami guru-guru bertadarus Al-quran dan ade tazkirah, namepun sekolah agama kan?tapi Cik Kaseh rase bertuah juga di postingkan disini, atleast ade gak benda yang mampu menambah sedikit rase berkatnya bulan puasa ni. Sebenarnye banyak gak program lain yang sekolah ni buat sepanjang bulan ramadhan ni, tarawikh berimamkan pelajar, ade majlis khatam quran, iftar jamaie dan lain-lain. Yang tak best sebab kene beli sendiri juadah berbuka! dakukan masih tidak menerima gaji?so, kenelah berjimat sangat-sangat, tapi tu la, kadang-kala, diri ini agak sukar mengawal nafsu membeli, faktor lain plak, harga makanan di bazar boleh tahan gak la mahalnye, so memang sangat-sangat melatih diriku supaya berjimat cermat, nasib baik abah dah sponser rice cooker, thanks abah! Tu belum lagi ikut cikgu-cikgu lain pegi shopping, dorang sume dah bergaji, so memang seronoklahkan bershopping baju raya, diriku hanya mampu memandang!huhu.. tahan nafsu! takpe-takpe next month insyaALLAH..

Okay, nampaknye itu saja masa yang ade untuk kucoretkan sesuatu diblogku ini. Salam sayang dari Cik Kaseh, moga kita sama-sama melatih diri dengan kesabaran dibulan ibadah ini. :)



::semalam dengar citer penjawat awam menerima bonus setengah bulan gaji?Cik Kaseh dapat ke?saya kan konfem pun lagi jawatan..hukhuk..moga-moga dapat!hehe..::


♥thanks for reading this entry, I really appreciate it ♥


Saturday, July 9, 2011

Lamenye blogku ku tinggalkan kesepian...

Assalamualaikum wbt

Wah!tajuk entryku tak boleh blah kan?agak lame meninggalkan blog kesayanganku ini. So, bile lame tak update pelbagai benda ingin dikongsikan bersama kalian yang mungkin menunggu entry baru dariku . Sangat perasankan diriku ini?pedulik la kan?hehe. Rasenye hampir dua minggu tidak mengonlinekan diri kerana daku kini TELAH BEKERJA (poyo sedikit,harap maap). Sebenarnye memang nak citer dua minggu lepas, tapi konon-kononye nak la tunggu dapat sekolah mane barulah nak citer kat sini. Untuk pengetahuan korang, cik kaseh tak packing baju and barang2 yang banyak pun nak pegi melapor diri. 27hb tu pegi taklimat dan melapor diri kat JPN perak, dalam ati ingat dapat sekolah dekat2 jela ngan rumahku syurgaku, tuptup, jauh gak la cik kaseh tercampak.

Okay, cik kaseh telah dipostingkan ke SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA KERIAN. kat daerah Semanggol, jauh gak la dari rumah, makan mase dekat dua jam lebih dari rumahku di kampung gajah. Nanti cik kaseh stori-mori lagi tentang tempat tinggal, environment sekolah, rakan-rakan guru dan lain-lain jika berkesempatan.

Oh, yer!mungkin agak sukar cik kaseh nak mengonlinekan diri selepas ini, bukanlah terlalu busy pun sebagai kaunselor sekolah sepenuh masa juz, line internet takde lagi kat sane, broadbandku dulu pulak telah diambil oleh abangku dan die tak mahu pulangkan (yang berkenaan sile pulangkan segera! sebelum diriku naik antu.) Tapi tu la, cik kaseh serba salah gak nak mintak balik sebab die yang langsaikan utangku pada broadbandku satu ketika dulu. So, buat mase sekarang ni memang takleh nak online (sedeh..hukhuk) kene tunggu banyak bulan lagi sebelum diriku mempunyai sedikit gaji untuk membeli broadband baru..so, nie je la yang sempat diciter wat entry pertamaku setelah dipostingkan di daerah yang asing ini..asing la sangatkan?hehehe..salam sayang buat yang membaca :)


♥thanks for reading this entry, I really appreciate it ♥