tHaNkS!!

Sunday, April 10, 2011

Berakhirnya Sebuah Trilogi Cinta

Assalamualaikum...

Uwaaa...drama ni dah tamat la weh, tak best la pasni kan? Ni untuk korang yang memang kaki tonton drama Trilogi Cinta, yang tak tengok mesti taktau hujung pangkalkan? Semalam adalah episod terakhir drama ni, 40 episod kesemuanya. Bagi fiza, okay la endingya..tapi bley tak nak cakap "we want more"hehe. Fiza, adik ngan mak dah stanby depan tv dari pukul9 lagi ok?tak sabar punye nak tengok (tapi sebenarnye ade sehati sejiwa khas TC sbb tu kul 9 dah terpacak..hehe). Oh yer, sebelum ni kalau korang perasan, fiza dah penah buat entry pasal drama best ini, korang pegi sini dan sini okay?

So, pasni pasti malam-malamku tiada seri lagi tanpamu TC la kan?(over lak cik fiza ni) lebih-lebih lagi tanpamu abg Bad!. Memang drama ni menjadi satu fenomena pun kat Malaysia ni(bersungguh lak ayatku ini). Disebabkan drama ini gak la fiza percaya ramai gadis diluar sana gila bayang dengan Bad kan? ke korang suke Razif? Kalau tanye si landlord ini opkos la fiza sukeee kat Badrul lebih!hehe.. disebabkan itu jugak, fiza gigih cari FB si pelakon ini, tuptup kat fanpage TC dah gtau fb die, tanpa menunggu masa yang lame saya terus add as freinds, dan tak disangka-sangka, tak amik masa lamapun telah diapprove my request..so memang kuasa dua suka la kat dia. Selalu gak fiza menempek kat wall die, bagus gak si Yus waizar ni, jenis layan peminat gak la, kalau conteng wall die tu ade gak die balas.

Selain suke conteng wall si Bad ni, fiza suke gak lepak dan conteng wall TC, pun best sebab selalu dapat respon dari ahli fanpage TC itu sendiri,sangatlah frendly, dorang pun gegila suke ngan drama ni. Walaupun dari feedback, ramai yang agak kurang berpuas hati ngan edingnya yang seakan tergantung, tapi bagi pendapat fiza, okay la ending camtu, heppy endingkan walaupun tak ditunjukkan secara lebih detail betapa happynya kehidupan si Razif ngan Norjinah dan si Bad ngan Seha. Lagipun tengok Sehati Sejiwa sebelum citer ni, Rosyam Nor ade bagitau, akan ada sambungan TC sebanyak 26 episod. I cant wait for this drama untuk ambunganya, dan dikatakan sambungannya sama dengan terbitnya novel kesinambungan novel ke4 Sharifah Abu Salem (agak terbelit ayatku ini..hehe..korang fahamkan?). Takut gak nanti sambungan TC yang kedua mesti lebih memberi tekanan kan? mau lebih menuntut airmata penonton kot..hehe dan semestinya memberi fenomena lain berbanding TC yang first ini.

para pelakon TC..semuanya best! dan sesuai dengan watak (pic credit to:fb fanpage tc)

tak suke part ni!hehe (pic credit to:fb fanpage tc)

lakonan si Bad a.ka. Yus waisar yang superb! anda sesuai dengan watak tersebut..hehe (pic credit to:fb yuswaizar)

Oh yer!, aritu fiza kan dok cari satu lagi lagu tema drama ni?ala..tajuk die Lafazkanlah- Rahayudean. Korang nak tau?dah tercapai cita-citaku untuk memiliki lagu ini. Kan memang dah lame fiza dok cari lagu ni?tapi memnag takde dari mana-mana website, tapi akhirnya, semalam dapat gak lagu ni, ade sorang ahli dari fanpage TC yang bagi link..i like!.. fiza dah download dengan jayanya semalam, bukan setakat mp3 tapi mp4 nya jua. So, fiza nak share la dekat sini videoclipnya

video
for me..lagu ni sangat menyentuh kalbu..i terbayang abg Bad!hehe

Okay la, fiza sebenarnye tak ada idea nak update blog, so, dari tak berupdate, elok gak fiza citerkan ending pasal drama ni kan?Korang yang tak tengok teramatlah rugi..serius fiza cakap. ke korang memang tak layan drama jiwang-jiwang?lagipun tv1 yang tayang, memang kurang peminat la kan? Tapi bagi fiza, drama kat tv1 ngan tv2 ni banyak yang best-best dan berkualiti, tapi mungkin kurang pomosi dan sambutan dari penonton.

:: Cik fiza gila bayang ngan si Bad la weh?caner?hikhik...::

♥ Cik Kaseh Kiut ♥

3 you says:

Anonymous said...

assalamualaikum...
buat fiza...
memang trilogi cinta ni membuatkan diri rasa biarlah hari2 berlalu cepat sehingga ahad....dan biarlah malam ahad hingga malam selasa melayan trilogi cinta dengan penuh perasaan...
bagi saya yang memang peminat setia novel ni sejak tingkatan 4 dan sekarang dah umur 26 tahun pun tetap mengingati setiap ayat keramat dalam novel tu...
memang saya obses gilerrr dengan trilogi cinta....
masa mula2 teralih siaran tv1 coz iklan kat tv 3...pastu tgk ada drama ni...n tiba2 terdengar dialog nama encik razif n norjinah...terus saya follow...kalau tak silap separuh episod pertama...dah terus addicted...
apapun akhirnya episod semalam mmg mcm dlm novel tiada lagi mimpi....
nampaknya kita kena nantikan TC 2....harap2 lebih indah....penuhi segala impian dan yang pasti mimpi yang pasti...buat jie dan razif....

Kasih Zulaikha said...

thanks kerana membaca entry ini, haah..memang best..rase tak jemukan tgk drama ni?orang pon tgk dr first ep. dah leh detect sbb name watak mase tu, dah tu terus la follow..

hope tc 2 lagiii best!dan plg penting tak ubah pelakon dan pengarahnya..same2 kita nantikan

masyi yusof said...

waa. trilogi cinta memang bes. shuke sangat2. hahha. btw , follow my blog ya .

http://masyipunyerpage.blogspot.com/