tHaNkS!!

Sunday, February 13, 2011

::Bagaimana menghilangkan keghairahan ini??Tolonggg!!!!::

Assalamualaikum

Untuk pengetahuan semua, entry ini sudah terperap di dalam draft beberapa hari dah, aritu dah type sikit, tup..tup internet wat hal, so aku save je kt draf. Malam ni baru aku berkesempatan untuk meneruskan pertaipan, hehehe..

Ok, kita straight to da point, seperti yang korang ketahui, aku kan ade interview last week?bertempat di Shah Alam. Sesampai jer kat sana aku mengarahkan abangku mencari kedai buku, nak watpe erk?hahaha..aku cadang nak beli buku INSAK mane tau baca last minutes ni ley beri sedikit pertambahan ilmu, so lepas je kuar dari Klang Sentral kiteorang pun mencari la tempat bookstore yang diiktiraf, means yang agak glemer such as MPH or POPULAR. Bleh pulak die tanye aku katner tempat2 cam gitu, padahal aku sangatlah tidak arif ngan jalan2 di Shah Alam itu.

Hampir setengah jam merewang-rewang disekitar situ, then akhirnya kami pegi SACC MALL je, ade MPH disitu, diawal kemasukanku disitu, aku berlagak seakan tidak mahu membeli buku lain selain INSAK. Round punye round, kakiku melangkah laju ke sudut novel! mase ni kegrairahanku terhadap novel-novel berada di tahap 8!rase nak amik kesemua novel yang ada disitu! rase mau amik bakul(eh, ade sediakan bakul ke utk beli buku??). Aku jadi sangat rambang mata+ghairah menatap kesemua buku dan novel pujaanku berada didepan mata. ditanganku sudah ada bua buah novel dari penulis pujaanku RAMLEE AWANG MURSHID, ternampak pulak novel terbaru AISYA SOFEA, camner ni??tolonggggg!!!aku benar-benar gila!!

Ok, mesti korang kate, beli jela buku ape yang diminati, masalahnye sekarang aku hanyalah seorang penganggur terhorma!so, korang boleh la bayangkan tebal mane purse ku itu, dah sememangnya aku tidak ade duit yang banyakpun :( . Tapi dalam ati rase nak beli sume! berangan jela cik fiza oi! Ok, teruskan bercerita, then bila dah amik dua novel tu, iat asal aku untuk membeli buku INSAK hampir terkubur, rase cam tak jadik beli plak, korang nak tau ape ati aku cakap?, camni: watpe beli buku INSAK tu, esok je dah interview, bukannye sempat nak study pun. Aku hampir-hampir tak jadi beli, padahal niat asalku kesini adalah untuk membeli buku tersebut.

Akhirnya aku beli gak buku INSAK tu, biar sama adil, takpela aku pokai, sebab beli benda yang berguna (nak sedapkan ati yang telah kehilangan sedikit duit.hikhik). Dalam menetapkan novel mane yang aku nak beli ni la yang payah sket, lastly aku amik kedua2 novel RAM ;). Then, esoknya lepas interview,abangku yang sudah berkahwin tu pulak nak cari buku anaknye, kan sekarang guna KSSR? so die nak cari exersice book untuk angah, tak banyak buku yg dikehendaki sebab KSSR masih baru. Akhirnya, sekali lagi kami ke tempat semalam, kali ni aku kurang ghairah berbanding semalam, niat dah takmo beli pape kecuali menemankan abangku mencari buku anaknye. Sambil die pegi belek2 buku untuk pelajar, aku ke sudut semalam, hikhik, saje je la, bukan nak beli pun, tapi ghairah tu tetap ader :p. Dan akhirnya, aku tetap memiliki sebuah buku, JANGAN BERSEDIH jilid 2, aku memang dah lame nak beli buku ni, sebelum ni penah jumpa, tapi harganya aku tak mampu, tuptup kali ni jumpe versi yang murah, means, kecik dan kulit bukunya tak tebal. sekarang buku tu jadi peneman aku dimane je aku pegi, aku sangat sukakan buku tersebut, kadang-kadang terpikir, kenape la aku tak jumpa buku ni mase aku dikala kesedihan beberapa minggu lepas? Tapi takpe, sekarang pun boleh gak baca n i so luv it!
yeeha!!ni la buku yang berjaya dibeli, sekarang saya sedikit pokai...hehe. Aku juge berjaya menambah koleksi novel aku yang ada, mau kene beli almari baru pasni.huhu..

::korang mesti pelik, kenapa aku tak suruh je abang-abang aku bayarkan buku yang aku belikan?hehehe, aku memang tak suka nak guna duit dieorang kalau bab beli buku, beli benda len aku leh je perabihkan duit dorang!hehehe...::


::korang ader tips tak untuk kurangkan keghairahan membeli aku terhadap buku-buku ni semua?hikhik...;) ::



♥ Cik Kaseh Kiut ♥

Monday, February 7, 2011

Busy Week

Assalamualaikum

Agak lame aku tidak menhavockan blog ku ini. Agak busy last week n ianya berlarutan sampai this week. Yes!aku memang busy sejak dua menjak nie. Kalau last week busy sebab kaum kerabatku semuanya balik kampung n kami pegi piknik tapi this week aku busy ngan interview n ujian. Ujian apekah??hehehe..aku takmo cerita skrg, nanti bile aku dah berjaya aku citer dan canangkan kat korang ok?ujian ape erk?hahaha..kene amik 8hb nie (esk la)takut gak.

Then 10hb nie seperti yg korang tau aku busy lak ngan interview. Takut siot, dah la tak banyak yang aku baca lagi sebab ade ujian 8hb tu, aku baru baca sket jer..member2 len sumanye dah baca INSAK la, aku??buku insak n temuduga pun tak beli..

8hb-ujian
9hb-bertolak ke shah alam
10hb-temuduga KPM
Balik kampung gajah??aku taktau lagi bile, kene tunggu my abang2 cuti utk hantar g bus station

memandangkan tajuk entryku busy week so aku tak ley nak menaip lelame n panjang2, mau sambung tengok "gemilang" hehehe..bukan nak sambung study utk esk!!

::pliss pray for me::

♥ Cik Kaseh Kiut ♥

Wednesday, February 2, 2011

::Sharing is Caring::

Assalamualaikum

Wah!awak nak kongsi ape tu cik Fiza?huhu...bukan ape, just nak sharing pasal INSAK. INSAK nie untuk mereka yang ingin temuduga KPM nanti, aku saje-saje search pasal INSAK then terjumpe sedikit info atau tips untuk menjawab soalan tu nanti. Tak banyak yang aku jumpa, tapi boleh la sebagai sedikit bekalan untuk menghadapi temuduga itu nanti. Let's check!

Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK)

Rasional

Calon perlu memiliki ciri-ciri sahsiah yang terpuji, positif serta kesediaan yang tinggi untuk memikul tanggungjawab sebagai guru. INSAK merupakan ujian bagi mengesan kesesuaian sahsiah calon untuk profesion keguruan. Komponen ujian ini mengandungi gagasan amanah, taat setia, ikhlas dan dedikasi, kawalan emosi, disiplin, kepekaan, kepimpinan, motivasi, kreatif dan inovatif serta kematangan fikiran. Komponen INSAK merupakan teras dalam MTeST dan calon perlu mencapai tahap yang ditetapkan.

Soalan INSAK : Soalan Negatif

Contoh soalan negatif adalah seperti berikut :

Anda melihat tempat letak kereta pengetua sekolah kosong, anda akan meletakkan kereta di situ

A. Ya

B. Tidak

Jawapannya : Tidak , kerana ia adalah tidak beretika

Jika guru-guru membuat lawak lucah di dalam bilik guru anda akan ketawa

A.Ya

B.Tidak

Jawapan : Tidak, anda tidak ketawa ( soalan ini mempunyai banyak perdebatan tetapi stick to this answer, should be fine )

Kuncinya : Jawap berdasarkan Apa Yang Kementerian Mahu dan Kehendaki

Point-point yang membantu

Untuk menjawab soalan INSAK, saya sertakan di sini tambahan supaya anda lebih yakin dan jelas tentang objektif dan bagaimanakah sepatutnya anda jawab, saya dapati daripada salah seorang pensyarah KPLI di maktab, ingin saya kongsi di sini.

  1. Kegagalan untuk mengenalpasti dan untuk memberikan definasi yang jelas tentang apa yang calon mahu dalam hidup mereka
  2. Sifat bertangguh, dengan bersebab atau tanpa sebab, biasanya digunakan bermacam alasan
  3. Tiada minat untuk mengejar ilmu pengetahuan yang khusus/ specialized knowledge
  4. Sukar membuat keputusan, mempunyai tabiat 'pass kepada orang lain' dalam semua urusan, tidak mahu bertanggungjawab, suka berselindung dan melarikan diri dari masalah
  5. Mempunyai tabiat memberi alasan, tidak pula menyediakan pelan yang khusus untuk menyelesaikan masalah
  6. Cepat berpuas hati. Susah untuk dipulihkan, melainkan dibentuk setiap hari
  7. Terlalu berlembut, tidak tegas untuk menghadapi situasi-situasi yang memerlukan ketegasan
  8. Tabiat suka menyalahkan orang lain untuk kesilapan sendiri, dan menerima semua perkara sebagai takdir dan nasib, tidak mahu berusaha.
  9. Lemah dan tidak mempunyai keinginan yang kuat, tiada motif kukuh untuk berbuat sesuatu, buat sesuatu kerana disuruh oleh orang lain.
  10. Cepat mengaku kalah, langsung tiada ikhtiar untuk cuba selesaikan masalah.
  11. Tiadak sistematik dan tidak mempunyai perancangan, tiada pelan untuk berjaya, pelan tidak ditulis dan tidak dianalisis
  12. Mempunyai tabiat tidak bertindak apabila idea sudah muncul, bertangguh dan tidak suka merebut peluang
  13. Banyak berharap tetapi tidak sanggup untuk ambil risiko
  14. Suka mengambil jalan mudah yang kadangkala menyusahkan
  15. Tidak boleh dikritik, tidak boleh menerima kritikan dan terlalu serius
Credit to: http://kpli2u.blogspot.com/2009/04/kpli-mtest-tips-insak.html

:: Mari kita doakan supaya kita semua boleh lulus dalam temuduga ini. Good Luck All!!

♥ Cik Kaseh Kiut ♥

Tuesday, February 1, 2011

Temuduga KPM

Assalamualaikum..selamat petang

Agak lama aku tidak menconteng sesuatu disini. Bukan busy, tapi taktau nak tulis ape padahal idea nak menulis begitu mencurah-curah (yeker cik fiza??hehe). Okay, arini aku nak ceritakan tentang aku akan temuduga! ini adalah temuduga kali kedua! diulangi, kali kedua okay? temuduga KPM ini bertujuan untuk melayakkan aku bergelar seorang guru.

Seperti yang aku cakap tadi, ini adalah temuduga kedua aku dengan KPM. Kenapa dua kali erk?hahaha..jawapannye kerana aku telah gagal pada temuduga pertama dulu. sedey memang sedih tapi takpe, hidup perlu diteruskan dan semestinya aku mengharapkan ada sinar yang paling baik menantiku selepas temuduga ini.

Temuduga akan diadakan pada 10 Februari 2011 bersamaan hari Khamis. tempat?? kat sekolah yang sama kat Shah Alam. Tak silap aku penah meninggalkan airmataku disitu. wakaka, iyer.. memang ada airmataku di situ satu ketika dahulu. Mungkin pak guard sekolah tersebut menjadi saksi ada pertumpahan airmataku disitu. Pelik, mase tu kenapa aku tak rasa malu erk? padahal ramai gak yang mungkin terperasan mataku bengkak dihari kejadian, kalau korang nak tau kenapa airmataku tertumpah boleh baca kat sini okay?hehe..

InsyaALLAH kali ni aku akan buat betul-betul, mungkin keyakinan ada peningkatan sebab dah penah ada pengalaman temuduga KPM sebelum ni. Lagipun ada kawanku yang nak bagi aku tengok dan study beberapa soalan insak, tapi rasenye tak sempat kot die nak kirim sebab aku dah kene temuduga minggu depan, lagipun dia mungkin busy sebab dah kene posting. kawan-kawanku yang berlapan pun akan melalui pekara yang sama, tapi setakat ni yg aku tahu takde lagi sape-sape yang dapat sama tarikh ngan aku, nanti aku try tanye lagi. hope ada yang sama, bukan ape, sebagai pembakar semangat dan peneman aku waktu temuduga nanti.

Temuduga ni jugak adalah harapan aku untuk bergelar guru. kalau ikutkan memanglah agak malu sebab untuk pengetahuan, member-member aku yang lepas temuduga hari tu telah pun tahu penempatan mereka sedangkan aku baru nak pegi temuduga semula, so agak lambatlah aku posting berbanding mereka nanti. Tapi takpe, hope semuanya berjalan dengan lancar dan baik. Semoga tiada lagi halangan yang terlalu sukar untuk aku tempuhi sewaktu temuduga. doakan aku berjaya dalam temuduga ini nanti okay?

tu la name sekolah tersebut..hikhik


:: Ya ALLAH Ya Tuhanku.. KAU permudahkanlah segalanya dan berilah hambamu ini kekuatan untuk menempuhi segalanya, Amin Ya Rabbal Alamin...

♥ Cik Kaseh Kiut ♥