Assalamualaikum w.b.t
Yes! memang diakui cik kaseh seorang pemalas, blog bukan sahaja bersawang, malah sudah berdebu setebal-tebalnya. Sekarang bukan alasan cik kaseh busy ke, tak ada masa nak update blog ke atau apepun,. Alasan yang paling tepat buat diriku ini ialah kemalasan bermaharaja lela tahap petala kelapan!hehehe...lagipun cik kaseh tau, mane ade orang pun yang nak baca dan follow entry cik kaseh dalam blog ni kan?so tulis untuk diri sendiri, time rajin jela daku mengupdate.
Dah masuk hari ke 18 kita berada di tahun baru, so cik kaseh rase dah lambat bebenor nak wish new year..so tak payah la kan?lagipun i still feel the same thing, tak ada yang berubah pun, kot-kot yang berubah hanyalah umo dan kerja-kerja yang kian bertambah. Oh no!!tahun ni bertambah lagi umurku!gerun sangat rasenye, sebab still single ( part ni nanti cik kaseh wat entry khas okay?doakan cik kaseh rajin la nak update)
Cik kaseh masih di sini, di bumi Semanggol, memegang beberapa amanah dari ALLAH untuk dilaksanakan dengan lebih baik dan tawaduk, so keje kian bertambah, orang baru la katekan. Meh sini cik kaseh senaraikan tugas cik kaseh kan sekolah yang ku cintai ini.
KURIKULUM
Kaunselor Sekolah
SU Sistem Juara
Penyelaras Jadual Guru Ganti
AJK PSS & Nilam
SU LADAP
HAL EHWAL MURID
Setiausaha HEM
AJK J/K Disiplin Sekolah
AJK J/K Pengawas Sekolah
SU J/K UBK
AJK J/K PRS
Ketua J/K SLAD
Ketua J/K PPDa
Warden Asrama
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
AJK J/K Kewangan
SU Teras 8 10 Kualiti
AJK J/K Kecil Sumber Manusia
KOKURIKULUM
Guru Penasihat Tenis
Guru Penasihat Pandu Puteri
Ketua Guru Penasihat Kelab PRS
Guru Penasihat rumah Othman As-Siddiq
Guru Penasihat 1M1S Bola Baling (Ting 4)
TUGAS KHAS
SU Majlis Permuafakatan Ibu Bapa & Guru Pelajar Ting. 3, 5 & 6 Atas
SU Hari Konsultasi Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun
*Yang diBOLD itu cik kaseh rasa tugasnya agak sedikit berat dan rasa gentar..hehe
walaupun diriku tidak mengajar di dalam kelas
credit to:google images
Okay tak senarai tugas 2012 yang cik kaseh kene sandang?Okay la kan?name pun guru baru, so kene terima tanpa istilah menolak. Cik kaseh sebenarnya tak kesah pun dapat tugas-tugas ni, suke je sebab kalau boleh takmau la orang kata kaunselor ni tak ada keje, dok je kat bilik, then makan gaji buta. Hope benda ni tak jadi kat cik kaseh walaupun kadang kala terdengar- dengar suara-suara yang mungkin kurang suka dengan golongan seperti kami. So memang kene sangat bertabah, ni cabaran buat saya sebagai guru baru and in bonus as counselor scholl. Senarai ni tak masuk lagi dengan tugas-tugas yang unit kaunseling sendiri buat, contohnya macam kem jati diri, program pecutan, program jalinan mesra antara sekolah dan lain-lain. kalau ikutkan memang la takut sebab kitakan baru, mesti akan banyak buat salah, tapi takpe, tak cuba buat tak akan tau sama ada benda tu salah atau tidak. Dan yang paling penting, tak payah dengar kata orang, kita buat je keje kita betul tak? dan yang penting jugak, diam itu lebih baik dari bercakap.
Okay la, setakat ini dahulu, actually daku memang nak je update blog, tapi ada benda yang asyik je tersekat di hati dan kerongkong, so kene la padamkan niat, rahsiakan je, hanya hati yang benar-benar mengetahui. Cik Kaseh ade je benda nak kongsi, tapi di sebabkan tahap rahsia dalam diri sangatlah tebal so benda tu hanya dipendamkan aje, kat fb pun macam tu, tak berani la nak buat status yang bakal mencetuskan kontroversi, perlu menjaga sensitiviti orang lain. selain dari rasa nak berahsia sebenarnya cik kaseh sememangnya seorang yang PEMALAS.hikhik..
credit to:google images
:: korang seru la cik kaseh kembali aktif berblogging ye?hanya medium ini yang nak dengar luahan hati seorang cik kaseh. thanks korang!::