tHaNkS!!

Wednesday, March 23, 2011

Jangan Bersedih Kerana Ditangguhkan Rezeki

Assalamualaikum...

Ingat tak ade satu entry yang penah fiza tulis aritu about buku baru yang fiza beli?kalau lupe korang klik sini ok? Tajuk buku die JANGAN BERSEDIH JILID 2(aritu takde duit nak beli ketiga-tiga jilid, tapi takpe, pelan-pelan kayuh). Memang buku tu banyak menaikkan motivasi diri fiza yang teramat kin luntur, lebih-lebih lagi bila teringatkan beberapa hal yang terjadi dalam diri fiza especially mase fiza gagal dalam temuduga aritu. Sedih mau cerita. so malas nak ingat hal yang dulu :)

So, Fiza dah khatam pun buku nie, memang menarik, memang membuatkan kita jangan bersedih, memang menyuruh kita memikirkan setiap kejadian pasti ada hikmah yang tersembunyi. Tak rugi la beli buku ni, memberi inspirasi buat diriku untuk bangkit dari kekecewaan (ewah!). Ade satu subtajuk dalam buku tu yang sangat menarik minat fiza untuk dikongsi bersama kalian, bila baca jer membuatkan fiza tersenyum dan sematkan dalam diri supaya bersyukur dan sentiasa bersabar. So, arini fiza nak share ngan korang ape yang fiza cakap menarik tu ok? Tajuk sub tersebut adalah tajuk entry diatas, fiza type bulat-bulat ok?

Orang yang tidak sabar menunggu datangnya rezeki dan selalu gelisah kerana semua kesenangannya tidak kunjung tiba adalah seumpama makmum yang mendahului imam dalam solat berjamaah, padahal ia tahu bahawa dirinya tidak boleh memberi salam sebelum imam memberi salam terlebih dahulu. Segala permasalahan manusia dan rezeki itu sudah ditentukan dan ditetapkan 50 ribu tahun sebelum adanya penciptaan itu sendiri.

Semua ketetapan Allah pasti akan datang, maka janganlah kamu meminta-minta agar disegerakan kedatangannya...(AN-Nahl:1)


...dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tidak satupun yang dapat menolak kurniaNya...(Yunus:107)

doa murah rezeki :)

::Khas untuk kamu-kamu yang mungkin seangkatan dengan saya..sabar yer kawan-kawan?::

♥ Cik Kaseh Kiut ♥

1 you says:

Anonymous said...

awal yang baik