tHaNkS!!

Thursday, January 27, 2011

Rindu Zaman Itu

Assalamualaikum..selamat malam..

Tetiba aku rasa rindu ngan zaman persekolahan aku..Lebih-lebih lagi zaman aku bergelar sweet 17...hehehe..sweet ke? Masa tu aku di kelas 5 Kemanusiaan di SMKDSML..seronok dok kelas tu..walaupun tak dapat kelas sains tapi ok what aliran sastera ni?kalau tak takl aku suka dengan dunia penulisan ni, so takde lah blog ni kan?huhu..melalut-lalut lak aku..

Ok, straight to da point aku memang merindui saat bergelar pelajar. Masa tu rasa sangat enjoys dengan member-member sekelas. ada macam-macam peel, yang kaki meniru, kaki kentut, kaki study, dan macam-macam kaki yang lain lah. Aku?? aku kaki skema!hahaha..kenapa aku berkata gitu?sebabnye masa aku tingkatan4 dan 5 aku dok depan!skema kan?tapi takpe, orang kata dok depan kalau dalam kelas nie berkat..hehehe

banyak kenangan manis+ pahit masa aku tingkatan 5. Tapi kebanyakkan kenangan yang tercipta adalah kenangan manis. Belajar menjadi manusia, belajar bercinta, belajar mengenali mana lawan dan mana kawan. Aku tau, semua orang mesti cakap zaman sekolah lah zaman terindah sekalikan?memang banyak kerja sekolah+banyak masalah, tapi masih boleh main-main dan tak terlalu memikirkan secara serius. Tak macam sekarang, semua benda melibatkan diri perlu difikir secara serius.

Aku terpanggil untuk menulis kenangan ini di sini kerana kebanyakkan kawan2 aku nie dah ada kehidupan sendiri, hampir kebanyakkan kawan sekelas aku ni ada Facebook, so kami still keep in touch walaupun tidak semesra dulu. Ada yang sudah bekerja, ada yang masih belajar, ada yang masih menganggur(aku la tu), ada yang sudah bergelar ibu dan bapa, ada yang hepi dan ada yang belum hepi(aku lagi la tu).

Nie bestfren aku masa sweet 17, memang sweet pun =)


teringat masa ambil subjek rekacipta, kami kena buat satu barang/bahan berkenaan tema yang kami pilih. masa tu aku ambil tema pengeringan, so kena buat la satu benda untuk mengeringkan sesuatu. masa tu banyak sangat kesusahan yang aku alami, kami bukan je kena buat bahan tu, tapi kene siapkan folio dia dari A TO Z, so memang agak sukar la, tapi bile difikirkan sekarang, benda tu tak la susah sangat kalau buat dari awal. nie aku buat dah suntuk, same la ngan dorang nie..hehehe...Korang ingat cikgu yang mengajar subjek ni?huhuhu

kenangan LASBELA ke perlis. kami kamceng. i miss this time

Berkenaan subjek plak, aku memang sangat menyukai subjek sastera..memang suke sangat la, lebih-lebih lagi kalau dapat lakonkan genre drama..hehehe..agaknya tu la sebab aku jadi cikgu sastera kot! aku belum jadi lagi, tapi bakal jadi guru,major memang la kaunseling, tapi minor aku bahasa melayu+sastera. kira boleh la kan?hehe

wajah terbaru budak 5k (yg ada fb)
  • latok: aku taktau la die watpe skrg..last kami contact tahun lepas, die byk kali gak kol aku tapi sowi yer latok..asik la tak pasan..ko watpe skrg?hehe
  • Dilla:die dah keje ngan org pertanian kat pahang..status?single lagi klu tak silap..kalu silap ampon dila..hikhik
  • nan: die dah jadik org kuat kat Putrajaya..dapat keje gomen la katekan..huhu..dgr citer nak bertunang
  • shahir: keje kat Proton, tul kan shahir?dah kapel pon..ko bile nak kawen?huhu
  • Acan: ade kat kampung, seorang abang yang bertanggungjawab..jaga famili =)
  • Ekin: Newly mama kawanku yg sorang nie..name anak dier danish
  • siti habsah: ade kat kampung gak, wat bisnes, lame tak jumpe
  • yana: die dok sebelah mase form5..cantik budaknye =) single ke tak erk?huhu..pun dah keje, kt putrajaya
  • Lea: my bestfren actually tapi pas kawen lost contact..dimana dirimu lea?
  • Hafiz: dah berpunya occay!dengar citer dah benti keje sbb dpt job lebih baik..incik pulis
  • Eja: pun dah keje, tak key ell gak..mizz u, dah berpunya..lame dah kapel nih..
  • nasrul: die bapak budak gak..=)
  • Bada: ni budak lelaki kelas aku yg paling awl tawen..sorg anak dah.
  • Syamira: keje kat kl, status?tak dapat dikesan..
  • amran:die paling jarang online fb, so tak bape tau pasal diri die
  • elly: minah kepoh yg berhati baik(aku bodek bleh)..girlfren orang, budak johor =)
  • aku:single n available, belum bekerja(sedey siot nak type) seorg minah jiwa-jiwa..hikhik
Habis tingkatan 5 yang sungguh indah dengan pelbagai kenangan, aku diterima berada di tingkatan 6. aku bersekolah di SMKSAJS kat seberang perak. Actually dah malas nak sekolah pada mulanya kerana aku dimomokkan bahawasanya STPM itu sangatlah sukar! lagipun rumah aku agak jauh dari sekolah ni. Akhirnya dapat duduk rumah sewa bersama 3 orang clasmateku So memang kami terpaksa independant. tapi tak sangka tingkatan 6+ duduk rumah sewa ni memberi kenangan yang tak kurang menariknya. macam-macam yang aku lalui, jalan kaki tengah panas la, kena memasak la, tu belum lagi kene intai! hehehe. memang kenangan la semua tu.

dah masuk tingkatan 6 nie usaha dan kesungguhan kena berlipat kali ganda. aku ni bukan la rajin sangat, juz aku suka buat nota kecil2 je masa ni, ngan kaler paper lagi. mase ni rasa seronok sebab digelar PRA-U. kembang jer rasa..hahaha..lagipun cikgu yang mengajar tak terlalu garang dan buat kami macam kawan.

6 atas 4

Nasib baik la aku dapat gak masuk u, padahal keputusan aku tak la terlalu flying kaler cam orang lain. Oh ya! aku penah terlintas nak amik STPM balik masa nie, ingat tak dapat masuk mana-mana u, at last mungkin dah rezeki aku dapat masuk UUM dendan kursus PENDIDIKAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DENGAN KEPUJIAN. eh! ini bermakna dunia aku memang di sekolah! pasni akan berada di sekolah, juz bertukar status, jika dulu sebagai PELAJAR tetapi akan datang sebagai PENGAJAR. InsyaALLAH.. doakan aku cepat posting, walaupun aku tahu, kawan2 yang lain semuanya dah posting, mungkin belum rezeki aku lagi. InsyaALLAH,ADA REZEKIMU SATU HARI NANTI.

:: mereka semua sudah ada kehidupan masing-masing, harap hubungan persahabatan ini berpanjangan walaupun tidak lagi bersua muka

♥ Cik Kaseh Kiut ♥

0 you says: