tHaNkS!!

Showing posts with label Join Contest. Show all posts
Showing posts with label Join Contest. Show all posts

Thursday, March 10, 2011

Contest Kisah dan Lagu


Assalamualaikum

Untuk kesekian kalinya, aku join satu lagi contest! Contest ini bagi aku agak menarik, korang baca entry aku nie pun korang dah boleh agak ianya berkisarkan tentang ape kan? so aku dapat idea nak cerita tentang aku dan kawanku yang berlima membuat thesis a.k.a latihan ilmiah semasa aku belajar di UUM. Ok, sebelum tu, ini banner bagi contest tersebut:


----------------------------------------------------------------------------------------------
Kisah dan Lagu Cik Kasih Zulaikha

Storynya bermula apabila kursus yang aku ambil semasa belajar di UUM memerlukan kami membuat satu kajian ilmiah. Kajian ilmiah ini kami lakukan semasa kami berada di sem 8 iaitu sem terakhir pengajianku disana. Sebenarnya dari sem 7 lagi kami dah dikerahkan untuk membuat sedikit demi sedikit berkenaan kajian kami. Oh ya! setiap seorang dari kami diberi seorang penyelia. Tujuan penyelia tesis adalah untuk memberi tunjuk ajar dan membimbing pelajar untuk menghasilkan tesis yang baik dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Seorang penyelia mempunyai 5 orang pelajar di bawahnya, so aku dan empat orang coursemate aku mendapat seorang penyelia lelaki.

Jika pelajar lain mereka yang menetapkan tajuk kajian yang mereka ingin lakukan, ianya berbeza dengan kami, iaitu penyelia yang menetapkan tajuk, so aku terpaksa redha dengan tajuk kajian yang kami dapat. So, bermulalah kesibukkan kami membuat kajian ilmiah ini, untuk pengetahuan semua, bukanlah senang sebenarnya nak buat tesis ni, memerlukan kerajinan tahap maksima, kesabaran, ketekunan, dan berpengetahuan luas dalam bahan atau subjek yang dikaji.

Pada peringkat awalnya, aku agak main-main dalam membuat tesis, selain itu, aku juga agak jarang berjumpa penyelia. Namun dipertengahan, aku mula sedar bahawasanya aku perlu membuat dengan cepat kerana tempoh masa yang diberikan hanya 5 bulan. So, bermulalah kerja kami hingga tak tidur malam membuat tesis, selain tu, hampir hari-hari pegi library mencari dan menambah bahan rujukan.

Dan tercetus satu peristiwa apabila kami berjumpa dengan penyelia untuk menunjuk hasil kajian kami. Masa tu masing-masing dah buat sehingga bab 3. Apa yang mengejutkan, proposal kajian ilmiahku telah direject sama sekali dengan beberapa kata yang agak pedas dari penyeliaku. Teruk aku di psiko oleh penyeliaku, rase mau nanges kat depan die jer. Masa tu aku teramatlah sedih dan rasa sangat down dan berputus asa (siap nangis-nangis lagi.hehe..)

Balik je bilik aku buka laptop dan on radio online then terus baring atas katil, masa tengah dok menung dan teringat kisah kene reject tetiba radio tersebut memutarkan lagu HITAM PUTIH KEHIDUPAN dari SHEILA MAJID. aku hayati bait-bait liriknya, eh! cam kene lak ngan situasi aku dan empat orang kawanku itu, siap nyanyi dalam ati walaupun baru je rasa sedih akibat proposal yang direject!hehe..Malam tu, kami berkumpul untuk ubah beberapa bab dalam tesis dan aku bagitau mereka, ni lagu tema kita, sambil tangan klik lagu tu dalam laptop aku, dorang leh gelakkan aku tapi dalam pada tu setuju ngan lirik lagu tersebut. hehe..

3 hari lepas tu (kalau tak silap) kami pegi jumpa penyelia kami lagi dengan proposal baru di edit dan diubah, kali ni penyelia aku agak ok moodnya dan dia menerima proposal tapi perlu ditukar format! kuantitatif kepada kualitatif, Agak mengejutkan, dan mematahkan semangatku,tapi takpe, atas sokongan dan kata-kata semangat di antara kami kami lakukan jua sedaya upaya kami. Nie ditambah dengan lirik lagu HITAM PUTIH KEHIDUPAN yang memang menaikan semangat kami yang kian luntur.

Setelah berhempas pulas dan mengharungi pelbagai dugaan dalam menyiapkan tesis ini, akhirnya teisiku siap jugak walaupun aku terpaksa memohon penangguhan viva. Viva ni macam aku kene present la hasil kajian aku kepada beberapa orang pensyarah. Dan antara hikmah terindah dari kisah ini, aku menerima result yang cemerlang dalam kajian ilmiah ini. (dapat A ok?hehe). Hikmah lain yang aku perolehi, kita kene tabah dalam mengharungi kehidupan dan perlu sentiasa sabar dengan kerenah manusia. Pastu, moral of the story, janganlah tangguhkan keje, kene slalu g jumpe penyelia jika anda tengah wat tesis dan perlu persediaan mental dan fizikal yang tinggi untuk mengharungi kehidupan :)

Ok, ni lah lagu yang sangat kena mengena dengan situasi aku pada masa tu. Aku kalau dengar lagu tu sekarang, aku pasti akan tersenyum dan terbayang peristiwa kami membuat tesis :)





:: Memandangkan contest ini aku kene tag 3 orang blogger lain, aku dengan besar hatinya mau tag::

::alamak! terpanjang plak la celoteh, boleh ke masuk contest ni?hehehe ::


♥ Cik Kaseh Kiut ♥

Friday, March 4, 2011

"Filwi Nur Balqis - Saya Join Contest STYLE IT Awak!"

JOM JOIN CONTEST!!! Style It! contest by FILWI.

Perempuan|Lelaki boleh JOIN!

Ini Banner Contest FILWI.
filwi.blogspot.com


5 Easy Steps! (Macam 'Syarat' Lah Jugak)

1. Follow blog ni (Tak Follow Pon Takpe.)

2. Follow di Facebook juga (Other way to get updates!) *Yang ni tiada paksaan. Ingat! Tak Paksa!*

3. Like Fan Page. (Tak paksa jugak. Tapi kena buat salah satu antara Follow Blog/Follow Facebook/Like Fan Page. Ingat! Tak Kisah Nak Buat Yang Mana SATU pun. Kalau nak buat semua pon boleh.)
4.Letak gambar anda yang ISLAMIK. (baju kurung, baju melayu, jubah, berpurdah, bersongkok, gambar masa RAYA haritu, atau apa apa sahaja yang ISLAMIK! )

5. Tajuk Entry "Filwi Nur Balqis - Saya Join Contest STYLE IT Awak!". Kemudian, copy enrty ni bulat-bulat dan paste di BLOG ANDA!

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum

Aku saje-saje join contest ni, lagipun dah lama aku tak join contest melalui blog, hehe...Dan aku rasa, contest yg dibuat oleh FILWI ini amatlah mudah dan tak makan masa lama pun utk aku mencari gambar yang sesuai. Aku cadang memang nak guna gambar aku sendiri, tapi aku rasa, gambar ni lebih menepati piawaian kot, hehe...Ok, aku amik gambar ini, hope dapat, kalau tak menang pun takpe
Ni gambar anak buah kesayangan aku. Gambar ni diambil oleh abang aku semasa raya tahun lepas. Ni gambar dekat pusara arwah opah. Sangatlah khusyuk sikecik ini menadah tangan ikut kami berdoa. Terus abang aku snap gambar ni, die tak perasan pun.=)

♥ Cik Kaseh Kiut ♥