tHaNkS!!

Saturday, April 23, 2011

CiK fIzA! jangan cepat menyerah!hadapi dengan senyuman

Assalamualaikum w.b.t

Sekali lagi fiza mungkin ketinggalan zaman, ketinggalan zaman kenape yer? ketinggalan zaman meminati lagi dari kumpulan dari seberang ini, d'masiv-jangan menyerah. Maybe, orang lain dah jemu kot dengar, tapi cik fiza baru nak tersuka, lambat no la kan fiza ni?

Korang tau nape lagi ni dah jadi salah satu lagi feveret daku? Opkos la tang liriknya yang amat bermakna buat diriku dan sangat kene dengan situasi daku sekarang yang sedang diuji dan masih di uji. Lagu ni macam bagi motivasi la buat mereka-mereka yang sering diuji dan diduga (seperti saya lah jugak kan?). Suke ngan liriknya itu..same cam lagu hadapi dengan senyuman
ni pun salah satu my feveret song. Ok, kat sini fiza kongsi ngan korang lirik lagi JANGAN MENYERAH-D'MASIV:

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik...

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi


Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal putus asa...

Mase fiza wat entry ni fiza terjumpa sumthing yang mungkin berguna buat mereka yang sering diduga dan diuji oleh PENCIPTA, agak menarik untuk fiza kongsikan bersama kamu yang mungkin tersesat berada di belog comelku ini dan terbaca entry ini. Let's check!

Tujuan Dugaan ALLAH swt kepada hambaNYA (credit to : http://sahamump.blogspot.com)
  • Untuk membersihkan dan memilih, yang mana orang mukmin yang sejati dan yang mana orang2 munafik
  • Untuk mengangkat darjat dan menghapuskan dosa
  • Untuk menguji sejauh mana ketaatan dan kesabaran hambaNya
  • Untuk membentuk dan mendidik keperibadian manusia, sehingga menjadi umat yang berbudi tinggi
  • Sebagai latihan..supaya manusia terbiasa menerima berbagai ujian, dengan demikian akan bertambah kesabaran, kuat cita-cita dan tetap pendirian..

firman Allah swt dlm surah Albaqarah ayat 286
"Allah swt tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
daripada ayat di atas..ketahuilah bahawa Allah swt itu tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang di luar kemampuan kita..betapa sayangnya Allah swt kepada hambaNya..
tetapi kita asyik mengeluh, merungut dan berputus asa..sedangkan Nabi Muhammad saw diuji dengan ujian yang lebih hebat dari kita..namun Baginda tetap bersabar..

Di mana pertolongan Allah swt? ketahuilah bahawa pertolongan Allah swt itu dekat selagi kamu berpegang pada Agama dan Bersabar dengan segala ujian..(Albaqarah:214)

"Aku minta kepada Allah swt setangkai bunga segar namun diberiNya aku kaktus yang berduri. Aku minta rama-rama, diberiNya aku seekor ulat. Aku kecewa dan sedih, tapi tetap bersabar.. Namun tidak lama kemudian kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu menjadi rama-rama yang begitu cantik..Rupanya begini cara Allah swt mengasihi dan mendidik hambaNya"

Tapi tu la hati..tak pernah nak puas, fiza dah cuba bersabar dan bersabar, tapi kadang-kadang tu ade je kata hati yang membuatkan fiza jadi lemah, contohnya hati fiza selalu cakap "bila la semua ni nak berakhir? bila boleh tersenyum? penat dah bersabar, menunggu dan terus menunggu" jahatkan hati fiza ni??Kadang-kadang geram ngan diri sendiri...


::Ya ALLAH...KAU tanamkan sifat sabar yang paling dalam buat diriku..ku bermohon padaMU supaya hambaMU ini terus tabah menghadapi segala dugaan dariMU..amin...::

::fiza cuba aplikasi kata-kata ini : kadang-kadang ALLAH hilangkan matahari dan turunkan hujan. kita menangis dan mencari mana matahari. rupa-rupanya ALLAH nak bagi pelangi yang cantik kat kita::

♥ Cik Kaseh Kiut ♥

0 you says: