tHaNkS!!

Sunday, May 8, 2011

Teman Penyeri dan Teman Bergaduh Saya

Assalamualaikum w.b.t


Okay, hari ini 08 May 2011 ( ahad ) adalah HARI IBU, tapi memandangkan Fiza panggil my mum MAK, i tukar jadik HARI MAK boley?hehe.. Entry ini adalah entry terpengaruh dengan blog-blog kawan-kawan lain yang kebanyakkannya menulis tentang ibu mereka (tak caya, sila blog walking yer?)

Emak saya bernama PUAN MIZAN BINTI ABDULLAH, dilahirkan pada 18 Februari 1949, memiliki sembilan orang anak yang terdiri daripada 6 orang lelaki dan tiga orang perempuan. Kini emakku mempunyai 9 orang cucu pula yang terdiri daripada 4 lelaki dan 5 perempuan, can u imagine? bagaimana seorang emak mampu menjaga 9 orang anak yang jarak umurnya tidaklah terlalu jauh, ditambah pula kesemuanya agak nakal semasa kanak-kanak (except me!hehe). Tapi tu lah mak, boleh je jaga anak-anaknya yang bersembilan ini, jaga sampai masing-masing berjaya membesar dengan sihatnya!hehe

Fiza adalah anak perempaun kedua akhir, dah namanya pun anak pempuan, memang rapat la dengan mak kan? Di akui, mak Fiza adalah penyeri kehidupanku! tanpa dirinya siapalah Fiza ni kan? Tanpa restunya juga, tiadalah kejayaan dalam kehidupanku ini (huhu..ayat sedih..). Dah macam-macam pesanan yang diberikan olehnya, tapi masih ada yang tidak ku ikuti (ko memangkan Fiza?hehe..) Bebelannya juga telah acapkali kudengari, tapi Fiza kene faham, bebelan seorang ibu tu bukan untuk keburukan, tetapi kebaikan tau, apa yang dibebelkan tu sebenarnya untuk kebaikan diri sendiri, tapi sang anak?hehe..

Emak juga teman bergaduhku! iyer, memang benar! Fiza selalu gaduh gak ngan mak, kadang-kadang diakhiri dengan gelak ketawaku yang kuat, contoh:

saya: "mak, tak masin la lauk ni..."
mak:" dah, tak payah letak garam banyak-banyak, masin dah"

saya: "mane ade manis air ni mak"
mak: udah manis, kamu jer tak rase"

saya: " cantik jer kaler baju nih, sesuai jer ngan tudung mak ni"
mak: " tak sesuai, mak nak pakai tudung lain"

saya : " tak payah beli la mak"
mak "beli la, karang bukan singgah sini dah"

Ini baru sebahagian kecil gaduh manja kami anak beranak, asiklah tak sehaluan!hehehe, tapi mungkin tu la faktor membuatkan kami rapat kot, ketiga-tiga kami (anak perempaun) sangat rapat ngan mak. Anak lelaki pun rapat gak (nak suh mak masak lauk feveret la tuh!hehe..). Tu belum lagik cik Fiza ni kene perli ngan mak, penah jer kene sound, nak tau mak penah sound Fiza ape? " dari baca novel tu sampai pukul 2 pagi, baik baca al-quran! (hehe..amik ko Fiza) Fiza pun penah nak sound manja mak. Mak adalah seorang pengemar jantung pisang rebus, tetapi dirinya tidak boleh makan makanan tersebut(faktor kesihatan), tapi nak jugak, penah cakap gini ngan mak " jangan makan jantung pisang tu, karang mak sakit," tapi di belakangku mak makan gak!hehe

Fakta tentang mak saya ialah:

1. Seorang pembuat nasi lemak yang sangat superb!cucunya pernah makan dua hari berturut-turut nasi lemak yang sama, manakala anaknya mau tapau bawak balik rumah!hehe.

2. Mak jugak pembuat kuih seri muka yang paling sedap berkrim disukai ramai, namun anaknya hanya tahu makan dengan jayanya, lebih-lebih lagi cik tuan tanah :)

3. Gulai tempoyak mak jugak sangatlah yummy!cukup rasa! abah akan makan lebih kalau mak yang masak, tapi bila saya masak abah makan sket jer, kenape yer?hahaha...

4. Emak seorang yang sangat anti ikan keli, tapi mampu memasak ikan keli sesedap-sedap alam!

5. Kesimpulannya, mak memang tukang masak paling best!

Oh yer!tiada sambutan hari emak untuk tahun ni, actually kami memang jarang pun celebrate, mak pun tak suke katenye, bufday tahun ni pun die marah amik gambar die and kek bufday pun takmo potong!hehe. For me, sebenarnya, hari-hari adalah hari emak, hari-hari juga adalah hari ayah dan hari-hari juga adalah hari kasih sayang!

buah hati pengarang jantung Fiza...:) (see, sgt malu bila bergambar :p)

Hadiah buat mak :)

:: Mak memang tak baca blog Fiza ni, tapi mak tau, anaknya seorang blogger tegar! (tegar ker?hehe) ::


♥ Cik Kaseh Kiut ♥

3 you says:

Adeela Oh Lala said...

entry yg sangat panjang pasal mak! :P
slmt hr ibu.

Kasih Zulaikha said...

hahaha..memang suke merepek2 dlm blog..hehethanks read :)

mama aini said...

`hepi belated mother`s day` buat mak awak ya...salam kenal dari mama..