tHaNkS!!

Tuesday, April 26, 2011

i sad read your entry :(

Assalamualaikum w.b.t

Hai korang, bila kali terakhir korang nanges? semalam?minggu lepas?sebulan lepas?ke setahun lepas? Fiza?? memang ratu nanges pun :p tengok citer sedih sikit pun nak nanges, baca novel then ade part sedih pun nanges!hahaha..memang kaki nanges tahap gaban kan daku ni?. Nape lak fiza tanye korang bile kali terakhir nanges ni erk? hahaha..saje jer. Korang mesti penah dengar istilah "airmata adalah senjata seorang wanita". Memang sejak dari azali la kot pempuan memang agak murah dengan tangisan kan?

Korang pernah rasa kehilangan?kehilangan yang hakiki, bukan kehilangan yang sementara, i means yang sementara ni kalau korang berpisah ngan pakwe atau makwe korang, means. putus cinta la, yang ni kehilangan hakiki, so opkos la kehilangna insan tersayang pergi untuk selama-lamanya menemui PENCIPTA. Apa perasaan korang?sedih tak hingat la kan?Ape la Fiza ni, mane ade orang tak sedih bila orang yang disayanginya menemui ILAHI, yer tak? Fiza pernah rasa kehilangan? buat masa ni Fiza pernah melaluinya, Opah sebelah abah dan Opah sebelah mak, kalau tak silap opah belah abah pergi masa Fiza sem 4 kat UUM, dan paling ralat, Fiza tak boleh balik sebab mase tu final exam, lagi dua paper je nak abis, tapi ALLAH yang ambil opah dulu, ingat sempat menghabiskan 2 paper tersebut. Then arwah opah belah mak meninggalkan kami pada 15 Ogos 2008, kehilangan yang ini agak sayu sebab Fiza turut berada di hospital semasa arwah menjalani kehidupan terakhirnya. Korang pegi kat entry ini untuk keterangan lanjut ok?

Ok, kita terus ke topik asal, masih ingat entry ini?En. Hami baru sahaja kehilangan insan tersayangnya iaitu ayahnya yang telah dijemput Ilahi pada 17 April 2011, dan fiza ade la menconteng di wallnya dengan ucapan takziah buat beliau dan keluarga. Bukan itu yang mahu Fiza ketengahkan, tapi rentetan entrynya selepas kehilangan orang yang disayanginya, SANGAT MERUNTUN KALBU SEORANG FIZA! serius, ayatnya membuatkan kita pasti mengalirkan airmata diselangi dengan lagu latar yang sangat mendayu from AEMAN-AYAH) dan entrynya itu menyedarkan kita bukan siapa-siapa dalam soal kematian, dan ALLAH boleh senang-senang jer mencabut nyawa umatNYA, selain tu, menyedarkan kita yang MATI ITU PASTI.

Ni lah salah satu sebab kenapa Fiza tanya kat korang, bila kali terakhir korang mengalirkan airmata kat awal entry ni tadi, so kepada sesiapa yang dah lama tak nangis Fiza sarankan you all menjengah entry ini, ini,seterusnya ini dan ini entry yang terakhir untuk masa terdekat ni. Motip fiza suruh korang nangis?hahaha..takla suruh korang nangis sebenarnya, just nak kasi berfikir yang kematian itu pasti dan boleh berlaku bila-bila masa. Tapi memang ku akui, emtry beliau seperti yang Fiza link kan kat atas ni memang sedih weh! meleleh airmata ku :(. Bila baca entrynya Fiza terus teringatkan mak dan abah serta ahli keluarga Fiza yang masih diberi nyawa untuk bernafas. Syukur se syukur syukurnya!. Rasa sayang kat keluarga sendiri especially mak abah berganda pas baca entry sedihnya itu.

Kepada En. Hami, moga anda tabah meneruskan kehidupan ini. Kehilangan ini diharap dapat menguatkan semangat anda. Kita sebagai umatnya memang selalu diuji. Oleh itu, kene kuat dan tabah kuasa tiga! dan satu tips yang Fiza selalu guna jika rasa sedih dan diduga Fiza suke tengok dan bayangkan diri orang lain yang mungkin lebih sedih dan menerima dugaan yang lebih hebat dari apa yang kita alami, contohnya kita keilangan ayah, tapi sebenarnya kita masih bernasib baik sebab masih ada emak dan ahli keluarga lain, cuba kita ditempat anak yatim piatu tu, lagi kesian ngan dorangkan?so tu la yang Fiza praktikkan jika ada waktunya rasa sangat sedih dan down ngan dugaan.


Picture credit to: google

:: Kita sedekahkan AL-FATIHAH buat arwah bapanya, dan arwah kedua-dua opahku ::

::good luck buat anda-anda yang bakal berfinal exam dalam bulan ini ok?Selamat berjaga malam menstudykan diri dan membuat note cute2..i miss la nak wat camni..hikhik..Fiza baru terperasan, kita sering diuji bila tyme final examkan?Fiza pun pernah alaminya ::

♥ Cik Kaseh Kiut ♥

0 you says: