tHaNkS!!

Sunday, October 9, 2011

Berdoa Sekuat Sumayyah

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama Cik Kaseh tak mencoret di sini kan?rindu nak mencoret tapi keadaan tidak mengizinkan, agak busy ngan keje sekarang ni, so susah sket nak update blog ni selalu. Bulan ni bulan sedih yang bercampur baur, korang taukan parents cik kaseh menunaikan haji tahun ni, dah bertolak pun hari jumaat lepas (7 hb oct 2011) sampai pukul 2.30 petang waktu Malaysia. Sangat sedih rasenye sekarang ni, first tyme dorang jauh sangat dari Cik Kaseh, semalam mak abah call dorang hepi sangat dan sihat kat sana, tu yang paling cik kaseh nak dengar, moga parenst cik kaseh dikurniakan kesihatan yang berpanjangan semasa di sana dan selamat pulang. Hari tu seharian kami adik-beradik berkumpul kat Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, tyme yang tak boleh nak tahan opkos la tyme mak abah nak masuk dalam dengar taklimat sebelum naik bas ke KLIA, banjir satu Kelana Jaya tu dengan airmata umat manusai yang sama-sama menghantar ibu bapa mereka, tu tak termasuk airmata kami anak beranak dan sanak saudara. sedih la..Gambar? ade tapi kat kamera abang cik kaseh, tak sempat nak sedut masuk pendrive pun ari tu.nanti kalau dapat cik kaseh update kat sini okay?

Selain daripada tu, ade satu hal yang membuatkan cik kaseh sangatlah terasa ngan seseorang, sedih sangat-sangat mase tu, tapi takpe la, dah lupekan pun dan tak sangka, ada hikmah lain yang ALLAH nak bagi selepas kejadian itu, so kesimpulannya, setiap apa yang berlaku tu memang ALLAHdah setkan bakal ada hikmah di sebalik kejadian, juzt kene sabar dan tunggu je, jangan cepat rasa nak marah, sedih atau rasa tak berguna bila kita dilanda masalah, dan musibah.Cik Kaseh perasan sangat, tahun ni cik kaseh banyak sangat menerima dugaan, kalau difikirkan memang rasa dah tak larat dah, putus asa dengan kehidupan, tapi kita tak boleh nak fikir begitu, sebab ALLAH tu memberi dugaan setimpal dengan tahap kekuatan seseorang itu, lagipun tidak dinamakan kehidupan jika tidak dilanda dugaan dan masalah kan?

Minggu ni dan seterusnya menyambung kehidupan dengan penuh ketabahan, ingin terus berdoa agar diri sekuat Sumayyah. Mampu menenangkan diri sendiri dan orang yang berda di sekitarnya, jangan ingat kaunselortidak ada masalah atau tidak diduga, kita semua sama sahaja, makhluk kerdil disisiNYA,  manusia biasa yang tidak pernah sunyi dengan masalah dan dugaan.Kuat dan terus kuat! Berdoa sangat penting. okay, tu saja coretan sedih cik kaseh, takmo wat entry sedih ni panjang-panjang sebab tak best!hehe.. Sambutlah salam sayang dari cik kaseh, doakan cik kaseh terus sekuat Sumayyah okay?



 ♥thanks for reading this entry, I really appreciate it ♥

1 you says:

محمد رازيق said...

salam kenal.. nice netry.. tahniah.. free2, jmput dtg blog sy. jmput bc JIKA dan MANIS :)