tHaNkS!!

Showing posts with label Main Masak-Masak. Show all posts
Showing posts with label Main Masak-Masak. Show all posts

Sunday, January 13, 2013

My Weekend, My Passion

Assalamualaikum wbt

Dah lame kan rasanya saya tak share gambar makanan dalam blog ni, dulu mase di zaman gelapku iaitu zaman menganggur selalu je post gambo makanan, yelah, dah dok rumah je, haruslah rajin nak memasak.

Ok, saya mengaku, sejak bekerja ni memang malas gila nak masak! dedulu masa mula keje masak gak sebab gaji belum dapat, siap masak guna rice cooker sebab duit tak ade nak beli tong gas walaupun dapur memang disediakan kat rumah warden ni. Tapi dah sejak bergaji ni (macam la beso bebeno gajinye kan?) Diriku amatlah malas nak masak, masak pun maybe seminggu sekali, time weekend, tapi kadangkala tak masak gak, asyik beli je lauk,masak nasi,  dan lebih worst lagi kadangkala beli nasik terus sebab balik kang terus je makan, dan lebih worst lagi makan je kat Dewan Makan Asrama, dah la free, hidangan memang dah terhidang, kadang-kadang pinggan pun tak perlu basuh, bertuah punya budak  kan saya?hehe.

Sebenarnye niat di hati memang nak masak semalam, memandangkan ini weekend pertama sejak buka sekolah yang saya tak duty warden, so memang nak memasaklah kononya, gajikan lambat lagi, so agak bersemangat nak membisingkan dan memberasapkan dapurku itu. Tup..tup baru teringat yang diri ini (semalam) perlu menjadi guru pengiring bawak budak form 1 ade program kat Bukit Merah, so agenda semalam ialah menemankan mereka bersama-sama abang dan kakak fasi ber aktiviti di sana, Gambo memang saya tak ambil walau sekeping pun, sori eh?nanti saya post entry khas berkaitan minggu orentasi pada next entry ok? . Pegi pagi tu bersama my housemate, nasib baik die free, kalau tak memang kene pegi sorang, program start pukul 8.30 sampai 11.30, dorang dok beraktiviti, saya hanya jadi pemerhati dan housemate saya pula sangat teruja sebab pertama kali menjejakkan kaki ke Bukit Merah, memang dia sangat teruja! siap tiup belon buih di tepi tasik Bukit Merah tu. 

Dah abis aktiviti kat sana dalam pukul 12 gerak pula ke Kamunting, kena beli sedikit barang keperluan untuk aktiviti petang tu pula, agak bekejar-kejar jugaklah sebab aktiviti seterusnya pukul 2 petang sedangkan pukul 1 lebih masih lagi di Kamunting, dah la masih merangkak-rangkak drive En. Purple, tapi sebenarnya sempat jugaklah ke The Store membeli sedikit keperluan untuk diri sendiri walaupun purse comelku itu sudah nipis!(lambatnya gaji). Sampai rumah dah pukul 2, so agenda mahu memasakku tergendala lagi untuk kesekian kalinya, Beli barang basah dah dekat seminggu, tak sedikitpun bersentuh lepas masuk peti ais hari tu. Balik tu keja saya bukak laptop dan berintenet, keje wajib! lepas tu mengemas rumah dan bilik yang seakan tongkang pecah, dah penat mengemas pegi pulak basuh baju yang dan menggunung, basuh ngan tangan ok, so lepas tu niat nak memasak bukannya ke laut lagi tapi dan terbang ke gunung-ganang! sebenarnya memasak jugak semalam tapi masak meggi je mampu!huhu..

Makanya, hari ini saya berazam untuk memasak jugak! dah bleh agak, sayur-sayur yang dibeli kat Tesco itu dah tak berapa nak segar, Konon hari ni nak la bangun awal, tapi nan hado! dekat pukul 9 baru mata nak bukak, name pun weekendkan? mestilah nak bangun lambat, alasan! kalau kat rumah wat gini dah lama kene pelangkung ngan mak saya!hehe.. Akhirnya berkat kerajinanku yang datang setahun beberapa kali ini maka terhasillah hidangan ini!


Nampak sangat menarik dan sedapkan?sila abaikan ayat masuk bakul angkat sendiriku ini hokeh?hehe, memula nak masak sayur campur ngn kari ayam itu sahaja, tapi taktau la kenapa gatal tangan nak jugak masak telur rebus sambal tu. Macam ni lepas dak jadi calon isteri solehah?hehe.. Sebenarnya memasak ni memang menjadi keghairahan saya, tengok tu sampai ghairah! kalau dekat kampung, muka saya memang lazimnya berada di dapur sebab suka masak-masak ni, macam satu kepuasan jugaklah. Memang saya suka memasak ni, tapi tu la, komitmen keje dan kemalasan adalah faktor saya malas sangat nak masak, beli lagi senang, padahal kita taktau makanan yang dibeli itu bersih atau tidakkan? Boleh guna dak alasan ku ini?hehe..

Perasan tak sume lauk kat atas ni siap-siap masuk dalam tupperware, sebabnya senang lepas makan terus humban masuk peti ais and kalau nak makan just panaskan je, dan perasan tak saya masak agak banyak, padahal saya sorang je nak makan, housemate die masak sendiri lauk die dan sekarang die on diet, so saya tak mahulah merosakkan diet die, saya lainla, kate nak diet tapi asyik kelaut ke dietnya.  Saya masak banyak sebabnya ialah.....supaya next week baru saya masak balik! kejikan?hehe 

Itulah cerita weekend saya, sebenarnya saya banyak je bawak balik kerja sekolah, tapi seriuosly cakap saya tak sentuh pun lagi, lepas ni nak iron baju untuk keje esok, lusa, bilanya nak mengadap keje sekolah ni? padahal duedate kerja tersebut dah dekat. Malam ni baru nak sentuh, tapi konfem tak boleh siap punye. Kalau kat sekolah selalu nasihatkan student jangan tangguh kerja, tapi sebenarnya Cik Kaunselor ni kadang-kadang selalu jugak buat begitu, Ok la, to readers, have a nice weekend ok? salam sayang!


♥thanks because reading this entry, I really appreciate it ♥

Tuesday, March 29, 2011

~~PuDiNg RoTi MaRbLe CiK KaSeH~~

Assalamualaikum...

Dah lame sebenarnye fiza teringin nak buat resepi ni, tapi malas(hehe terus terang erk?). Entah angin ape, semalam fiza buatlah puding roti ni. So jalan-jalan dulu kat google pegi cari gambar puding roti yang cantik. hehe..bukan yang sedap okay? tapi yang cantik. So, jumpela satu blog tu yang juga buat resepi tersebut. Fiza ikut sume bahan-bahan die tapi nape tak cantik macam puding die erk?hehe.. Jadi la, atleast fiza ade kesungguhan nak mencuba. So, korang pe lagi? nanti bile senang-senang try okay?hehe..

resepi tu fiza amik bulat-bulat dekat sini Cantikkan puding die?terliur tak tengok? Fiza buat ni pun bukan ape, kat rumah tu banyak roti dalam peti ais, so timbul lak idea nak buat puding ni.

Resipi Puding Roti Marble

  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2 ( fiza guna agar-agar tali sebab kat sini tak jual agar-agar serbuk, ambik separuh je)
  • 1/2 cawan gula – bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me’marble’kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!


burukkan?huhu..fiza mengaku, fiza memang sangat fail kalau nak memarblekan kek,puding, dulu wat kek marble pon tak berapa cantik belang-belangnya :( ni masa baru lepas melapiskannya, panas lagi


ni masa dah sejuk, kan tak berapa cantik "marblenya"?huhu..rasenye pun sedikit tawar, fiza kurangkan lagi sukatan gulanya, sebab takut manis sangat pulak. Mak sukala tawar-tawar sikit macam ni

Okay la, percubaan pertama jarangnya kita lulus dengan cemerlangkan?(nak sedapkan hati). Nanti nak try buat resepi yang sama tapi guna bahan yang mungkin sedikit berbeza (kene tunggu angin rajin :p )

:: fiza memang suke mencuba resepi baru, lebih-lebih lagi sementara bergelar surirumah penganggur terhormat ini::


♥ Cik Kaseh Kiut ♥