tHaNkS!!

Thursday, January 10, 2013

Parking Lot Seorang Cik Kaunselor

Assalamualaikum wbt

Situasi di sekolah saya pada hari ini:

A : "Cabutan parking telah di buat, oleh itu cikgu-cikgu yang akan saya sebut namanya di sini akan mendapat tempat parking di hadapan blok A dan di hadapan dewan besar. Makanya nama guru-guru yang bertuah itu diumumkan, cabutan tempat akan dibuat keesokkan hari. Bayaran parking adalah rm100"

B : "Tahniah kepada guru yang mendapat parking lot. Kelab Guru juga telah memberi parking lot untuk pengetua, penolong-penolong kanan, guru-guru kanan sama seperti tahun lepas, dan tahun ini ada pertambahan iaitu parking lot juga untuk dua orang kaunselor hebat sekolah kita!!.

Saya :  Sangat tak suka nak mendengar benda ni, tapi apakan daya. Saya sebenarnya sikitpun tak mahukan parking ni, dah biasa park kereta kat tempat tak berbumbung pun, lagi satu seriously, saya takut nak park kat parking lot sebab saya takut terlanggar tiang tepi tu, yes! saya memang fail bout nak parking-parking nih walaupun parking tegak, memang taktau dan saya rasa Mr. Purple saya terlampau besar dan rasa tak muat kat parking tuh (ye, ini memang kelakar!memang tak pandai nak bajet letak my kete tegak yang suit kat situ). Lagi satu saya rasa saya tak layak dapat parking tu dan saya tak layak ngan gelaran kaunselor hebat tersebut. Pleaselah!

Makanya selepas ini akan terdengarlah suara-suara sumbang yang akan berkata:

Ape istimewanya diorang sampai dapat parking lot tanpa cabutan undi?

Ini tidak adil!!

Mana aci!!
 
Besarnye pangkat kaunselor ye, tempat parking tak payah buat cabutan undi

Sebenarnya, saya dah dengar dah suara-suara ini last week, Sekian.




RM100 setahun kalau tukar ngan makanan banyak jugak kan??

♥thanks because reading this entry, I really appreciate it ♥

0 you says: