tHaNkS!!

Saturday, April 23, 2011

orang nak, die pun nak jugak...bagikan!

Assalamualaikum w.b.t

Koranggg.....lamekan fiza tak update blog?so, alasan yang sama, masih hijau dalam berblogging, jadi kuranglah ideanya, lagipun bukan ade yang nak bacakan?fiza gak yang baca sorang-sorang dan tersenyum sorang-sorang. Ade gak yang kata perbuatan tersebut dinamakan syok sendiri. Takpela, fiza syok sendiri ngan belog kesayangan fiza gak, bukan orang lain.

Fiza memang dah lame berminat nak buat lilypie dan daisypath stickers ni, nampak cute dan comel je kan?tapi tengok kat blog orang lain semuanya tentang tempoh kapel dorang, tempoh peknen, tarikh aniversary dan birthday anak@ wife atau asben, so, kesemua ciri-ciri di atas MASIH BELUM DIMILIKI oleh diriku, tu yang malas nak create, tapi nak gak wat Daisypath tersebut,but sekarang dah ramai gak buatbenda ni tapi tak ade kene mengena ngan tarikh-tarikh seperti di atas, ada yang buat tempoh berblogging, birthday diri sendiri (bukan bertujuan apa-apa ok?hehe) so fiza putuskan buat APA YANG DIMILIKI je lah dulukan? such as?? korang tengoklah sendiri pic kat bawah ni nanti ok? Ape la fiza ni, orang dah berkurun buat benda alah ni, ko baru nak buat?(mesti korang kate gitukan) memang nak buat lame dah, tapi subjek tempoh, pengiraan tu tak ade, memandangkan diriku masih solo (time tu, paling glemer orang buat tarikh couple kat daisypath ni)

ni la yang dinamakan, orang nak buat die pun nak buat jugak!, saje-saje jer, tak memberi apa-apa tujuan pun, buat memberatkan blog je (eh! boley wat beratkan blog ke erk?). Ok, itu jer entry simpleku untuk malam ini. janji berupdate, kalau seseorang tu baca mau kene lahar sebab fiza wat entry kurang berkualaiti seperti ini. Pedulik ape, ni my own blog, so boleh buat ape jer yang landlord suke, hehe (evil smile)



♥ Cik Kaseh Kiut ♥

::tiada nota kaki or nota tangan utk kali ini, noktah!::

Friday, April 15, 2011

::Terkantoi Yang Terharu::



Assalamualaikum...

Lamenye tuan tanah meninggalkan tanah jajahannya kan? Korang sihat?tuan tanah bertambahlah sihatsejak dua menjak ni. Hari ni takde la citer yang best sangat fiza nak kongsi pun just nak bagitau yang fiza dah terkantoi ngan seseorang. Seseorang itu siapakah yer? Korang ingat lagi dengan entry ini?so fiza dah terkantoi dengan orang yang fiza kagumi dalam entry ini. Rasa terharu yang teramat okay!

Mesti korang kate, poyonya fiza kan? sebab hal kecik ni pun nak terharu bagai? Tapi, tu la hakikatnya, fiza rase terharu dan seronok bila En. Hami terbau entry penghargaan fiza terhadap beliau. Seorang blogger glemer menyapa blogger baru+picisan sepertiku ini..memang happy tahap dewa la! Dan fiza tak sangka lak die boleh detect entry tersebut. Setahu fiza blogku ini tak berapa nak timbul kalau search kat google. hahaha...betapa tak menonjolnya diriku dalam dunia berblog ini. Lagipun kalau korang tengok, setiap entry fiza ni memang susah kot orang nak komen, tapi takpe, fiza berblog bukan mahu orang komen ataupun mengejar keglemeran (ade tak imbuhan begini?). Tujuan fiza hanyalah mahu berkongsi rasa, berkongsi ilmu, meluahkan apa yang dirasa walaupun bukan semua sesuai untuk diluahkan disini. Fiza suka menulis di blog salah satu sebabnya adalah mengasah bakatku dalam bidang penulisan. Mane tau pasni boleh bergelar seorang novelis pulak( berangan sangat kuat tuah tanah ni kan?)

Back to the entry, okay, tak silap beliau telah terbau entry pengahrgaanku terhadapnya dua hari lepas kot, siap type dalam facebooknya (mention my name tau) hehe... mase tu saya sangat terharu. Korang tengok ni okay?

korang click untuk tumbesaran okay??

En. Hami memberi komennya di blogku yang tidak glemer itu!terharu...

Okay, itu jer nak citer (la..tu je ker?tak la gempakpun erk?). tapi seriously fiza cakap, tujuan fiza buat entry tu bukan untuk glamer or tumpang glemer, tapi memang fiza kagumi hasil setiap entrynya di blog, setiap statusnya di facebook, sangat memberi manfaat kepadaku. Just macam tak percaya, blog tak glemer telah dihidu oleh orang yang glemer. So, yang tak pegi lagi blog beliau, sekali lagi kusarankan supaya pergi, banyak entry-entry yang berbau islamik yang benar-benar boleh menaikan kembali semnagat seseorang yang mungkin jatuh. Selain tu, ade gak entry yang memberi pengetahuan berguna kepada kita.

:: Masih terharu..(^___^) ::

♥ Cik Kaseh Kiut ♥

Sunday, April 10, 2011

Berakhirnya Sebuah Trilogi Cinta

Assalamualaikum...

Uwaaa...drama ni dah tamat la weh, tak best la pasni kan? Ni untuk korang yang memang kaki tonton drama Trilogi Cinta, yang tak tengok mesti taktau hujung pangkalkan? Semalam adalah episod terakhir drama ni, 40 episod kesemuanya. Bagi fiza, okay la endingya..tapi bley tak nak cakap "we want more"hehe. Fiza, adik ngan mak dah stanby depan tv dari pukul9 lagi ok?tak sabar punye nak tengok (tapi sebenarnye ade sehati sejiwa khas TC sbb tu kul 9 dah terpacak..hehe). Oh yer, sebelum ni kalau korang perasan, fiza dah penah buat entry pasal drama best ini, korang pegi sini dan sini okay?

So, pasni pasti malam-malamku tiada seri lagi tanpamu TC la kan?(over lak cik fiza ni) lebih-lebih lagi tanpamu abg Bad!. Memang drama ni menjadi satu fenomena pun kat Malaysia ni(bersungguh lak ayatku ini). Disebabkan drama ini gak la fiza percaya ramai gadis diluar sana gila bayang dengan Bad kan? ke korang suke Razif? Kalau tanye si landlord ini opkos la fiza sukeee kat Badrul lebih!hehe.. disebabkan itu jugak, fiza gigih cari FB si pelakon ini, tuptup kat fanpage TC dah gtau fb die, tanpa menunggu masa yang lame saya terus add as freinds, dan tak disangka-sangka, tak amik masa lamapun telah diapprove my request..so memang kuasa dua suka la kat dia. Selalu gak fiza menempek kat wall die, bagus gak si Yus waizar ni, jenis layan peminat gak la, kalau conteng wall die tu ade gak die balas.

Selain suke conteng wall si Bad ni, fiza suke gak lepak dan conteng wall TC, pun best sebab selalu dapat respon dari ahli fanpage TC itu sendiri,sangatlah frendly, dorang pun gegila suke ngan drama ni. Walaupun dari feedback, ramai yang agak kurang berpuas hati ngan edingnya yang seakan tergantung, tapi bagi pendapat fiza, okay la ending camtu, heppy endingkan walaupun tak ditunjukkan secara lebih detail betapa happynya kehidupan si Razif ngan Norjinah dan si Bad ngan Seha. Lagipun tengok Sehati Sejiwa sebelum citer ni, Rosyam Nor ade bagitau, akan ada sambungan TC sebanyak 26 episod. I cant wait for this drama untuk ambunganya, dan dikatakan sambungannya sama dengan terbitnya novel kesinambungan novel ke4 Sharifah Abu Salem (agak terbelit ayatku ini..hehe..korang fahamkan?). Takut gak nanti sambungan TC yang kedua mesti lebih memberi tekanan kan? mau lebih menuntut airmata penonton kot..hehe dan semestinya memberi fenomena lain berbanding TC yang first ini.

para pelakon TC..semuanya best! dan sesuai dengan watak (pic credit to:fb fanpage tc)

tak suke part ni!hehe (pic credit to:fb fanpage tc)

lakonan si Bad a.ka. Yus waisar yang superb! anda sesuai dengan watak tersebut..hehe (pic credit to:fb yuswaizar)

Oh yer!, aritu fiza kan dok cari satu lagi lagu tema drama ni?ala..tajuk die Lafazkanlah- Rahayudean. Korang nak tau?dah tercapai cita-citaku untuk memiliki lagu ini. Kan memang dah lame fiza dok cari lagu ni?tapi memnag takde dari mana-mana website, tapi akhirnya, semalam dapat gak lagu ni, ade sorang ahli dari fanpage TC yang bagi link..i like!.. fiza dah download dengan jayanya semalam, bukan setakat mp3 tapi mp4 nya jua. So, fiza nak share la dekat sini videoclipnya


for me..lagu ni sangat menyentuh kalbu..i terbayang abg Bad!hehe

Okay la, fiza sebenarnye tak ada idea nak update blog, so, dari tak berupdate, elok gak fiza citerkan ending pasal drama ni kan?Korang yang tak tengok teramatlah rugi..serius fiza cakap. ke korang memang tak layan drama jiwang-jiwang?lagipun tv1 yang tayang, memang kurang peminat la kan? Tapi bagi fiza, drama kat tv1 ngan tv2 ni banyak yang best-best dan berkualiti, tapi mungkin kurang pomosi dan sambutan dari penonton.

:: Cik fiza gila bayang ngan si Bad la weh?caner?hikhik...::

♥ Cik Kaseh Kiut ♥

Tuesday, April 5, 2011

Terpukau kata-kata, nasihat dan ayatnya...

Assalamualaikum...

Hai all my readers. korang sihat tak?lamekan cik fiza tak update blognya inikan? Fiza tak berapa ada idea la, lagipun bukan semua benda leh citer kat sini, nanti boleh mendatangkan kontroversi!. Ok, sebenarnye entry ni memang dah lame fiza nak tulis,eh!bukan tulis, tapi type yer? Lupe lak nak tanye, ok tak kalau guna nama sendiri sebagai ganti diri fiza dalam ni?sekarang ni taktau nak guna fiza atau saya semasa menulis dalam blog ni. Dulu, memula guna perkataan saya, tapi rase cam formal lak, pastu tukar plak aku, kasar lak bunyiknyer. Fiza tak penah guna sebenarnya perkataan aku ni dalam kehidupan so memang aku kene buang jauh, dan sekarang guna nama sendiri iaitu fiza, rase cam mengada-ngada lak, tapi takpela, try dulu.

Alamak! terjauh plak melencongnya dari perbualan asal kitakan?Ok, fiza straight to the point, sapekah orang yang fiza maksudkan dengan tajuk entry di atas? korang rase sape erk?artis manekah yang telah membuat fiza terpukau dengan kata-katanya? Sebenarnye, bukanlah artis, die orang biasa macam kita gak tapi ada banyak kelebihan, beliau seorang blogger yang sangatlah pandai memberi kata-kata nasihat yang amat berguna bagi pendapat fiza la. Orang tersebut ialah En.Hami Asraff, bukan asraff muslim pelakon pujaanku itu. Okay, fiza tau rata-rata girl-girl yang kaki blogger ni kenal beliau dan mungkin sangat meminati beliau, betui dak?(ayat en,hami)hehe..menjadi pujaan hati kot si blogger ini.

header beliau :)

Ok, fiza bukan mau cerita tentang pempuan yang dok syok kat die, just fiza nak share kat korang cara penulisannya yang bagi fiza sangatlah tiptop!. Fiza sebenarnye baru gak foolow beliau kat blognya, secara tak sengaja pun. Masa tu fiza tengah online kat FB, ada kawan yang like page die, so dari situ barulah fiza terperasan kewujudannya, agak ketinggalan lah jugak, baru awal tahun ni kot. First entry yang fiza baca dan buat fiza rase terkesima adalah entry beliau yang bertajuk ujian itu penyembuh. moga ibuku segera sembuh Memang memberi kesedaran buat diri ini. Lagipun masa tu fiza memang ditimpa pelbagai masalah dan masalah yang paling berat masa tu bila fiza gagal dalam temuduga. Rentetan dari itu, banyak masalah lain yang timbul. mase tu rasa sangatlah down!sangat stress. Dan selepas membaca entry inilah fiza mula tanamkan kesabaran yang lebih tinggi dalam diri ini. banyak sungguh kata-kata semangat yang wujud disetiap entry beliau. Lepas tu memang fiza baca semua entrynya, banyak kata-kata semangat, nasihat dan kata semangat yang membolehkan pembaca yang sedih macam fiza boleh mulakan kehidupan baru!hehe..dashyatkan? Oh ye, dalam entrynya juga disisipkan lagu Muhasabah Cinta (telah menjadi lagu feveretku kini tau..hehe)

Selain tu, fiza add die dalam fb, dan kalau korang nak tau, hampir setiap status die yang berunsur nasihat, kata-kata semangat fiza like. Lagipun memang beliau banyak menulis kata nasihat yang membina dan sangat berguna buat diri ini. Lagi satu menyedarkan kita yang mungkin alpa dalam menjalani kehidupan sehari yang sepatutnya berlandaskan agama islam.

Lagi satu, beliau ni memang suka guna perkataan yang panjang means beliau tak suka singkatan perkataan. korang peratikan ayat dalam entrynya, semuanya ejaan penuh. beliau katanya tak suke guna ringkasan. Bagus! fiza juga sedang cuba ikutinya. sepatutnya, fiza ni bakal guru Bahasa Melayu tidak menggunakan ringkasan perkataan ataupun percampuran bahasa. Sekarang fiza cuba sedikit-demi sedikit. Indah sebenarnya taip tidak guna ringkasan ni. Korang tengok, banyak gak perubahan bahasa entry baru-baru fiza dengan entr lama-lama dulu.

Ok, tu jer nak cerita. korang yang tak pegi lagi blog beliau sila la pegi. seronok dan banyak memberi pengajaran dan kata-kat nasihat. Oh ya! fiza bukan puji lelebih ni sebab nak cari glamor murahan pun. just mahu berkongsi sesuatu yang baik. Lagipun fiza ni hanya penulis picisan yang mengupdate blog sebulan sekali, So memang tak ada siapa yang perasan dengan penulisan murah seperti ini.

::hanya mengagumi bahasa, nasihat, pengajaran dan kata-kata dalam setiap entrynya. Berguna buat diriku yang pernah "jatuh" satu ketika dulu dan dalam proses untuk "bangun"::


♥ Cik Kaseh Kiut ♥