tHaNkS!!

Wednesday, February 2, 2011

::Sharing is Caring::

Assalamualaikum

Wah!awak nak kongsi ape tu cik Fiza?huhu...bukan ape, just nak sharing pasal INSAK. INSAK nie untuk mereka yang ingin temuduga KPM nanti, aku saje-saje search pasal INSAK then terjumpe sedikit info atau tips untuk menjawab soalan tu nanti. Tak banyak yang aku jumpa, tapi boleh la sebagai sedikit bekalan untuk menghadapi temuduga itu nanti. Let's check!

Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK)

Rasional

Calon perlu memiliki ciri-ciri sahsiah yang terpuji, positif serta kesediaan yang tinggi untuk memikul tanggungjawab sebagai guru. INSAK merupakan ujian bagi mengesan kesesuaian sahsiah calon untuk profesion keguruan. Komponen ujian ini mengandungi gagasan amanah, taat setia, ikhlas dan dedikasi, kawalan emosi, disiplin, kepekaan, kepimpinan, motivasi, kreatif dan inovatif serta kematangan fikiran. Komponen INSAK merupakan teras dalam MTeST dan calon perlu mencapai tahap yang ditetapkan.

Soalan INSAK : Soalan Negatif

Contoh soalan negatif adalah seperti berikut :

Anda melihat tempat letak kereta pengetua sekolah kosong, anda akan meletakkan kereta di situ

A. Ya

B. Tidak

Jawapannya : Tidak , kerana ia adalah tidak beretika

Jika guru-guru membuat lawak lucah di dalam bilik guru anda akan ketawa

A.Ya

B.Tidak

Jawapan : Tidak, anda tidak ketawa ( soalan ini mempunyai banyak perdebatan tetapi stick to this answer, should be fine )

Kuncinya : Jawap berdasarkan Apa Yang Kementerian Mahu dan Kehendaki

Point-point yang membantu

Untuk menjawab soalan INSAK, saya sertakan di sini tambahan supaya anda lebih yakin dan jelas tentang objektif dan bagaimanakah sepatutnya anda jawab, saya dapati daripada salah seorang pensyarah KPLI di maktab, ingin saya kongsi di sini.

  1. Kegagalan untuk mengenalpasti dan untuk memberikan definasi yang jelas tentang apa yang calon mahu dalam hidup mereka
  2. Sifat bertangguh, dengan bersebab atau tanpa sebab, biasanya digunakan bermacam alasan
  3. Tiada minat untuk mengejar ilmu pengetahuan yang khusus/ specialized knowledge
  4. Sukar membuat keputusan, mempunyai tabiat 'pass kepada orang lain' dalam semua urusan, tidak mahu bertanggungjawab, suka berselindung dan melarikan diri dari masalah
  5. Mempunyai tabiat memberi alasan, tidak pula menyediakan pelan yang khusus untuk menyelesaikan masalah
  6. Cepat berpuas hati. Susah untuk dipulihkan, melainkan dibentuk setiap hari
  7. Terlalu berlembut, tidak tegas untuk menghadapi situasi-situasi yang memerlukan ketegasan
  8. Tabiat suka menyalahkan orang lain untuk kesilapan sendiri, dan menerima semua perkara sebagai takdir dan nasib, tidak mahu berusaha.
  9. Lemah dan tidak mempunyai keinginan yang kuat, tiada motif kukuh untuk berbuat sesuatu, buat sesuatu kerana disuruh oleh orang lain.
  10. Cepat mengaku kalah, langsung tiada ikhtiar untuk cuba selesaikan masalah.
  11. Tiadak sistematik dan tidak mempunyai perancangan, tiada pelan untuk berjaya, pelan tidak ditulis dan tidak dianalisis
  12. Mempunyai tabiat tidak bertindak apabila idea sudah muncul, bertangguh dan tidak suka merebut peluang
  13. Banyak berharap tetapi tidak sanggup untuk ambil risiko
  14. Suka mengambil jalan mudah yang kadangkala menyusahkan
  15. Tidak boleh dikritik, tidak boleh menerima kritikan dan terlalu serius
Credit to: http://kpli2u.blogspot.com/2009/04/kpli-mtest-tips-insak.html

:: Mari kita doakan supaya kita semua boleh lulus dalam temuduga ini. Good Luck All!!

♥ Cik Kaseh Kiut ♥

0 you says: