tHaNkS!!

Friday, April 15, 2011

::Terkantoi Yang Terharu::



Assalamualaikum...

Lamenye tuan tanah meninggalkan tanah jajahannya kan? Korang sihat?tuan tanah bertambahlah sihatsejak dua menjak ni. Hari ni takde la citer yang best sangat fiza nak kongsi pun just nak bagitau yang fiza dah terkantoi ngan seseorang. Seseorang itu siapakah yer? Korang ingat lagi dengan entry ini?so fiza dah terkantoi dengan orang yang fiza kagumi dalam entry ini. Rasa terharu yang teramat okay!

Mesti korang kate, poyonya fiza kan? sebab hal kecik ni pun nak terharu bagai? Tapi, tu la hakikatnya, fiza rase terharu dan seronok bila En. Hami terbau entry penghargaan fiza terhadap beliau. Seorang blogger glemer menyapa blogger baru+picisan sepertiku ini..memang happy tahap dewa la! Dan fiza tak sangka lak die boleh detect entry tersebut. Setahu fiza blogku ini tak berapa nak timbul kalau search kat google. hahaha...betapa tak menonjolnya diriku dalam dunia berblog ini. Lagipun kalau korang tengok, setiap entry fiza ni memang susah kot orang nak komen, tapi takpe, fiza berblog bukan mahu orang komen ataupun mengejar keglemeran (ade tak imbuhan begini?). Tujuan fiza hanyalah mahu berkongsi rasa, berkongsi ilmu, meluahkan apa yang dirasa walaupun bukan semua sesuai untuk diluahkan disini. Fiza suka menulis di blog salah satu sebabnya adalah mengasah bakatku dalam bidang penulisan. Mane tau pasni boleh bergelar seorang novelis pulak( berangan sangat kuat tuah tanah ni kan?)

Back to the entry, okay, tak silap beliau telah terbau entry pengahrgaanku terhadapnya dua hari lepas kot, siap type dalam facebooknya (mention my name tau) hehe... mase tu saya sangat terharu. Korang tengok ni okay?

korang click untuk tumbesaran okay??

En. Hami memberi komennya di blogku yang tidak glemer itu!terharu...

Okay, itu jer nak citer (la..tu je ker?tak la gempakpun erk?). tapi seriously fiza cakap, tujuan fiza buat entry tu bukan untuk glamer or tumpang glemer, tapi memang fiza kagumi hasil setiap entrynya di blog, setiap statusnya di facebook, sangat memberi manfaat kepadaku. Just macam tak percaya, blog tak glemer telah dihidu oleh orang yang glemer. So, yang tak pegi lagi blog beliau, sekali lagi kusarankan supaya pergi, banyak entry-entry yang berbau islamik yang benar-benar boleh menaikan kembali semnagat seseorang yang mungkin jatuh. Selain tu, ade gak entry yang memberi pengetahuan berguna kepada kita.

:: Masih terharu..(^___^) ::

♥ Cik Kaseh Kiut ♥

0 you says: