Assalamualaikum..selamat petang
Agak lama aku tidak menconteng sesuatu disini. Bukan busy, tapi taktau nak tulis ape padahal idea nak menulis begitu mencurah-curah (yeker cik fiza??hehe). Okay, arini aku nak ceritakan tentang aku akan temuduga! ini adalah temuduga kali kedua! diulangi, kali kedua okay? temuduga KPM ini bertujuan untuk melayakkan aku bergelar seorang guru.
Seperti yang aku cakap tadi, ini adalah temuduga kedua aku dengan KPM. Kenapa dua kali erk?hahaha..jawapannye kerana aku telah gagal pada temuduga pertama dulu. sedey memang sedih tapi takpe, hidup perlu diteruskan dan semestinya aku mengharapkan ada sinar yang paling baik menantiku selepas temuduga ini.
Temuduga akan diadakan pada 10 Februari 2011 bersamaan hari Khamis. tempat?? kat sekolah yang sama kat Shah Alam. Tak silap aku penah meninggalkan airmataku disitu. wakaka, iyer.. memang ada airmataku di situ satu ketika dahulu. Mungkin pak guard sekolah tersebut menjadi saksi ada pertumpahan airmataku disitu. Pelik, mase tu kenapa aku tak rasa malu erk? padahal ramai gak yang mungkin terperasan mataku bengkak dihari kejadian, kalau korang nak tau kenapa airmataku tertumpah boleh baca kat sini okay?hehe..
InsyaALLAH kali ni aku akan buat betul-betul, mungkin keyakinan ada peningkatan sebab dah penah ada pengalaman temuduga KPM sebelum ni. Lagipun ada kawanku yang nak bagi aku tengok dan study beberapa soalan insak, tapi rasenye tak sempat kot die nak kirim sebab aku dah kene temuduga minggu depan, lagipun dia mungkin busy sebab dah kene posting. kawan-kawanku yang berlapan pun akan melalui pekara yang sama, tapi setakat ni yg aku tahu takde lagi sape-sape yang dapat sama tarikh ngan aku, nanti aku try tanye lagi. hope ada yang sama, bukan ape, sebagai pembakar semangat dan peneman aku waktu temuduga nanti.
Temuduga ni jugak adalah harapan aku untuk bergelar guru. kalau ikutkan memanglah agak malu sebab untuk pengetahuan, member-member aku yang lepas temuduga hari tu telah pun tahu penempatan mereka sedangkan aku baru nak pegi temuduga semula, so agak lambatlah aku posting berbanding mereka nanti. Tapi takpe, hope semuanya berjalan dengan lancar dan baik. Semoga tiada lagi halangan yang terlalu sukar untuk aku tempuhi sewaktu temuduga. doakan aku berjaya dalam temuduga ini nanti okay?
:: Ya ALLAH Ya Tuhanku.. KAU permudahkanlah segalanya dan berilah hambamu ini kekuatan untuk menempuhi segalanya, Amin Ya Rabbal Alamin...
♥ Cik Kaseh Kiut ♥
2 you says:
nak tnya.. lepasan ISMP pendidikan khas ke? dah dpt ke penempatan skrg ni? teringin nk tahu sbb sy pun skrg dlm thn ke 2 ISMP pendidikan khas di UPSI..
Post a Comment