tHaNkS!!

Wednesday, July 9, 2008

Novel dia best..tapi filem dia best ker??

Novel : Ayat-Ayat Cinta

ayat2-cinta.jpg

Penulis : Habiburrahman El-Shirazy, Sarjana Al-Azhar University Cairo
Editor : Noraini Abu
Halaman : 503
Harga : RM 22.90

Pemenang pena Award Novel Terpuji Nasional 2005
Pemenang Anugerah Penghargaan The Most Favourite Book 2005

Khabarnya bestseller di Indonesia mengalahkan jualan siri novel Harry Potter.

Sinopsis

Ayat-Ayat Cinta (AAC) seperti mafhum judulnya mengangkat tema cinta 4 segi yang sangat biasa dikisahkan dalam kebanyakan novel popular. Fahri penuntul sarjana berasal dari Indonesia terperangkap godaan cinta 3 wanita. Nurul ; gadis Indonesia yang sama menuntut di Kaherah yang menjadi idaman hati Fahri, Maria : gadis Mesir Kristian Koptik yang tinggal satu tingkat atas dari rumah fahri menyewa. Aisha : wanita berpurdah berdarah Jeman, Turki dan Palestin yang akhirnya menjadi isteri pilihan Fahri. Tidak ketinggalan watak wanita keempat yang menjadikan novel ini satu cerita, Noura ; wanita malang yang didera keluarga (yang akhirnya disedari bukan keluarga kandungnya), kemudian memporakperandakan hidup Fahri akibat menolak cinta nya. (sebelum itu Fahri melalui Maria pernah menyelamatkan Nouri.

Teknik

Plot-plot cerita dibangunkan dengan baik. Dikembangkan sederhana. Penulis tidak terlalu bersusah-payah memberi gambaran lokasi yang menjadi latar cerita ini. Pun begitu ianya masih estetik dan diingati. Pengarang lebih memberi perincian dari sudut nilai, pemikiran dan ideologi dalam naskah ini. Ini terkesan melalui perbahasan-perbahan fikih yang adakalanya diperpanjangkan dengan kadar yang berpatutan. Banyak rujukan nama-dan-judul-kitab dibuat. Ini yang memancing minat saya untuk membaca buat kali yang keseterusnya. Iya , kali pertama untuk tahu cerita. Kali kedua tentunya untuk lebih meneliti ide dan inti nya. Ini yang dipesankan Pak Samad (SN A.Samad Said) kepada penulis muda berbakat besar Faisal Tehrani (tetapi kenapa akhir-akhir ini kuat benar bau syiah dalam karyanya

Penutup yang cemerlang

Dan novel ini ditutup dengan bab yang sangat sadis. Maria yang bermimpi merayau-rayau mahu masuk ke syurga tapi dihalang lantas bertemu dengan Maryam ibu Isa. Bab ni ditulis dengan penuh emosi dan harapan. Hampir saja saya menitiskan air mata. Tanpa bab akhir ini saya kurang pasti adakah impaknya akan sama.

Pak Samad mengkelaskan AAC bersama ‘Ateist’, ‘Bumi Manusia’, ‘Merahnya Merah’, ‘Perburuan’ dan ‘Pulang’. Saya hampir bersetuju kalau dikelaskan dari sudut kejutannya pada dunia sastera Indonesia. Tapi dari sudut kesan dan kebesaran jiwa yang ada dalam AAC saya kira mungkin belum mampu menandingi besarnya Bumi Manusia dan yang seangkatan dengannya.


Filem : Ayat-Ayat Cinta

Filem yang berkisarkan cinta ini mengisahkan seorang mahasiswa Universiti Al-Azhar, Mesir dan beberapa kenalan wanita yang menaruh hati terhadapnya. Namun lebih daripada itu, kisah ini menjalani naik turunnya kehidupan dengan tatacara hidup sebagai seorang yang beragama Islam.

Sejak menuntut di universiti itu, Fahri bersahabat baik dengan Maria, jiran tingkat atas flat pengajiannya, merupakan seorang gadis Kristian Koptik yang mengagumi Islam namun, menaruh hati secara senyap terhadap Fahri.



Keikhlasan hati Fahri, mendorong dia dan Maria membantu Noura, seorang gadis yang sering didera oleh bapa tirinya, Bahadur. Suatu hari, Fahri telah membantu seorang gadis berpurdah yang menjadi mangsa amukan warga Mesir kerana memberi tempat duduk kepada dua warga Amerika yang hampir pitam kerana kepanasan dalam gerabak keretapi.

Fahri kagum dengan keberanian gadis berpurdah itu. Sempat berbual dan sebelum berpisah gadis itu memperkenalkan dirinya dalam bahasa Jerman ‘mein name ist Aisha’.



Suatu hari, Syaikh Ustman, guru tallaqinya bertanya sama ada dia mahu berkahwin atau tidak. Fahri bingung lalu solat istikharah. Bertemu secara taaruf, akhirnya Fahri mengakui jodohnya bersama gadis itu. Dia ialah Aisha.

Namun, perkahwinan dengan Aisha umpama derita terhadap tiga lagi gadis yang menyintainya dalam diam. Tidak cukup dengan itu, Fahri menerima dua dugaan yang paling besar dalam hidupnya.

1 you says:

Jong said...

Salam,
Sila buktikan mana bau syiah dalam karya saya. Kalau saudara bersikap terbuka sdr akan temui Kang Abik pujaan sdr merujuk Saidina Ali sebagai Imam Ali di satu tempat dalam AAC dan juga merujuk kata-kata hikmah 'Sayyidina Muhammad al Baqir' salah seorang imam syiah mazhab 12 ketika Fahri mahu menjimaki/bersetubuh dengan isterinya Aisha.
Jadi, kenapa sdr tdak mengatakan Kang Abik ada unsur syiah.
Sikap sd terlalu bias. Dan saya terkejut sdr melemparkan tuduhan tanpa bukti ini.
Wassalam.