tHaNkS!!

Tuesday, April 5, 2011

Terpukau kata-kata, nasihat dan ayatnya...

Assalamualaikum...

Hai all my readers. korang sihat tak?lamekan cik fiza tak update blognya inikan? Fiza tak berapa ada idea la, lagipun bukan semua benda leh citer kat sini, nanti boleh mendatangkan kontroversi!. Ok, sebenarnye entry ni memang dah lame fiza nak tulis,eh!bukan tulis, tapi type yer? Lupe lak nak tanye, ok tak kalau guna nama sendiri sebagai ganti diri fiza dalam ni?sekarang ni taktau nak guna fiza atau saya semasa menulis dalam blog ni. Dulu, memula guna perkataan saya, tapi rase cam formal lak, pastu tukar plak aku, kasar lak bunyiknyer. Fiza tak penah guna sebenarnya perkataan aku ni dalam kehidupan so memang aku kene buang jauh, dan sekarang guna nama sendiri iaitu fiza, rase cam mengada-ngada lak, tapi takpela, try dulu.

Alamak! terjauh plak melencongnya dari perbualan asal kitakan?Ok, fiza straight to the point, sapekah orang yang fiza maksudkan dengan tajuk entry di atas? korang rase sape erk?artis manekah yang telah membuat fiza terpukau dengan kata-katanya? Sebenarnye, bukanlah artis, die orang biasa macam kita gak tapi ada banyak kelebihan, beliau seorang blogger yang sangatlah pandai memberi kata-kata nasihat yang amat berguna bagi pendapat fiza la. Orang tersebut ialah En.Hami Asraff, bukan asraff muslim pelakon pujaanku itu. Okay, fiza tau rata-rata girl-girl yang kaki blogger ni kenal beliau dan mungkin sangat meminati beliau, betui dak?(ayat en,hami)hehe..menjadi pujaan hati kot si blogger ini.

header beliau :)

Ok, fiza bukan mau cerita tentang pempuan yang dok syok kat die, just fiza nak share kat korang cara penulisannya yang bagi fiza sangatlah tiptop!. Fiza sebenarnye baru gak foolow beliau kat blognya, secara tak sengaja pun. Masa tu fiza tengah online kat FB, ada kawan yang like page die, so dari situ barulah fiza terperasan kewujudannya, agak ketinggalan lah jugak, baru awal tahun ni kot. First entry yang fiza baca dan buat fiza rase terkesima adalah entry beliau yang bertajuk ujian itu penyembuh. moga ibuku segera sembuh Memang memberi kesedaran buat diri ini. Lagipun masa tu fiza memang ditimpa pelbagai masalah dan masalah yang paling berat masa tu bila fiza gagal dalam temuduga. Rentetan dari itu, banyak masalah lain yang timbul. mase tu rasa sangatlah down!sangat stress. Dan selepas membaca entry inilah fiza mula tanamkan kesabaran yang lebih tinggi dalam diri ini. banyak sungguh kata-kata semangat yang wujud disetiap entry beliau. Lepas tu memang fiza baca semua entrynya, banyak kata-kata semangat, nasihat dan kata semangat yang membolehkan pembaca yang sedih macam fiza boleh mulakan kehidupan baru!hehe..dashyatkan? Oh ye, dalam entrynya juga disisipkan lagu Muhasabah Cinta (telah menjadi lagu feveretku kini tau..hehe)

Selain tu, fiza add die dalam fb, dan kalau korang nak tau, hampir setiap status die yang berunsur nasihat, kata-kata semangat fiza like. Lagipun memang beliau banyak menulis kata nasihat yang membina dan sangat berguna buat diri ini. Lagi satu menyedarkan kita yang mungkin alpa dalam menjalani kehidupan sehari yang sepatutnya berlandaskan agama islam.

Lagi satu, beliau ni memang suka guna perkataan yang panjang means beliau tak suka singkatan perkataan. korang peratikan ayat dalam entrynya, semuanya ejaan penuh. beliau katanya tak suke guna ringkasan. Bagus! fiza juga sedang cuba ikutinya. sepatutnya, fiza ni bakal guru Bahasa Melayu tidak menggunakan ringkasan perkataan ataupun percampuran bahasa. Sekarang fiza cuba sedikit-demi sedikit. Indah sebenarnya taip tidak guna ringkasan ni. Korang tengok, banyak gak perubahan bahasa entry baru-baru fiza dengan entr lama-lama dulu.

Ok, tu jer nak cerita. korang yang tak pegi lagi blog beliau sila la pegi. seronok dan banyak memberi pengajaran dan kata-kat nasihat. Oh ya! fiza bukan puji lelebih ni sebab nak cari glamor murahan pun. just mahu berkongsi sesuatu yang baik. Lagipun fiza ni hanya penulis picisan yang mengupdate blog sebulan sekali, So memang tak ada siapa yang perasan dengan penulisan murah seperti ini.

::hanya mengagumi bahasa, nasihat, pengajaran dan kata-kata dalam setiap entrynya. Berguna buat diriku yang pernah "jatuh" satu ketika dulu dan dalam proses untuk "bangun"::


♥ Cik Kaseh Kiut ♥

3 you says:

blog cik ieja said...

sudah selesai membalas tag dari kamu...

Hami Asraff هامي أشرف ™ said...

Err, baru jumpa entri ini. Terima kasih banyak-banyak. Sangat terharu.

Kasih Zulaikha said...

wah..rase cam mimpi en Hami komen disini..thanks yer..teruskan berblogger!